" Tuan-tuan dan puan-puan, selamat datang ke episod pertama Breakfast with Mcdonald. Anda bersama saya, Lucas McDonald. Tetamu jemputan pertama kita pada episod pertama pagi ini adalah bunyikan dram........ Allison Reyes."
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
" Hari ini adalah hari terakhir kau akan berada dihadapan khalayak ramai. Aku akan bongkarkan segala kerja kotor kau, McDonald." ujar Finnick.
" Apa yang awak merepekkan ini, Finnick? Adakah ini salah satu jenaka yang awak semua sediakan?" soal Lucas McDonald dalam nada yang agak cemas.
Finnick memasuki ke dalam mindanya sekali lagi. Kali ini, dia mencari gambaran yang menunjukkan dua lagi rakan subahatnya. Nampaknya rakan subahatnya adalah salah seorang dari jurukamera dan seorag lagi adalah pengurus bagi bahagian belakang tabir. Dengan kuasa psikiknya Finnick mencari pengurus tersebut lalu memasuki mindanya. Finnick mencari beberapa bukti yang dapat membantunnya.
' Nampaknya kau bertiga merakamnya. Ini lebih bagus.' bisik hati Finnick. ' Mari carinya di Cloud.'
Finnick memasukkan kesedarannya ke dalam Internet lalu memasuki ke dalam Cloud di mana berbillion data disimpan. Dengan sepantas kilat dia telah jumpa data yang telah dimuat naik oleh tiga orang tersebut.
" Anda semua telah bersedia?" soal Finnick kepada penonton. " Tuan-tuan dan puan-puan, Allison Reyes." ucap Finnick lalu menunjuk kearah skrin besar yang berada diatas pentas.
Kesemua penonton disitu terkejut dengan apa yang dilihat mereka. Memang benar mendiang Allison Reyes dirogol dan dibunuh oleh tiga orang lelaki dan lebih mengejut lagi salah seorang dari tiga orang lelaki itu adalah hos mereka pada pagi ini.
Kesemua anggota Blackpink turut terkejut dengan apa yang dilihat mereka. Hos yang kelihatan tidak bersalah serta sentiasa menyebutkan nama ' Jesus' itu sebenarnya menyembunyikan sesuatu yang jahat.
" Oh, tidak lupa juga Haley." kata Finnick lalu mainkan video yang mengandungi mendiang Haley Morenstein.
" TAK GUNA! Finnick, hormatilah mereka yang dah mati." Lucas mula naik angin.
" Aku? Oh, Jesus. Kau rasa aku yang mainkan video ini? Lihatlah tangan aku yang masih bersih selepas dicuci ketika di tandas tadi. Lagipun, bukan aku yang menjadi pengurus belakang tabir." ujar Finnick sambil menunjukkan tangannya yang bersih.
" Tidak. Tidak tidak tidak tidak TIDAK!" Lucas telah nampak ketahui apa nasibnya kali ini. Lucas mencapai sesuatu dari bawah mejanya. Dari bawah mejanya dia mencapai sepucuk pistol Glock 20 lalu mengacukan kearah Finnick. Finnick kelihatan relaks manakala kesemua penonton mula berlari bertempiaran dek kerana panik.
" Kalau aku mati, aku akan pastikan kau mati dahulu!" kata Lucas lalu melepaskan tembakan kearah Finnick. Peluru tersebut kena kearah pipi kanan Finnick. Lucas lalu mengacukan pistol tersebut kearah Blackpink lalu menarik Jisoo kerana dia yang paling dekat.
" Unni!" Lisa menjerit kerana risau akan unni-nya.
" Tidak semudah itu, motherfucker." Finnick menendang kepala Lucas dari tepi. Lucas terpelanting mengenai skrin yang sedang memainkan rakaman video tersebut. Lucas rebah ke lantai dengan darah dimukanya.
Pipi kanan Finnick yang koyak tadi sembuh semula dengan cepat. Keempat ahli Blackpink tidak percaya dengan apa yang dilihat mereka. Baru sahaja tadi mereka terlihat Finnick ditembak tetapi sekarang dia masih berdiri seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"* Awak ok?" soal Finnick kepada Jisoo.
"* Oppa, awak..."
"* Ya, saya salah seorang dari mereka. Maafkan saya." kata Finnick kesal. Kesal kerana merahsiakan kebolehan semula jadinya.
" Aku masih belum habis dengan kau, ORION!" Lucas nampaknya masih mampu berdiri tetapi kali ini penampilannya kelihatan sangat berbeza dari sebelum ini. Kulit putihnya tadi bertukar merah dan bukannya darah. Mata birunya bertukar kuning keemasan. Rambut perangnya bertukar hitam. " Apa pula kau ni? Aku tak ingat pula bahagian ini?" soal Finnick kerana dia tidak nampak rupa sebenar Lucas ketika dia berada didalam fikirannya.
" Kau tidak kenal siapa aku. Akulah anak pertama kelahiran Mephisto. Akulah putera..."
" Apa sajalah!" Finnick menumbuk Lucas sehingga dia terpelanting sebelum dia sempat habiskan kata-katanya. "* Lebih baik kamu semua beredar. Encik Lee sedang menunggu di bilik saya. Dia akan lindungi kamu berempat. Pergi." arah Finnick kepada Jisoo.
"* Oppa, awak macam mana?" soal Jisoo dalam keadaan cemas.
"* Jangan risaukan saya. Saya lebih kuat dari yang kamu sangka." balas Finnick dengan senyuman.
"* Baiklah, hati-hati." ujar Jisoo lalu berlari pergi bersama ahli yang lain.
" Ok, dimana kita tadi. Oh,ya. Apa nama kau tadi? Aku rasa kau lupa untuk kenalkan diri kau. Hey, lepas ni beritahu sahaja nama kau. Tak perlu berdialog. Ini bukan persembahan teater." Kata Finnick.
Lucas berdiri semula. " Nama aku adalah Blackheart." perlahan-lahan, mata Lucas berubah merah. Badannya yang merah menjadi kelabu kehitaman. Ekor yang panjang tumbuh dari tulang ekornya. Lucas mengoyak pakaiannya dan bertukar sepenuhnya menjadi Blackheart.
" Telah berjuta tahun aku tinggal di Bumi. Inilah kali pertama aku berasa tercabar oleh makhluk Bumi. Ribuan peperangan telah aku mulakan dan tiada jutaan roh juga yang telah aku jadikan santapan termasuklah Roh Vlad si Pensula." Ujar Blackheart.
" Oh ya? Bila masa aku tanya? Tidakkah kau rasa manusia ini yang akan memisahkan roh kau dari jasad? Aku kenal Mephisto. Kau ada nampak jari tengah tangan kanannya? Tidak bukan? Akulah yang menelannya." Finnick menceritakan kisah lamanya menentang Mephisto ketika bersama Titan.
" Tak mungkin." Blackheart tidak percaya akan apa yang dikatakan oleh Finnick.
" Sudah tentulah dia tidak akan ceritakan kisah memalukan itu." kata Finnick sambil ketawa kecil.
" Maka, akan aku korek keluar isi perut kau untuk dapatkannya semula!" Blackheart menerkam kearah Finnick. Finnick menangkapnya dan mereka berdua dalam posisi beradu tenaga. Tangan mereka saling menolak satu sama lain.
" Boleh tahan." kata Finnick lalu menanduk kepala Blackheart.
" Aku baru sahaja nak bermula!" ujar Blackheart.
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...