" Superman Punch dari Roman Reigns! Mamma Mia!"
" Let's go, Roman!"
" Let's go, Roman!"
" Let's go. Roman!"
" Uwwa!!"
Roman Reigns berlari lalu mengenakan serangan Spear ke arah Seth Rollins lalu membuat tindanan.
" 1! 2! 3!"
Ding! Ding! Ding!
" Dan pemenangnya dan kekal sebagai juara Universal anda, Roman Reigns." ucap Renee Young selaku juruacara pada malam tersebut.
Maka, berakhirlah Monday Night Raw pada malam tersebut dengan Roman Reigns yang menjadi orang terakhir yang berdiri tegak di tengah gelanggang setelah mengalahkan Seth Rollins dan kekal sebagai juara Universal.
Finnick mematikan televisyen di bilik hotelnya.
" Yeah, awak memang layak menjadi seorang juara, Joe." Ucap Finnick.
Finnick mencapai telefon pintarnya yang berada di atas meja lampu di sebelahnya lalu membuka aplikasi Facebook dan mendapati tiada apa-apa yang menarik. Setelah beberapa minit, Finnick membuka aplikasi Twitter pula dan masih tiada apa-apa yang menarik.
Ding!
Finnick mendapat mesej daripada seorang rakannya iaitu seorang Youtuber yang dikenali sebagai TheOdd1sOut atau nama sebenarnya adalah James Rallison. James adalah seorang Youtuber yang terkenal dengan video animasi yang dihasilkannya.
< Hey, Fin. Saya nampak awak di TV. Awak nampak cool bersama Blackpink walaupun seperti tidak sesuai awak berada di dalam kumpul itu. Adakah awak akan berada lama di sini? >
Finnick membaca mesej tersebut lalu menjawab.
< Hey, James. Terima kasih atas pujian itu bro. Ya, saya akan berada di sini untuk 2 minggu tetapi mereka berempat akan pulang ke Seoul hari Ahad nanti. >
Finnick menunggu seketika untuk James membalas mesejnya.
< Cool. Fin, awak sibuk esok? >
Finnick lantas membalas.
< Saya ingat nak ke rumah lama saya tetapi kalau awak ada plan ke mana-mana saya boleh buat Jumaat nanti. >
Tidak sampai 20 saat James lantas menbalas.
< Nice! Mari berjumpa di E3 esok. >
Wajah Finnick kelihatan gembira apabila membaca mengenai E3. E3 adalh singkatan untuk Electronic Entertainment Expo. E3 hanya diadakan setahun sekali iaitu pada bulan Jun. Di sini adalah di mana permainan video yang baru atau yang berada dalam proses penerbitan didedahkan dan ditunjukkan pada dunia. Menghadiri E3 adalah impian bagi setiap penggemar permainan video.
Finnick membalas mesej James dengan gembiranya.
< OMFG! ESOK!? FUCK YEAH! Saya akan ke sana. Siapa lagi akan ke sana? >
Finnick berasa tidak sabar.
< Tentang Youtubers lain saya tidak pasti. Saya akan pergi bersama Jaiden dan mungkin Anthony Padilla akan sertai kami. >
Baca sahaja nama Jaiden dan Anthony Padilla menambahkan lagi kegembiraan Finnick. Jaiden daripada Jaiden Animations juga seorang Youtubers terkenal yang menghasilkan video animasi seperti James dan Anthony Padilla adalah seorang Youtubers lagenda. Anthony dahulunya adalah salah seorang daripada SMOSH iaitu saluran Youtube yang terkenal tetapi pada 14 Jun 2017, Anthony terpaksa meninggalkan SMOSH atas sebab-sebab tertentu.
< OMFG! Saya tidak saya menunggu hari esok. Sudah lama saya tidak berjumpa Jaiden kesayangan saya. UWU >
Balas Finnick.
< Jaiden masih sihat dan ceria seperti dulu. Rasanya dia juga mesti teruja untuk berjumpa dengan bekas teman lelakinya. :P >
Finnick ketawa sinis memperingati kisah silamnya bersama Jaiden dan James. Mereka telah berkawan sejak Finnick berumur 18 tahun. Finnick mengenali James ketika musim panas 2013 di mana Finnick melawat kubur ibunya di Los Angeles bersama Pamela. Finnick terserempak dengan James ketika melawat E3 pada tahun tersebut dan menjadi kawan rapat.
James mengenalkan Jaiden kepada Finnick pada hari yang sama dan Finnick dan Jaiden pernah bercinta untuk tempoh yang singkat. Mereka terpaksa berpisah kerana Finnick pada keitka itu adalah salah seorang daripada Titans dan tidak dapat membahagikan masa antara kehidupan normalnya dan kehidupan adiwiranya.
< Ok, James. Saya perlu tidur sekarang kerana esok adalah hari yang besar dan saya perlu bangun awal untuk ke E3. >
< Baiklah, jumpa esok Fin. Malam. >
< Malam. >
Finnick mematikan telefon pintarnya lalu meletakkan kepalanya dan memejamkan matanya untuk tidur.
Di suatu sudut jauh.
' Dia sudah tidur.'
Finnick terdengar satu bisikan suara dari jauh. Finnick hanya abaikan sahaja suara tersebut kerana itu hanyalah perkara biasa baginya.
' Saya rasa dia tersedar.'
Sekali lagi, Finnick terdengar suara tersebut. Kali ini, Finnick membuka matanya lalu melihat sekeliling.
' Jaga-jaga, dia sedang melihat.'
Finnick terdengar suara tersebut semakin jelas apabila dia melihat ke arah jendela. Finnick lantas bangun lalu berjalan kearah jendela. Finnick membuka langsir jendela dan melihat kearah bangunan yang berada di seberang hotelnya.
' Batalkan misi! Batalkan misi!'
Finnick mendongak kearah bumbung bangunan seberang hotelnya dan terlihat satu pancaran cahaya seperti pancaran yang terhasil daripada cermin atau skop. Finnick melihat tepat kearah pancaran cahaya tersebut.
' Tembak sahaja dia!'
POW!
Sebutir peluru terbang kearah Finnick dengan laju. Finnick menangkap peluru tersebut dengan jari telunjuk dan jari hantunya seperti chopstick. Finnick menggenggam peluru tersebut dan kelihatan peluru tersebut berwarna hijau terang. Kemudian, Finnick melihat semula kearah bumbung bangunan tersebut dan mendapati pancaran cahaya tersebut telah hilang termasuklah suara tersebut.
Finnick memeriksa semula peluru tersebut.
" Kryptonite." kata Finnick.
Finnick terus dapat mengecam bahan peluru tersebut kerana dia pernah melihatnya sebelum ini ketika masih bersama Titans. Finnick juga pernah menghasilkan anak panah dengan menggunakan kryptonite untuk mengalahkan Jeneral Zod. Selain anak panah, Finnick juga pernah menghasilkan senjata lain seperti pisau dan buku lima dengan menggunakan kryptonite. Ini adalah kali pertama juga Finnick dapat melihat peluru yang diperbuat dari kryptonite.
Finnick masih memikirkan akan gerangan pemilik suara tersebut dan juga orang yang telah cuba untuk membunuhnya pada waktu lewat malam tersebut.
Selepas melihat sekeliling buat seketika, Finnick mengambil keputusan untuk tidur sahaja kerana letih akan kerja yang agak panjang. Tambahan, Finnick perlu bangun awal pagi esok untuk menghadiri E3 dan berjumpa dengan rakan lamanya.
" Just fuck that voice. Saya mahu tidur." ucap Finnick.
' Mungkin bukan malam ini Orion.'
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...