Tahun 6571.
Mereka bertiga teruskan perjalanan mereka kearah cahaya yang berwarna merah di tengah-tengah Las Vegas yang telah musnah dan menjadi tanah gersang.
" Kita sudah sampai. Sinilah tempat Superman meletup. Lihat, bukankah itu mantelnya. Lambang yang kononnya membawa harapan kepada manusia yang kini hanyalah sekadar lambang." Element mengutip mantel berwarna merah dan terdapat lambang S tersebut lalu menyerahkannya kepada Finnick.
" S untuk Shit." Kutuk Janey Belle.
Finnick melihat kearah punca cahaya tersebut. Dia ternampak seperti seseorang sedang memegang cahaya tersebut. Dia mendekatinya lalu memegang cahaya tersebut. Cahaya tersebut teramatlah panas sehinggakan ianya membuatkan tangan Finnick hancur. Finnick menarik semula tangannya. Hanya tinggal tulang. Tangannya mula tumbuhkan daging, tisu, otot dan kulit semula.
Finnick melihat semula apa yang berada dibawah cahaya tersebut. Kali ini dia memasukkan seluruh badannya. Seluruh badannya hancur dan hanya tinggal tulang. Finnick terus melawan dan membuatkan cahaya tersebut langsung tidak berkesan keatasnya. Dia kelihatan normal semula.
" OH, SHIT! KAU MASIH HIDUP?!" Alangkah terkejutnya Finnick apabila dia terjumpa Superman yang masih hidup berada didalam cahaya tersebut. Supreman berjalan mendekati Finnick lalu pengsan dihadapannya.
Sementara itu.
" Awak tahu El? Jika semua ini berakhir, saya mahu kembali ke sekolah. Bukan untuk belajar tetapi untuk makan semua otak mereka disana supaya saya menjadi manusia terpintar didunia." Kata Janey Belle.
" Oh, awak memang menggelikan."
" Hei! Awak berdua mari sini." Panggil Finnick. Dia membawa Superman diatas bahunya.
" Wow! Adakah itu Superman? Son of a bitch." Janey Belle tidak dapat menerima bahawa Superman masih hidup.
" Sudah. Mari kesini. Saya mahu ubatinya." Finnick meletakkan tangannya diatas dada Superman.
Superman yang pada mulanya kelihatan sangat teruk kini kembali pulih. Tiada lagi kesan luka. Dia terus terjaga.
" Lois... Lois... " Itulah nama yang keluar dari mulut Superman, Lois Lane, isterinya. Lois telah terkorban pada suatu ketika dahulu akibat dibunuh oleh Superman sendiri yang terkena gas Scarecrow yang diberikan oleh Joker. Joker juga telah tanamkan satu alat pengesan dimana jika Lois mati, satu bom nuklear akan dilepaskan ke Metropolis.
Superman membuka matanya dan wajah yang dilihatnya adalah wajah yang dicarinya setelah beribu tahun.
" Kau... Kau... KAU!" Superman terus menumbuk wajah Finnick tanpa banyak cakap.
" Yo, Clark. Relaks. Ini saya, Finnick, Overdose, ingat?" Finnick cuba menenangkan Superman.
" Kau yang menyebabkan kecelakaan ni! Kau sepatutnya hentikan Joker! Dasar bangsat!" Superman terus menyerang Finnick. Finnick menghalang serangannya dengan menepis tumbukannya.
Finnick cuba membalas serangan dengan menumbuk ke dada Superman. Superman tidak sempat mengelaknya tetapi sesuatu yang pelik berlaku.
" Oh, tidak. Takkanlah." Keluh Finnick apabila dapati kuasanya sekali lagi telah hilang. Tumbukannya tidak memberi apa-apa kesan kepada Superman.
Superman memegang tangan Finnick lalu mengangkatnya.
" Kau patut mati!"
Satu tumbukan padu diberikan ke perut Finnick lantas menghantarnya terbang jauh dari situ.
Element dan Janey Belle tidak terkaku apabila melihat Finnick terbang dari situ. Element terbang pergi melihat ayahnya meninggalkan Janey Belle aka Zombie Tramp berseorangan bersama Superman.
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...