Dendam yang tak akan Mati

1 0 0
                                    

Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles. 

     Janey Belle menahan sebuah teksi lalu memasuki teksi tersebut. " Las Vegas." kata Janey Belle sejurus menutup pintu teksi.

     Beberapa hari ini agak memenatkan. Dari pagi sehingga petang Janey Belle perlu membantu Esther di restoran. Pada waktu malam pula dia meluangkan masa bersama Finnick. Disebabkan hari ini adalah hari terakhir Finnick di L.A. Janey Belle memutuskan untuk mengambil cuti sehari untuk menghantar Finnick. 

     Beberapa hari yang sangat menyeronokkan bersama Finnick. Janey pasti akan merinduinya bila dia pulang ke Korea nanti. Janey memastikan setiap saat bersama Finnick ada berharga baginya. Ketika ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Finnick Janey Belle tidak menjangkakan bahawa Finnick akan menciumnya sebagai tanda perpisahan. Nafsu seks Janey Belle terhadap Finnick hilang serta-merta dan dari situ timbullah perasaan cinta. Ya, selama ini Janey Belle mencintai Finnick tanpa diketahui dirinya kerana apa yang mereka lakukan untuk beberapa hari ini adalah melakukan hubungan seks sahaja. Kini, keadaan telah berubah. 

     Janey berhasrat untuk berjumpa seorang rakan lamanya iaitu George Sumero. Tujuannya berjumpa George bukanlah untuk membawa berita gembira tetapi untuk mencari King. Kali terakhir George dikesan adalah di Las Vegas.

      " Sudah sampai, Cik." ucap pemandu teksi. 

     Papan tanda Las Vegas jelas terpapar dihadapan teksi tersebut. 

     " Berapa?" soal Janey Belle.

     " Oh, ianya percuma jika awak berikan saya... awak tahu?" pemandu teksi tersebut cuba untuk mengajak Janey Belle berhubungan seks dengannya sambil membuka zip seluarnya. 

     " Hah! Aku sudah agak. Manusia seperti kau tidak layak hidup diatas muka Bumi ini." kata Janey Belle lalu menggigit leher pemandu teksi tersebut. Darah terpancut keluar dan membasahi seluruh bahagian dalam teksi. Pemandu teksi tersebut menjadi makanan tengah hari Janey Belle pada hari itu. 

Beberapa minit kemudian. 

     Janey Belle berjalan mencari sebuah pusat karaoke yang bernama Family Karaoke. Di situlah tempat di mana dia ditipu oleh George Sumero dan dijadikan hamba seks King lalu dirogol, diseksa dan dibunuh seperti binatang. Dan di situ jugalah dia dihidupkan semula dengan bantuan seorang rakannya yang juga seorang dukun yang bernama Xula. Xula adalah wanita yang telah menyumpah Janey Belle menjadi zombie dengan bantuan buku Necromonicon. Kini, Xula telah menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan. 

     Setelah beberapa ketika mencari, akhirnya Janey jumpa jua bangunan yang bernama Family Karaoke. Janey memasuki bangunan tersebut dengan nafas yang berat. 

     " Selamat datang. Boleh saya bantu?" sambut seorang staf perempuan yang berada di kaunter. Gaya pemakaiannya menunjukkannya bukanlah seorang kerani biasa tetapi juga seorang pelacur. Pakaian arnab yang ketat? Geez, itu helah biasa. 

     " Aku mahu jumpa George. Jika kau mahu keluar dari sini dengan selamat lebih baik kau beritahu aku di mana si tak guna itu." kata Janey Belle dengan nada yang marah. 

     " Bilik 6." kata staf tersebut dengan takut. 

     " Terima kasih. Kau boleh keluar dari sini dan mulakan hidup baru sebab ajal George dan King bakal datang menjemput mereka. Pergi!" arah Janey Belle. 

     Janey Belle berjalan kearah bilik nombor 6 dengan harapan dapat berjumpa dengan George. 

     Dari luar bilik lagi Janey dapat mendengar bunyi gelak ketawa George yang sedang berseronok dengan habuannya. Janey dapat mendengar beberapa suara milik perempuan. Nampaknya lebih ramai lagi yang menjadi mangsa George. 

Finnick OrionWhere stories live. Discover now