G1 Supercard.
" I'll crush you!" teriak Craig Marduk.
Tiger Mask perlahan-lahan membantu dirinya untuk bangun. Apabila dia berasa sedikit bertenaga, dia mengangkat tangannya lalu membuka telapak tangannya lalu melambai kearah Craig seperti mencabarnya. Ini membuatkan amarah Craig semakin membuak.
Craig menendang Hiroshi ketepi gelanggang. Kini, hanya Tiger Mask dan Craig Marduk sahaja berada ditengah-tengah gelanggang. Lambang New Japan Pro-Wrestling menjadi mengantara bagi mereka berdua.
" Let's go, Tiger!"
" Let's go, Tiger!"
" Let's go, Tiger!"
Penonton mula menyebelahi Tiger Mask. Dengan ini, meletuslah kemarahaan Craig Marduk. Dia terus berlari untuk menerkam Tiger Mask tetapi gagal apabila Tiger Mask meloncat lalu mengelak serangannya. Sekelip mata sahaja Tiger Mask kini berada di belakang Craig. Tiger Mask sekali lagi meloncat tetapi kali ini dia mendarat secara terduduk diatas bahu Craig. Dengan sepenuh tenaganya Tiger Mask melakukan gerakan Frankensteiner. Seluruh badan Craig terbalik kebelakang dan kepalanya terlebih dahulu mendarat menghentam gelanggang.
Namun, Craig masih cuba untuk bangun tetapi terlambat apabila Tiger Mask datang berlari kearahnya yang sedang melutut lalu melakukan gerakan Hurricanrana. Kali ini, muka Craig pula yang tersembam dahulu ke lantai gelanggang.
Sorakan penonton semakin sakan didengari.
" Tak guna!" jerit Craig Marduk lalu bangun dengan pantas untuk memeluk Tiger Mask dari belakang ketika dia leka. Craig membengkokkan badannya ke belakang lalu mencampak Tiger Mask dengan gerakan German Suplex. Dia mengharapkan gerakan tersebut berjaya tetapi apa yang didengarinya adalah bunyi sorakan penonton yang kuat dan hanya bunyi ' tap' sahaja dan bukanlah bunyi dentuman yang kuat.
Apabila dilihat kebelakang, Tiger Mask dilihat berdiri dengan kedua kakinya. Craig terpegun seketika. Tiba-tiba, dia berasakan sesuatu yang tidak kena. Tangannya rasa berminyak dan seperti ada cat berwarna kulit melekat ditangannya.. Dia melihat semula kearah Tiger Mask dan kelihatan badannya ada kesan comot.
" Apakah kau ni?" soal Craig Marduk.
Tiger Mask sekadar menggelengkan kepalanya.
Perlahan-lahan Craig bangun. Dia memikirkan sesuatu buat seketika. Tiger Mask hanya sekadar tercegat dihadapannya tanpa berbuat apa-apa. Seketika kemudian, Craig keluar dari gelanggang lalu berjalan kearah meja pengulas. Dia mencapai sebotol air mineral lalu meminumnya. Selebihnya dia hanya menyiram seluruh tubuhnya. Sekarang seluruh tubuhnya basah. Setelah selesai dia masuk semula ke dalam gelanggang.
" Aku akan bongkarkan siapa diri kau perlahan-lahan. Sementara itu, kau akan terseksa bersama aku." ujar Craig lalu terus menerkam Tiger Mask. Kali ini Tiger Mask tidak sempat untuk mengelaknya kerana ianya serangan mengejut.
Craig memikul Tiger Mask buat seketika lalu menjatuhkannya dengan gerakan Spinebuster. Dengan ini, Craig dapat menguasai situasi ini iaitu dengan berada diatas Tiger Mask. Craig menumbuk badan Tiger Mask dan bukan wajahnya kerana dia mahu tanggalkan cat di badan Tiger Mask.
Tiger Mask cuba untuk melawan tetapi badan Craig terlalu berat dan serangan darinya bertubi-tubi dan terlalu laju. Seperti Craig menggunakan seluruh kudrat terakhirnya untuk habiskan perlawanan ini tetapi motifnya adalah untuk menanggalkan cat di badannya dan bukan untuk menumbangkan Tiger Mask.
BANG!
Belakang badan Craig dipukul dengan kerusi besi oleh Hiroshi Tanahashi. Serangan Craig terhenti seketika. Hiroshi sekali lagi cuba untuk memukul Craig dengan kerusi besi tetapi kali ini sasarannya adalah kepalanya. Sebelum sempat kerusi tersebut menghinggap ke kepala Craig, buku lima Craig Marduk terlebih dahulu menghinggap kearah permukaan kerusi besi tersebut. Kerusi besi tersebut menghinggap ke muka Hiroshi Tanahashi dengan kuat membuatkan Hiroshi terlepas kerusi tersebut jatuh terduduk ke lantai.
" Masih belum serik, ya?" kata Craig lalu menendang dada Hiroshi dengan kuat membuatkan Hiroshi terbaring.
" Aku masih hidup." kata Tiger Mask dari belakang lalu melakukan serangan lutut kearah belakang kepala Craig. Craig Marduk jatuh tersungkur. Tiger Mask berlari kearah tali lalu berlari kearah Craig yang masih tersungkur. Tiger Mask memijak belakang kepala Craig lalu melakukan gerakan Curb Stomp. Muka Craig tersembam ke lantai dengan kuat.
" Kau masih hidup." kata Tiger Mask sambil menunggu Craig untuk bangun semula.
" Suara itu." bisik Craig perlahan. Dia cuba untuk bangun semula tetapi badannya berasa sangat lemah selepas menerima serangan Curb Stomp tersebut.
Ketika Craig separa bangun, Tiger Mask sekali lagi berlari kearah tali lalu melakukan serangan Curb Stomp buat kali kedua. Serangan kali ini berjaya membuatkan wajah Craig berdarah.
" Aku masih belum selesai." kata Tiger Mask lalu mengangkat Craig yang sudah sememangnya tidak mampu melakukan apa-apa lagi kearah tiang. Dia mendirikan Craig di tiang lalu berjalan kearah tiang bertentangan dengannya.
Tiger Mask berlari selajunya lalu memberikan satu lagi serangan lutut terbang tepat kearah muka Craig. Craig Marduk jatuh tumbang ke lantai.
" Kau.... Kau menang.... Fin.... Finnick." kata Craig Marduk perlahan.
" Bukan aku." Tiger Mask menarik Hiroshi Tanahashi lalu menindankan badannya diatas Craig. " Kira." arah Tiger Mask kepada pengadil lalu berjalan keluar dari gelanggang.
" 1!"
" 2!"
" 3! Bunyikan loceng!"
Penonton tidak memberikan reaksi yang agak hangat kerana mereka masih tidak faham akan situasi ini. Tiger Mask sepatutnya boleh menang perlawanan ini tetapi dia membantu Hiroshi Tanashi pula untuk menang.
Ketika berada diluar gelanggang Tiger Mask menanggalkan topengnya dan membongkarkan wajah disebalik topeng harimau tersebut. Wajah yang tersembunyi disebalik topeng harimau itu tidak lain dan tidak bukan adalah Finnick Orion.
Semua yang disitu terkejut melihat wajah Finnick Orion. Kebanyakkan dari mereka tahu bahawa Tiger Mask yang sebenar adalah berbangsa Jepun kerana itu adalah salah satu peraturan untuk memegang mantel Tiger Mask tetapi lebih mengejutkan lagi tiada sesiapa yang tahu bahawa Finnick Orion akan membuat kemunculan semulanya dalam gusti professional seperti.
Finnick mencampak topeng Tiger Mask kearah salah seorang jurukamera sambil berjalan pergi.
" Tiada siapa lagi yang akan tercedera kerana kau. Berseronoklah di hospital." kata Finnick lalu pergi.
YOU ARE READING
Finnick Orion
Azione" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...