Eliza, Ratu Kegelapan b.2

1 0 0
                                    

Sinestro's Height, Arizona. 

     " Bukankah pertama kali kau berhubungan seks adalah bersama Ela?" Wally merujuk kepada Pamela iaitu isteri Finnick yang sudah meninggal. " Kau tida pernah sebut pun tentang perempuan syaitan." 

     Finnick memberanikan diri untuk melihat Eliza yang masih lagi berdiri dihadapan selnya. " Kau tahu yang aku tidak ke sekolah tinggi, bukan?" soal Finnick. Wally sekadar menggeleng. " Ya, aku tidak ke sekolah tinggi kerana aku terus lompat ke universiti pada umur 15 tahun." terang Finnick. 

     " Jadi, disitulah kau berjumpa dengan Eliza?" soal Wally. Finnick menggelengkan kepalanya. " Dia bukan dari Bumi." jawab Finnick. " Dia dari Neraka. Puteri sulung Beelzebub cucu kepada Lucifer." terang Finnick. Dia melabuhkan punggungnya keatas mangkuk tandas. " Di universiti aku berjumpa dengan seorang budak perempuan bernama Annabeth. Rambut hitamnya yang panjang dan lembut bak sutera sememangnya menjadi pujaan ramai. Wajahnya ayu, mata hitam yang bersinar dan potongan badan yang sempurna. Dia menjadi bahan pemuas nafsu ramai pelajar tidak kira lelaki mahupun perempuan. Dia bagaikan bidadari di universiti." 

 Universiti Gotham.
10 tahun yang lalu. 

     Finnick menikmati makanan tengah harinya di kafe universiti berseorangan. Selalunya dia akan ditemani oleh Pamela kini dia hanya berseorangan kerana Pamela masih lagi di sekolah tinggi. Malah, Finnick juga pelajar yang paling muda di sini dan akan mendapat sijil PhD-nya yang pertama dalam masa 6 bulan. Otak Finnick yang genius membuatkan dia mampu memperoleh sijil PhD lebih pantas berbanding orang lain. Ada yang mengambil sepuluh tahun hanya untuk satu sijil PhD tetapi untuk Finnick ia hanya mengambil 5 ke 6 bulan sahaja. 

     Finnick mampu menjawab dan menyelesaikan soalan peperiksaan dan ujian dalam tempoh yang sangat cepat. Walaupun tempoh masa ujian adalah 3 jam, Finnick hanya memerlukan 30 minit sahaja untuk menjawab. Tambahan pula, dia sentiasa mendapat markah cemerlang. 

     Dengan kepintarannya, Finnick berjaya mengumpul sebanyak 8 sijil PhD sepanjang 5 tahunnya di Universiti Gotham. Finnick diiktirak sebagai manusia paling genius pada tahun 2016. Finnick berjaya memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh Dr. Bruce Banner dengan 7 PhD. Finnick menolak gelaran Doktor kerana baginya ia hanyalah gelaran semata-mata dan lebih selesa dipanggil dengan namanya atau Finn. 

     " Hei, Fin. Awak hanya seorang sahaja?" sapa seorang gadis yang sangat cantik dan boleh dikatakan paling cantik di universiti ini. Gadis tersebut adalah Annabeth Rochefort. Gadis yang berdarah Amerika-Perancis itu menjadi pujaan ramai di universiti ini. Umurnya baru sahaja 17 tahun ketika diterima masuk ke universiti ini. Kini dia adalah pelajar tahun akhir dan sedang dalam proses untuk mendapat sijil degree dalam bidang yang sama dengan Finnick. 

     " Ya, selalunnya saya akan bersama kawan saya, Pamela, tetapi dia masih di sekolah tinggi." jawab Finnick. Dia berasa agak kesunyian dengan ketiadaan Pamela. " Oh, pasti kawan awak seorang yang istimewa, bukan?" soal Annabeth. Finnick sekadar mendiamkan diri. Dia sangat rindukan Pamela.  Mereka berdua seperti isi dan kuku. Memang sukar untuk dipisahkan. 

     " Ya, dia sangat istimewa. Dia kawan saya yang paling baik." jawab Finnick. " Awak dah berjumpa ramai kawan disini?" soal Annabeth lagi. Finnick sekadar menggeleng. " Oh, awak tak perlu berasa malu untuk bercakap dengan saya. Saya Annabeth. Awak boleh panggil saya Anna." Annabeth memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam. Finnick teragak-agak untuk menyambut salam Annabeth kerana dia tidak pernah menyentuh perempuan lain selain Pamela. Akhirnya, dia menyambut juga salam Annabeth tersebut walaupun dalam keadaan yang agak janggal. 

     " Lihat?  Awak sudah berjumpa seorang kawan." ujar Annabeth dengan teruja. " Ya, kawan yang berbeza umur." kata Finnick. Annabeth tertawa kecil. " Jadi? Kita bukannya mahu buat apa pun. Hei, umur hanya sekadar nombor." ujar Annabeth lagi. 

     " Ya dan penjara hanya sekadar bilik." kata Finnick dengan selamba. Annabeth berasa agak tergugat lalu ketawa. " Hei, sampai kesitu pula awak fikir ya? Beza umur kita hanyalah 6 tahun. Lagipun, saya lebih sukakan lelaki yang lebih tua dari saya." ujar Annabeth untuk selesakan dirinya. 

    Finnick menghabiskan makanannya lalu mengangkat talamnya dan membuang sampahnya ke dalam tong sampah. Annabeth agak terpegun melihat kelakuan Finnick tersebut kerana hanya dia seorang sahaja disini yang berbuat sedemikian manakala pelajar lain sekadar meninggalkan sahaja sisa makanan mereka diatas meja untuk dikutip oleh pekerja kafeteria. Tidak lama kemudian, Finnick berlalu pergi dari situ. 

    " Bagus budak ni." Annabeth kata pada diri sendiri. 

    Finnick menuju kearah pondok telefon yang berada tidak jauh dari kafeteria. Dia memasukkan syiling lalu mendailkan nombor telefon Pamela. Dia menunggu sehinggalah Pamela angkat. 

    " Helo." sapa Pamela.

     " Hei, Ela. Ini saya Finn." sapa Finnick pula.

     " Hei, Finn. Ada apa?" soal Pamela.

     " Oh, saya hanya telefon untuk bertanya khabar." jawab Finnick.

     " Saya ok sahaja. Awak bagaimana?" soal Pamela lagi.

     " Saya juga ok cuma...."

     " Ya?" Pamela masih menunggu jawapan Finnick. 

     " Saya rindukan awak Ela. Agak bosan tanpa awak disini." ujar Finnick. Finnick memasukkan lagi duit syiling. 

     " Oh... Awak akan terbiasa juga nanti. Awak hanya perlukan seorang peneman." Pamela cuba untuk membuatkan Finnick berasa selasa. 

     " Hanya awak sahaja peneman yang saya ada." kata Finnick. 

     " Baiklah, apa kata begini. Saya akan berusaha sehingga saya dapat masuk kesana. Nanti bolehlah kita berdua berjumpa." Pamela bertekad. 

     " Saya tidak sabar untuk bersama awak disini." ujar Finnick.

     " Finn, saya perlu pergi sekarang. Saya ada kerja yang perlu disiapkan." kata Pamela. 

     " Ela, tunggu." panggil Finnick. 

     " Cepat sedikit." jawab Pamela.

     " Saya cin..."

KTING!

     Tidak sempat Finnick hendak habiskan kata-katanya tempoh masa untuknya telah luput.

     " TAK GUNA!" marah Finnick lalu meletakkan gagang telefon dengan kuat. " Hei, orang lain juga mahu gunakannya." ujar Annabeth. " Apa awak buat disini?" soal Finnick. 

     Annabeth mengeluarkan telefon pintarnya dari poketnya. " TA-DA! Awak boleh gunakannya pada bila-bila masa sahaja awak mahukan" kata Annabeth sambil menghulurkan telefon tersebut kearah Finnick. Finnick cuba untuk mencapainya tetapi dengan pantas Annabeth menari telefon tersebut kearahnya. 

     " Tapi dengan satu syarat." ujar Annabeth. 

     " Syarat apa?" soal Finnick. 

     Demi membuat panggilan kepada Pamela, Finnick sanggup melakukan apa saja. Dia tidak terfikir untuk menggunakan kuasanya pada ketika ini untuk membaca isi fikiran orang sekelilingnya. Dia juga tidak memikirkan baik buruk yang akan menimpanya. Fokusnya hanya pada Pamela. 

Finnick OrionWhere stories live. Discover now