WWE & Ejen SHIELD, Natasha Romanoff

47 1 0
                                    


" Kembali lagi kita pada Monday Night Raw." Kata Michael Cole.

" Ya, saya sangat teruja kerana malam ini ialah salah satu malam dimana bintang baru kita, Abaddon, akan mencabar juara Universal Champion, Braun Strowman didalam perlawanan Steel Cage." Kata Corey Graves.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dibelakang pentas.

Kelihatan Finnick sedang memanaskan badannya. Pamela yang kini adalah isterinya berada disisinya.

" Awak dah sedia, Abaddon?" Seorang staf WWE datang dan menyoal Finnick atau nama panggilannya ialah Abaddon.

" Ya." 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Sekarang, waktunya telah tiba dan ianya ialah waktu untuk Universal Championship dipertaruhkan didalam perlawanan Steel Cage." Kata juruacara WWE.

Lagu tema Finnick dimainkan lalu penonton mula bersorak. Finnick berjalan dengan agak perlahan lalu memasuki kedalam gelanggang.

BRAUN!!!!!!!!!!!!!!

Itulah bunyi lagu tema untuk sang juara, Braun Strowman. Beliau berjalan kearah gelanggang dengan membawa kejuaraannya. Memasuki gelanggang seperti raksasa yang lapar. 

Perlahan-lahan sangkar besi diturunkan dari atas gelanggang. Finnick berasa berdebar kerana dia bukan sahaja perlu berlawan untuk kejuaraan tetapi berlawan untuk mempertahankan rekod kemenangannya yang tidak pernah dipecahkan oleh sesiapa pun. Rekodnya ialah sebanyak 299-0-0. 

Ting!

Loceng berbunyi menandakan perlawanan bermula.

Braun Strowman terus berlari ingin menerkam Finnick tetapi Finnick terus mengelak. Braun Strowman terjatuh lalu Finncik mengambil kesempatan untuk melakukan gerakan Curb Stomp semasa lawannya itu cuba untuk bangun. 

BDOOM! 

Kepala Strowman dipijak dan mukanya dihempapkan ke lantai gelanggang. Braun Strowman terus pengsan setelah terkena pergerakkan yang boleh membawa maut itu.

Finnick melakukan tindanan keatas Braun.

1! 2! 3!

Ting! Ting! Ting!

" Pemenangnya dan juara Universal yang baru anda, Abaddon!" 

Semua penonton bersorak keatas kemenangan Finnick.

Itu adalah rekod kemenangan Finnick yang ke 300 dan juga rekod kemenangan yang paling cepat iaitu 6 saat. 

Finnick memanjat keatas sangkar dan meraikan kemenangannya. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Tahniah Finn." Itulah yang didengari oleh Finnick ketika berada dibelakang pentas. Kesemua ahli gusti WWE mengucapkan tahniah. 

Ketika berjalan ke arah bilik lokernya Finnick ternampak Pamela berdiri dihadapan pintu. Finnick berjalan kearah Pamela lalu mencium isterinya.

" Tahniah, sayang. Ada orang nak berjumpa dengan awak." Kata Pamela lalu pergi.

" Siapa?" Soal Finnick tetapi soalannya tidak dijawab oleh isterinya.

" Mungkin peminat." Finnick membuka pintu biliknya dan ternampak seorang wanita berdiri dihadapannya.

" Finnick Orion. Sudah lama saya menjejaki awak." Kata wanita tersebut.

" Awak ialah Natasha Romanoff atau dikenali dengan nama kod awak Black Widow. Seorang bekas tentera rahsia Rusia dan kini seoarang ejen SHIELD. Gembira berjumpa awak." Kata Finnick setelah membaca fikiran wanita tersebut lalu menghulurkan tangan untuk bersalam.

" Wow, itu agak hebat dan tolong keluar dari fikiran saya." Kata Natasha lalu menyambut salam dari Finnick.

" Apa hajat awak datang kesini, Ejen Romanoff?" Soal Finnick.

" Saya rasa awak mungkin boleh teka kenapa saya disini." Kata Natasha.

" Malaslah saya nak teka-meneka ni. Saya lebih suka membaca fikiran orang." Rungut Finnick.

" Finnick Orion, Anak kepada Amy Orion. Berumur 23 tahun. Seorang pemegang ijazah dalam Sains Senjata Kimia. Pemegang rekod tidak pernah kalah dalam gusti proffessional. Mahir dalam 100 jenis seni bela diri dan hanya mengambil masa 1 tahun 5 bulan untuk mempelajarinya. Rekod jenayah, membunuh pembunuh upahan dan askar super, Brock Rumlow a.k.a Crossbones. Mempunyai kuasa Sang Garuda. Akhir sekali, mempunyai isteri yang bernama Pamela Lillian Isley yang mempunyai kuasa mengawal alam." Kata Natasha.

" Saya rasa awak lupa yang saya juga telah bunuh Hitman yang paling dikehendaki, Deadshot dan beberapa pembunuh bersiri seperti seorang lelaki yang memakai topeng hoki dan bersenjatakan sebilah parang yang membunuh lebih dari 158 orang mangsa di kem yang bernama Camp Crystal Lake." Kata Finnick.

" Pasal Deadshot, kami langsung tidak dapat jumpa mayatnya. Pasal lelaki topeng hoki itu pula...... tak apalah. Sebenarnya, saya disini untuk memberikan awak tawaran dari SHIELD." Kata Natasha.

" Sebelum awak memberikan tawaran tersebut, saya ingin tahu saya akan dibayar macam mana?" Soal Finnick.

" Haih...... Apa awak mahu?" Soal Natasha.

" Hehehe. Pertama sekali, saya mahukan sebuah  rumah." 

" Lagi?" 

" Rumah yang mempunyai dapur yang besar dan ruang tamu yang cantik seperti apa yang diidamkan oleh orang lain. Dan jangan lupa sebuah bilik arked yang dipenuhi pelbagai konsol permainan. Akhir sekali, sebuah bilik muzik yang penuhi kelengkappan muzik seperti gitar, dram dan apa-apa saja dan yang paling penting saya mahukan kesemua album muzik kumpulan rock seperi Slipknot, Helloween, Kiss dan Blackpink." Kata Finnick.

" Blackpink?" Soal Natasha lalu ketawa kecil.

" Jangan tanya kenapa." Jawab Finnick.

" Baiklah-baiklah. Ini tawarannya, SHIELD mahukan awak untuk..." 

" Pergi ke suatu tempat bernama Uatu Onruiaow di negara bernama Wakanda sebab disana berlaku satu letupan kimia yang menyebabkan penduduk disekeliling berubah menjadi mayat hidup atau zombi. Saya perlu kesana untuk menyelamatkan Raja Wakanda, T'Challa." Sampuk Finnick setelah membaca fikiran Natasha.

" Jadi..... Awak terimanya?" Tanya Natasha.

" Saya terima. Mesej saya koordinat tempat perjumpaan seterusnya." Kata Finnick dengan nada yang serius. Sesuatu terlintas difikiran Finnick yang membuatkannya berasa takut.

Tok! Tok! Tok!

" Masuklah." Kata Finnick.

Pamela memasuki bilik loker tersebut.

" Saya rasa awak sudah berjumpa dengan isteri saya, Pamela Natasha, Natasha Pamela. Awak boleh minta nombor telefon saya dari Pamela. Saya perlu pergi jumpa dengan Triple H sekejap. Jumpa lagi." Kata Finnick lalu keluar dari biliknya.

Bersambung....................

Finnick OrionWhere stories live. Discover now