Blackpink House, Hongdae, Seoul.
"* Wah, bau apa ni? Sedap betul." Rose yang baru sahaja keluar dari bilik mandi terus turun ke dapur di tingkat bawah.
"* Selamat pagi." Finnick menyapanya sambil melontarkan penkek berwarna merah jambu untuk menterbalikkannya.
"* Pagi. Penkek?"
"* Ya. Coklat dan strawberi."
"* Daebak..."
" Mana yang lain? Masih belum bangun?" Soal Finnick lalu meletakkan penkek tersebut diatas pinggan.
" Lisa dan Jennie sedang mandi. Jisoo eonni masih tidur. Oppa, kenapa Jisoo eonni tidur diatas sofa? Saya bangun tidur tadi dan perasan dia tiada dalam bilik." Rose mula rasa curiga dengan Finnick.
" Oh, sebenarnya semalam saya tak dapat tidur. Dia datang nak teman saya sekejap. Tengok sahaja dia sudah tidur. Saya tak sampai hati nak kejut dia atau angkat dia dan letakkan dia didalam bilik sebab nanti mengganggu kamu pula." Jawab Finnick sambil meletakkan barter penkek berwarna merah jambu diatas kuali.
"* Ya, eonni! Kenapa tidur disini." Mereka berdua terkejut apabila terdengar suara Lisa sedang mengejut Jisoo yang masih tidur.
"* Selamat pagi." Sapa Jennie yang baru sahaja turun.
"* Pagi. Penkek dan coklat panas akan siap apabila kamu semua siap." Kata Finnick. Sekali lagi, dia menterbalikkan penkek yang dimasaknya dengan melontarkannya ke udara. Cuma kali ini lebih tinggi.
"* Menunjuk-nunjuk." Bisik Rose. Finnick mendengarnya tetapi dia hanya buat tak tahu sahaja .
"* Oppa, buat sekali lagi. Saya mahu ambil gambar." Lisa yang baru sahaja turun ternampak apa yang berlaku. Finnick hanya mengangguk lalu melakukan aksi tersebut sekali lagi. Rose dan Jennie duduk di meja makan dan bermain dengan telefon mereka. Mereka semua sedang menunggu sehingga sarapan siap dihidang.
"* Selamat pagi, sedap bau." Jisoo yang baru sahaja turun masih kelihatan mamai walaupun dia baru sahaja lepas mandi.
"* Pagi, sarapan sudah siap. Kami hanya menunggu awak." Finnick menghidangkan penkek kepada mereka bereempat sesudah Jisoo mengambil tempat duduknya. Dia memberikan koko panas yang dihias dengan cantik kepada mereka untuk minuman.
"* Wah, lihat ianya ada lukisan dan nama kita pada krim." Lisa berasa terpegun apabila melihat krim putar yang menghiasi koko panasnya terdapat lukisan dan namanya yang dilukis dengan coklat cair.
"* Mana awak belajar semua ini?" Soal Jennie sambil mengambil gambar koko panasnya.
"* Dari seorang rakan." Finnick teringat semula semasa dia mempelajari seni kulinari bersama Pamela ketika di sekolah tinggi. Dia hanya tidak mahu mengakuinya kerana tidak mahu ada yang berasa simpati dengannya memandangkan segalanya dirakam dan akan disiarkan di kaca TV.
"* Daebak! Sedap betul." Puji Jennie selepas memasukkan potongan penkek kedalam mulutnya.
Finnick hanya tersenyum apabila melihat ahlinya makan. Dia langsung tidak menyentuh penkeknya. Malah, koko panasnya hanya diminum sedikit sahaja.
"* Oppa, kamu tak makan?" Soal Rose.
"* Tak apa, saya akan makan kemudian. Awak semua nikmatilah penkek tu." Kata Finnick.
Jisoo menghabiskan penkeknya lalu melihat tepat kearah mata Finnick. Finnick memahami maksudnya lalu bangun dan mengambil pinggan Jisoo dan berjalan kearah dapur. Finnick mengeluarkan barter penkek yang disimpannya didalam peti ais. Barter yang diisikan kedalam botol sos agar lebih mudah untuk digunakan itu dipicit keluar dan dimasak diatas kuali yang telah dicairkan mentega dan dipanaskan.
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...