Pertempuran Penembak Tepat

15 0 0
                                    

Pasar Malam Bangkok.

"* Eonni, kenapa awak tak gembira? Selalunya awak yang teruja sangat bila bermain di taman tema." Soal Rose yang risaukan Jisoo yang dari tadi langsung tidak kelihatan gembira. Tidak seperti hari lain dimana Jisoo akan sentiasa ceria walaupun dia mengalami hari yang buruk. Jarang sekali ahli lain melihatnya murung. 

"* Saya hanya kasihankan Finnick-oppa. Lihat, dia terpaksa mengalami pelbagai cabaran hidup. Sejak kecil lagi dia sudah melihat keganasan. Ibunya mati dibunuh. Dibesarkan di bandar yang paling berbahaya didunia. Isterinya juga mati dibunuh. Dan sekarang, rumahnya dibakar oleh penjenayah antarabangsa dan mungkin rakan-rakannya yang tinggal di Metropolis telah terkorban. Saya merasakan yang dia mungkin akan berasa yang hidupnya sangat malang." Jelas Jisoo. Fikirannya melayang memikirkan nasib Finnick.

"* Saya juga berasa begitu eonni. Kami semua berasa begitu. Malah, satu dunia juga merasakan perkara yang sama." Kata Rose. 

"* Eonni, kami sudah penat. Mari pulang." Ajak Jennie dan Lisa yang baru sahaja lepas menaiki Roda Ferris. 

    Mereka semua pulang ke hotel. Mereka semua berasa gembira selepas menghabiskan masa mereka di salah satu tempat yang paling menyeronokkan di Bangkok. Di sudut lain, Jisoo masih memikirkan Finnick. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Chatuchak

" Bersedia untuk mati, Orion." Deadshot memulakan serangannya dengan melibaskan pisau bowienya kearah Finnick. 

    Finnick menghalang serangan tersebut dengan parangnya. Finnick menolaknya kebelakang lalu membalas serangan dengan serangan yang sama dan Deadshot juga menghalangnya dari mengenainya. 

" AKU MAHU KAU MATI!" Deadshot menendang Finnick dengan sekuat hati. Finnick terjatuh dan parangnya tercampak jauh darinya. 

    Baru sahaja dia ingin menggunakan kuasa telekinetiknya untuk membawa parangnya pulang ketangannya, Deadshot terlebih dahulu menikam dadanya. Finnick mengerang kesakitan. Deadshot terus-menerus menikamnya dengan perasaan dendam. 

    Apabila Deadshot mencabut pisaunya dari dada Finnick, Finnick dengan lantasnya menahan tikaman seterusnya dengan tangannya. Pisau tersebut menikam menembusi tapak tangannya. Deadshot menghentak pisaunya agar mengenai FInnick.

" Mampus! Mampus! Mampus!" Tempik Deadshot. 

    Finnick menumbuk Deadshot dengan tangannya yang tidak ditikam. Deadshot terpelanting jauh. Finnick bangun lalu mencabut pisau tersebut dari tangannya. 

    Deadshot menembak pisau tersebut dari tangan Finnick dengan menggunakan wrist cannonnya. Dia terus melepaskan tembakan kepada Finnick dan langsung tiada satu pun dari kesemua tembakannya yang tersasar. Badan Finnick penuh dengan lubang hasil tembakan tersebut. Sehinggalah Deadshot sekali lagi melepaskan tembakannya tetapi kali ini Finnick dapat menghentikan pelurunya dan memantulkannya semula kearah Deadshot. Kesemua tembakannya mengena tetapi ianya langsung tidak menjejaskan tubuh badan Deadshot.

    Deadshot mengetuk sut yang dipakainya. " Logam Amazon." Katanya. 

Finnick dengan lantasnya mencapai busur compoundnya lalu menarik anak panahnya. 

" Hah, busur? Kau ingat itu dapat membunuh aku?" Ejek Deadshot.

" Ianya bukan senjata biasa apabila aku yang memegangnya." Anak panah tersebut mula berubah rupa dari panah karbon biasa menjadi panah yang lebih panjang dan bercahaya terang. 

" Kau mahu bertanding siapa lebih tepat ya?" Deadshot mengambil snipernya yang digalasnya dibelakangnya lalu mensasarkan kearah Finnick.

Keadaan menjadi tegang. 

Finnick OrionWhere stories live. Discover now