Sinetro's Height, Arizona.
" Nampaknya kita bukan sahaja bercakap tentang plan aku tetapi kita juga berjaya memasuki ke dalam otak Jisoo tanpa aku perlu menggunakan kuasa aku. Cool." ujar Finnick sambil melakukan senaman cangkung. Secara tidak langsung Finnick telah berjaya masuk kedalam otak Jisoo tanpa berasa sakit dan dihalang lagi.
" Boleh kau teruskan?" soal Superman. Luka di bahunya mula berdarah semula.
" Baiklah, untuk menjawab soalan kau. Adakah Jisoo membunuh? Sudah tentulah aku tidak tahu kerana aku tiada disana. Boleh jadi ya dan boleh jadi tidak. Kandungan nota itu pula? Baiklah, kadang kala ada baiknya supaya kita semua tidak menyimpan rahsia yang mungkin suatu hari nanti mengancam orang yang terdekat dengan kita. Seperti menjadi seorang adiwira, penjahat dan termasuklah menjadi ejen CIA dan SHIELD." terang Finnick demi menjawab soalan Superman.
Superman terkejut dengan kata-kata Finnick tersebut. " Adakah... adakah kau bongkarkan identiti kesemua ejen SHIELD kepada Jisoo?" soal Superman lagi. Finnick berhenti dari melakukan senamannya. Dia tersenyum sinis lalu melabuhkan punggungnya keatas katilnya. " Hei! Jawab soalan aku!" Superman mula naik angin. Jika benar apa yang dikatakannya itu ia akan menimbulkan banyak masalah. Pastika lebih banyak nyawa yang terancam dan keamanan Bumi akan terjejas.
" Kau rasa?" soal Finnick pula.
" Kau gila! Ramai yang akan mati nanti!" marah Superman.
" Apa kau kata tadi? Ejen SHIELD? Kau ingat hanya SHIELD sahaja yang menjadi sasaran aku? Bukankah aku cakap adiwira, penjahat, CIA dan SHIELD?" soal Finnick lagi. Maka, terserlahlah sisi jahat Finnick. Didalam nota tersebut terdapat kod laluan untuk komputer Finnick dirumah. Hanya Finnick sahaja tahu kod laluannya dan didalam komputer tersebut segala data dan informasi dunia disimpan disitu dengan menggunakan kuasa Finnick. Finnick tidak memerlukan sebarang hard disk atau ssd untuk menyimpan segala data dunia didalamnya. Dia hanya perlu menggunakan kuasanya untuk memindahkan sebahagian fikirannya kedalam komputer. Dengan hanya satu klik pada tetikus dan kesemuanya terpampang pada skrin monitor.
Superman hampir pengsan mendengar kata-kata Finnick. " Kau tak perlu risau, Clark. Hanya Jisoo sahaja yang tahu kod laluan untuk komputer aku di rumah sebab aku juga pesan kepadanya untuk menukar kod laluan. Dan untuk pengetahuan kau, kod laluan yang lama adalah koordinat terletaknya U-GIN. Jisoo hanya perlu fikirankan sahaja maksud kod itu dan BOOM! Disitulah dari mana datangnya tikaman pada bahu kau." terang Finnick lalu melangkah keluar dari selnya meninggalkan Superman keseorangan.
" Kemana kau hendak pergi, tak guna!?" soal Superman.
KRING!
KRING!" Panggilan telefon untuk Finnick Orion!" jerit Xena Cheong dari bilik pengawal. Seperti yang dijangka, panggilan telefon pada awal pagi. Sekarang pukul 12 tengah hari di Arizona bermaksud pukul 1 pagi di Korea Selatan.
Keadaan penjara pada pagi itu menjadi sangat berbeza berbanding sebelum ini. Dengan bantuan Finnick kini kesemua banduan dapat berlegar-legar dengan bebas didalam kawasan penjara dengan syarat mereka tidak timbulkan masalah. Mereka masih lagi boleh bertaruh dan berlawan di dalam gelanggang mereka seperti biasa.
Finnick menuju kearah bilik pengawal untuk menjawab panggilannya. " Hello." sapa Finnick.
" Oppa!"
Finnick sangat seronok apabila dapat mendengar suara orang-orang yang rapat dengannya. Dia meluangkan masa tengah harinya itu dengan bercakap dengan mereka berempat. Rancangannya sememangnya membuahkan hasil.
Manakala, Superman pula terpaksa menerima hakikat bahawa dia dikalahkan oleh Finnick sekali lagi tanpa perlu bertumbuk. Dia juga sedar bahawa betapa pentingnya dunia ini tanpa Finnick. Superman tertawa atas kebodohannya.
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...