" Fin, bangun."
" Siapa.... Siapa disana?" Finnick terdengar suara tersebut tetapi dia tidak dapat melihat apa-apa. Pandangannya gelap. Segala-galanya gelap. Finnick juga tidak pasti jika masih berada di Bumi atau tidak.
" Fin, ini saya, Ela." Kata suara tersebut.
" Ela? Pamela? Awak masih hidup?" Soal Finnick.
" Fin, saya pernah berjanji yang saya akan sentiasa berada sisi awak tetapi akan ada seseorang yang akan menggantikan tempat saya. Fin, awak tidak boleh hidup bersendirian. Awak perlukan teman. Saya sayangkan awak Finnick. Saya perlu pergi. Selamat tinggal." Suara tersebut terus hilang.
" Pamela, tunggu. Pamela. PAMELA!" Finnick mengigau lalu terjaga dari pengsannya.
"* Finnick oppa, awak tak apa-apa?" Soal Jennie yang berada di tepi katil Finnick.
" Pamela. Dimana Pamela?" Finnick menghindari soalan Jennie tersebut. Dia melihat sekeliling. Dia mendapati dirinya berada didalam wad di hospital.
"* Oppa, bertenang." Jennie cuba untuk mentenangkan Finnick. "* Pamela isteri awak telah meninggal, ingat?"
Air mata jatuh membasahi pipi Jennie. Dia terasa bersimpati akan Finnick yang masih menyimpan perasaan terhadap Pamela walaupun isterinya tersebut telah mati.
" Pamela..." Finnick menangis apabila mengingati wajah isterinya tersebut. Finnick berbaring semula. Dia terus menangis dan menangis seperti seorang bayi.
"* Awak dah bangun." Sapa seorang doktor yang baru sahaja masuk ke dalam bilik tersebut. "* Awak telah pengsan selama 5 hari dan itu sangat pelik." Kata doktor tersebut.
Finnick langsung tidak mendengar apa yang dikatakn oleh doktor tersebut. Sebaliknya, dia hanya menutup mukanya dengan bantal.
"* Nama saya Ma Dong Eun."
" Go fuck yourself." Bisik Finnick. Dia bernasib baik kerana tiada sesiapa yang dengar. Finnick telah masuk kedalam fikiran doktor tersebut dan mendapati Ma Dong Eun adalah seorang perogol yang selalu mengambil kesempatan keatas pesakit wanita yang koma.
"* Baiklah, Encik Finnick. Saya perlu periksa suhu badan awak." Ma Dong Eun mendekati Finnick lalu cuba untuk menyentuhnya.
Finnick terus menghalang Ma Dong Eun dengan menggenggam tangannya. Finnick mentenung mata Ma Dong Eun. Dia melihat terus kedalam otaknya dan menceroboh fikirannya. Jennie hanya melihat sahaja apa yang berlaku.
'* Aku mahu keluar dari sini dan aku mahu kau serahkan diri kau kepada pihak berkuasa.' Finnick memukau Ma Dong Eun untuk melakukan arahan tersebut.
"* Uhm... Oh ya, Encik Finnick. Nampaknya sudah tiba kamu pulang. Jennie, mungkin awak sudah boleh hubungi pengurus awak untuk membawanya pulang." Kata Ma Dong Eun setelah sedar dari pukauan Finnick.
"* Apa? Doktor, awak pasti kesihatan Finnick oppa sudah pulih?" Soal Jennie.
Ma Dong Eun langsung tidak mendengari soalan Jennie tersebut. Dia terus keluar dari bilik tersebut. Fikirannya kosong dan hanya memikirkan untuk menyerahkan dirinya kepada pihak berkuasa dan mengaku bersalah atas kesalahannya tersebut.
1 jam kemudian.
Jambatan Incheon.Finnick melihat keluar tingkap kereta. Pemandangan Sungai Han pada waktu tengah hari pada musim sejuk membuatkan dia berasa sedikit tenang. Sehinggalah, dia terlihat sebuah bangunan yang berwarna kuning berada ditengah-tengah sungai tersebut. Bangunan itu sangat besar dan kelihatan seperti beberapa orang manusia yang menjaganya. Soalannya, bangunan apakah itu dan mengapa penjaga-penjaga tersebut terapung diudara?
"* Jennie, boleh saya tanya sesuatu?"
"* Tanyalah."
"* Bangunan apakah itu?" Soal Finnick.
"* Oh, itu. Mereka memanggilnya Sinestro's Height sempena nama Ketua Warden Dunia yang baru sahaja dilantik oleh Superman iaitu Sinestro. Dari mana dia datang tiada siapa yang tahu. Dia kelihatan seperti makhluk asing kerana kulitnya berwarna merah." Jawab Jennie.
"* Sinestro? Adakah dia memakai kostum berwana kuning dan memakai cincin yang juga berwarna kuning?" Wajah musuh kepada Green Lantern tersebut bermain didalam fikirannya.
"* Ya. Oh, Green Lantern yang awak maksudkan itu adalah Hal Jordan, betul?"
"* Ya, Awak kenal Hal Jordan?" Finnick terkejut apabila Jennie tiba-tiba sahaja mengenali Hal Jordan yang selama ini menyembunyikan alter egonya.
"* Oppa, seluruh dunia telah mengetahui identiti sebenar kesemua ahli Justice League." Jawapan Jennie tersebut membuatkan Finnick berasa sangat takut kerana dia berasa risau akan identitinya.
"* Bagaimana awak semua tahu?" Soal Finnick yang inginkan kepastian.
"* Semasa awak pengsan, terdapat satu peperangan yang berlaku di Michigan. Ianya adalah diantara Sinestro Corps dan Green Lantern Corps. Ianya terjadi apabila Batman telah membongkarkan kesemua identit Justice League kecuali dirinya. Dia menunjukkan sebuah klip video yang menunjukkan Superman telah membunuh 100 orang yang tidak berdosa. Didalam klip video tersebut telah menunjukkan wajah sebenar dan nama sebenar kesemua ahli Justice League. Selepas itu saya tidak tahu. Apa yang saya ingat ialah seorang lelaki bernama John Stewart telah terkorban dari peperangan tersebut kerana dibunuh oleh rakannya sendiri yang bernama Guy apa entah."
"* Gardner. Guy Gardner. Saya mengenali lelaki tersebut." Finnick tidak percaya bahawa ianya seperti berlakunya pengakhiran dunia ketika ketiadaannya. Mengapa perlu berlaku seperti itu?
"* Oh ya, mengenai Hal Jordan. Kini, dia adalah salah seorang dalam Sinestro Corps." Kata Jennie.
"* APA!" Finnick tidak percaya dengan kenyataan tersebut.
Mustahil Hal Jordan telah menjadi salah seorang tenter dalam Sinestro Corps. Sinestro adalah musuh utama baginya. Sinestro telah mengkhianati Green Lantern Corps dan kini Green Lantern sendiri yang menjadi hambanya. Ini memang tidak masuk akal. Finnick mungkin hanya bermimpi.
Pada saat yang agak mengelirukan ini telefon Jennie boleh berbunyi.
"* Annyeonghaseyo." Jawabnya. "* Finnick oppa? Ya, dia disini. Oppa, Sajangnim." Jennie menyerahkan telefonnya kepada Finnick.
" Finnick, hentikan masa sekarang." Arah Encik Yang.
Finnick terus menghentikan masa seperti yang diarahkan.
" Sudah."
" Baiklah, apa yang saya akan katakan kepada awak ini adalah satu berita yang sangat mengejutkan. Sedia?"
" Ya."
" Mula-mula sekali, Oliver Queen atau Green Arrow telah mati dibunuh oleh Superman. Kedua, kesemua ahli Fantastic Four telah mati dibunuh oleh satu entiti yang tidak dikenali dan ianya entiti yang sama sedang bersembunyi di Korea sekarang. Itulah misi awak sekarang. Cari dan siasat entiti tersebut." Mendengarnya sahaja telah membuatkan Finnick berasa marah. Telefon Jennie hampir retak dibuatnya kerana genggamannya yang kuat tetapi Finnick masih sedar bahawa itu bukan telefonnya.
" Saya akan cari entiti tersebut dan walaupun apa pun yang terjadi semua ini perlu dihentikan dengan segera." Finnick terus meletakkan panggilan tersebut.
" Finnick, tunggu. Ah, tak guna." Encik Yang kecewa kerana dia tidak sempat memberitahu informasi penting yang Finnick perlu tahu.
" Bagaimana, Hyung-Suk?" Soal Jacob.
" Saya tidak sempat memberitahunya informasi terakhir dan yang paling penting." Jawab Encik Yang.
" Paling penting? Apakah itu?" Jacob ingin tahu.
" Dia perlu tahu bahawa makhluk yang dia jumpa di Koh Samui tersebut sebenarnya adalah musuh utama didalam misi ini."
Jacob tidak percaya akan apa yang didengarinya. Dia tidak dapat bayang apakah reaksi Finnick apabila ianya didengarinya sendiri. Ini mungkin akan membuatkan Finnick bertukar gila dan mungkin seluruh alam ini akan musnah. Finnick telah mengikut segala arahan daripada DanDan malah dia juga telah banyak mengharungi perkara-perkara yang pelik seperti pergi ke masa hadapan dan terpaksa membunuh Superman.
Finnick pasti akan marah.
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...