Rahsia Finnick b.2

1 0 0
                                    

Sinestro's Heights, Arizona. 

     " Jadi, disebabkan keupayaan seekor gagak untuk mengingati wajah, mereka juga haiwan yang jenis pendendam. Ia mungkin kedengaran biasa tetapi untuk seekor gagak, mereka mampu mengingati wajah yang mereka berdendam dengan sangat terperinci. Mereka juga sangat pintar dalam membuat rancangan. Dalam kes ini, sudah tentulah Jisoo juga telah merancang semua ini." terang Finnick.

     Superman sekadar mengangguk. " Maksud kau, dia telah rancang untuk datang ke U-GIN Genetic dan tikam aku dari belakang? Bukankah tempat itu tertutup dan hanya anggota SHIELD tertentu sahaja yang dibenarkan masuk? Adakah itu juga sebahagian dari rancangan?" soal Superman untuk mendapatkan jawapan yang lebih terperinci. 

     " Kau masih ingat? Jisoo sudah tanam perasaannya kepada aku sejak aku mendarat di Seoul lagi. Bermulanya dari situ, fikirannya hanya tertumpu kepada aku. Jisoo adalah antara oang yang mampu membuat rancangan dalam fikirannya untuk tempoh masa yang super singkat. Kau kenal Sasaki Kojiro?" soalan berpaling ke Superman pula. Superman cuba mengingati nama tersebut. Seperti biasa dengar nama itu. Sehinggalah!

     " Pengecut terbesar dalam sejarah manusia itu?" teka Superman. 

     " Pengecut itu jugalah Samurai yang tidak pernah kalah sebanyak 60 kali sehinggalah dia kalah setelah dibunuh oleh Miyamoto Musashi. Itu hanya kesilapan yang paling kecil pernah dilakukannya. Kesilapannya adalah rancangan dan tekaannya terlalu melangkaui batas fikirannya. Apabila terlalu banyak berfikir otak manusia tiada jalan lain lalu set semula dalam sekelip mata. Sasaki Kojiro mati akal buat 0.5 saat dan ketika itulah dia tidak nampak serangan Miyamoto Musashi. Maka, dengan itu tamatlah riwayatnya. Semoga dia bersemadi dengan tenang." terang Finnick panjang lebar. 

     Superman semakin keliru. " Nanti, apa yang kau cuba sampaikan ni? Sekejap tadi gagak. Lepas itu otak dan sekarang kematian Sasaki Kojiro pula. Adakah kau cuba melengahkan masa? Kau jangan main-main Orion." Superman memberikan amaran. 

     Finnick masih kelihatan tenang. " Apa yang aku cuba sampaikan adalah fikiran Jisoo lebih stabil berbanding Sasaki Kojiro. Kedua-dua mereka berfikir seperti seekor gagak dimana mereka mampu membuat rancangan dan meramal tindakan dan konsikusi yang akan berlaku dalam masa yang sangat singkat. Dalam hal ini, Jisoo berjaya mengalahkan Sasaki Kojiro kerana dia tidak terlalu berfikir sehingga otaknya mati buat seketika." Finnick menjawab soalan Superman dengan penuh terperinci. 

     " Apa pula kena-mengena dengan serangannya terhadap aku?" soal Superman lagi. 

     " Jisoo adalah satu-satunya manusia yang fikirannya tidak dapat aku baca dan kawal. Aku tidak tahu kenapa malahan masa depannya juga tidak dapat aku lihat. Tapi, aku berjaya meneka perbuatannya dengan tepat. Maksudnya, serangan keatas kau itu hanyalah satu tekaan aku." jawab Finnick. Dia bangun lalu pergi ke singki semula dan membasuh muka dan rambutnya. Cuaca panas di Arizona membuatkan Finnick berpeluh dengan kuat. 

     Superman mula memahami apa yang disampaikan oleh Finnick. " Maksud kau semua ini hanyalah taruhan kau sahaja? Kau sanggup bertaruh nyawa kau sendiri hanya untuk ini? Kebebasan pergerakkan didalam penjara? Itu sahaja?" Superman tidak percaya dengan rancangan Finnick tersebut. Segala kemusnahan ini hanyalah demi perkara yang remeh. 

     Finnick tersenyum semula. " Aku sudah nampak, Clark. Disaat Dredd mengepung aku lagi aku berjaya nampak semua ini berlaku dengan sepintas lalu. Aku selitkan pisau kryptonite kedalam kocek seluar Jisoo berserta nota yang aku tulis ketika masa terhenti. Masa itu, aku tahu perkara akan bertambah buruk jika halang mereka atau putarkan balik masa tetapi aku cuba untuk bertaruh." terang Finnick sambil mengelap rambutnya dengan tuala. 

     Otak Superman seperti mahu meletup dengan penyataan Finnick tersebut. " Bagaimana jika kau mati dan Jisoo tidak berani serang aku?" soal Superman lagi. Dia betul-betul ingin tahu.

     " Maka, aku mati." Finnick memberikan jawapan mudah. 

     " Jadi bagaimana dengan dunia ini? Kau akan biarkan sahaja?" Superman tidak dapat terima jawapan Finnick tersebut. Dia terbangun dari tempat duduknya. Sangat tidak masuk akal. Sanggup dia tinggalkan tanggungjawabnya begitu sahaja. 

     Finnick tersenyum besar sehingga nampak gerahamnya setelah mendengar soalan Superman itu. " Lihat, kau juga sedar bahawa dunia ini perlukan aku." 

     Seperti disambar kilat, Superman terkaku. Semua ini sememanganya berkait dan ini adalah rancangan paling bernas pernah dia lihat. Setiap poin yang dicakapkan oleh Finnick sememangnya berkait. Tidak kira apa pun jawapannya Finnick tetap menang. Jika dia mati, sudah pastinya dia akan dihidupkan semula. Gelang kaki atau tidak, dia tetap akan terus hidup dan tetap menyelamatkan dunia dari kuasa jahat. 

      " Bagaimana pula kau tahu bahawa Jisoo akan ke U-GIN? Bagaimana dia masuk?" masih ada soalan yang masih belum dijawab Finnick. 

     Finnick mengemas katilnya sambil bercakap " Kawan, ianya Jisoo. Anggota Blackpink. Kumpulan K-Pop terbesar didunia. Tambahan pula aku juga salah seorang dari SHIELD. Sudah tentu dia akan lepas pagar depan dengan apa-apa sahaja alasan seperti melawat. U-GIN bukanlah tertutup sepenuhnya. Ia juga dibuka untuk pelancong dan pelawat." Finnick berhenti seketika. Dia melakukan sedikit regangan. 

    " Aku ada terdengar dari Jennie yang dia kesana dengan Harley Davidson kau." tambah Superman. Finnick duduk semula setelah selesai rengangannya. 

     " 3 bulan lepas, aku pernah menghantar Jisoo pulang kerumah ibu bapanya dengan motosikal tersebut. Jisoo ada abang yang kacak dan kakak yang mirip wajahnya. Ketika itu, aku berasa sangat mengantuk kerana baru sahaja pulang dari pengembaraan Running Man pada pukul 4 pagi." Finnick terhenti sebentar lalu tertawa kecil apabila mengingati akan hari tersebut. " Jisoo kejut aku pada pukul 5 pagi untuk minta aku hantarnya. Heh, Aku hantarnya pada pukul 5:30 pagi. Aku tertidur diatas motosikal aku ketika berada dihadapan rumahnya. Ianya sangat kelakar apabila kau terdengar seorang wanita memanggil aku dan aku sangkakan itu adalah Jisoo tetapi itu adalah kakaknya. Aku cakap ' bagi aku rehat sebentar, Pikachu.' Itu sangat kelakar jika diingatkan semula reaksi wajah kakaknya." Finnick ketawa lagi. 

    Superman sekadar mendengar sahaja cerita Finnick tersebut. Finnick nampak seperti terpesong jauh dari topik sebenar mereka. 

    " Jangan terlalu cepat kecewa. Ingatlah, segalanya berkait." kata Finnick.

Finnick OrionWhere stories live. Discover now