Pejabat Yang Hyun-Suk
Finnick menunggu kejadiran bosnya didalam pejabatnya yang agak besar. Pejabat inilah yang dikatakan tempat yang paling digeruni oleh kesemua artis YG Entertainment. Bagi Finnick pejabat ini hanyalah perkara biasa dan langsung tiada apa-apa yang patut ditakutinya. Ini adalah kali ketiga Finnick masuk kedalam pejabat tersebut. Kali pertama adalah semasa hari pertamanya di Korea dan kedua adalah selepas dia pulang dari Thailand.
Finnick melihat jam di dinding. Dia telah menunggu bosnya selama 25 minit. Finnick mengeluarkan iPod yang dihadiahkan oleh Jisoo ketika hari lahirnya lalu memasang lagu dengan fon telinganya.
' See the devil in i.' Finnick menyanyikan lagu Devil in I dari kumpulan Slipknot tersebut didalam hatinya. Finnick sungguh asyik mendengar lagu tersebut. Mana tidaknya, Slipknot adalah kumpulan rock yang paling disukainya sejak zaman persekolahan lagi. Finnick mula meminati Slipknot ketika dia masih berumur 12 tahun. Segala-galanya berlaku tanpa diduga. Finnick ketika itu berada didalam perpustakaan sekolahnya untuk mengulang kaji sehinggalah seorang pelajar yang nakal memainkan lagu Wait & Bleed dengan kuatnya pada pembesar suara dan mengganggu semua pelajar yang sedang mengulang kaji. Pelajar tersebut telah dikenakan hukuman diatas kenakalannya. Sejak dari kejadian tersebut, Finnick terus meminati kumpulan rock tersebut. Finnick juga tidak pasti mengapa dia meminati mereka.
" Hei, Fin. Sudah lama menunggu?" Sapa Encik Yang ketika masuk kedalam pejabatnya. Sayangnya, sapaannya tidak dipedulikan oleh Finnick kerana dia terlalu asyik mendengar lagu melalui fon telinganya.
Encik Yang mendekati Finnick lalu mencabut fon telinganya dari telinganya.
" FIN! SUDAH LAMA MENUNGGU!?" Jerit Encik Yang.
Finnick terkejut lalu tertumbuk Encik Yang yang berada disebelahnya. Tumbukan tersebut sangat kuat sehinggakan Encik Yang jatuh pengsan.
" Oh shit." Latah Finnick.
Finnick lantas memutarkan masa semula. Finnick kembali ke beberapa minit yang lalu semasa dia menunggu Encik Yang dan melihat kearah jam dinding.
' Baiklah, saya akan mendengar lagu. Dalam masa beberapa minit dia akan muncul di belakang saya dan mencabut fon telinga lalu jerit. Saya akan duduk menghadap dinding di sebelah supaya saya dapat melihatnya datang.' Finnick merancang apa yang perlu dibuat ketika Encik Yang datang.
Finnick melakukannya seperti yang dirancang. Dalam masa bebrapa minit sahaja Finnick dapat melihat kehadiran Encik Yang melalui pintu kaca biliknya.
" Hei, Fin. Sudah lama menunggu?" Sapa Encik Yang ( sekali lagi ) ketika masuk ke dalam pejabatnya.
Finnick menhentikan muziknya lalu bangun dan tunduk hormat kepada bosnya. Encik Yang menepuk bahu Finnick dengan lembut. Finnick terus duduk selepas bosnya duduk dihadapannya.
" Ya, agak lama." Jawab Finnick. " Jadi, kenapa saya disini? Sepatutnya saya berada di zoo bersama mereka." Finnick tidak puas hati kerana dia tidak dapat sertai ahli yang lain melawat zoo.
" Awak disini kerana saya ada misi untuk awak. Nampaknya identiti entiti misteri tersebut telah dikesan. SHIELD yang dibantu oleh Tony Stark dapat mengesannya menggunakan satelit Wayne Industries. Entiti tersebut dikatakan sedang bersembunyi di dasar Sungai Han." Kata Encik Yang.
" DanDan bukan musuh kita." Encik Yang terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Finnick tersebut. Finnick telah membaca fikirannya. " Mustahil dia adalah musuh kita. Dia telah memberikan saya petunjuk dalam misi ini. Dia juga telah tunjukkan masa depan kepada saya."
" Fin, bertenang."
Finnick berjalan menuju kearah pintu.
" Awak mahukan entiti tersebut? Saya akan membawanya kepada awak malam ini. Oh, dan jangan lupa. Beritahu Tony yang saya memerlukan sut baru kerana sut lama saya telah musnah dibakar oleh Darkseid." Finnick terus keluar dari pejabat tersebut.
Encik Yang menghembuskan nafasnya. Dia sudah agak yang Finnick akan bertindak sebegitu. Lebih melegakan ialah apabila Finnick hanya pergi tanpa membuat apa-apa perkara yang bodoh seperti mencampak kerusinya kerana seperti yang diberitahu oleh Jacob, Finnick mungkin akan mengamuk.
" Jadi, dia sudah tahu?" Soal Jacob yang secara tiba-tiba muncul disebelah Encik Yang. Encik Yang terkejut lalu terhantuk ke dinding dibelakangnya.
" Boleh tak awak masuk melalui pintu?"
" Yup, dia sudah tahu." Jacob terus menghilangkan diri.
Diluar bangunan YG.
' DanDan, betulkah awak ialah musuh?'
" Awak percayakan mereka, Finnick?"
' Jawab soalan saya.'
" Carilah ShuHan di dasar Sungai Han. Dia sahaja yang mampu menjawab kesemua soalan didalam kepala awak."
" Apa?" Finnick mahu tidak mahu perlu juga melakukan misinya. Selepas bercakap dengan DanDan melalui telepatinya, Finnick tidak dapat lari dari melakukan misi tersebut. " Oh, Tuhan. Saya mahu ke zoo bukan ke dasar sungai." Kata Finnick lalu melompat tinggi dan terbang diudara. Finnick terus menjunam masuk ke dalam Sungai Han. Dia sangat bertuah kerana waktu ini tiada siapa yang melihatnya. Malah, kamera CCTV juga tidak sempat merakam betapa pantasnya Finnick.
Finnick membuatkannya bercahaya dengan menggunakan kuasa elemen cahayanya. Sekali lagi dia perlu mungkin mencari seekor lagi ikan raksasa atau apa-apa sahaja makhluk yang sedang bersembunyi tersebut.
Tiba-tiba, Finnick berasa getaran di paha kanannya. Oh, ya. Finnick terlupa bahawa iPod dan telefon pintarnya masih lagi didalam poketnya. Sungguh menakjubkan kerana telefonnya masih berfungsi walaupun Finnick kini berada di dasar Sungai Han.
Nama ' Little Pikachu' tertera pada skrin telefon pintar Finnick tersebut. Finnick terus menjawab panggilan tersebut.
"* Annyeonghaseyo, Jisoo."
"* Oppa, awak perlu berada disini." Little Pikachu atau nama sebenarnya Kim Jisoo seolah-olah telah membuang perasaan gerun Finnick ( Yup, selepas berjumpa dengan DanDan di dasar laut Koh Samui, Finnick terus fobia dengan kawasan air yang gelap. Fobia ini dipanggil Thalassophobia. :) ).
Finnick sangat hairan degnan situasi yang berlaku sekarang. Pada mulanya, telefon pintar dan iPodnya berfungsi dengan baik walaupun didalam air dan lebih menghairankan ialah suara Jisoo kedengaran sangat jelas.
"* Oppa, awak dimana?" Finnick terjaga dari lamunannya.
"* Oh, saya sedang berada di Gangnam." Finnick memberikan alasannya.
"* Gangnam? Oppa, apa awak buat disana?" Soal Jisoo.
"* Saya sedang membeli-belah kereta disini." Jawab Finnick.
"* Kereta? WOW! Apakah ia? Ferrari? Lamborghini? Tesla?" Soal Jisoo lagi.
"* Um... Maaf, saya perlu letak panggilan ini. Saya akan telefon bila pulang nanti. Oh, tolong berhenti panggil saya oppa. Kita sudah bincangkan hal ini. Annyeong." Finnick terus meletak panggilannya.
" Siapa tu, bro? Isteri?"
" Tak, ianya kawan saya." Jawab Finnick.
" Oh... Kau tahu kau berada dimana sekarang?"
" Sungai Han. Kenapa?" Finnick masih tidak perasaan perkara yang sedang berlaku.
" Ya, kau tahu kau sedang bercakap dengan siapa sekarang?"
" Saya bercakap dengan... Nanti sekejap." Finnick melihat-lihat kawasan sekeliling. Baru dia perasan yang dia kini berada di dasar Sungai Han dan ianya kosong. Jadi, bersama siapa dia bercakap?
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...