Kembali ke L.A b. 7

1 0 0
                                    

E3.

     Keadaan kembali sunyi di bilik VIP. Hanya tinggal Finnick, James, Anthony dan Jaiden sahaja di E3. Pengunjung lain kesemuanya telah lari ketakutan selepas pergaduhan yang dicetuskan oleh Void dan Finnick. Walaupun tiada sebarang kematian, para pengunjung tetap berasa panik. 

     Finnick mula bersuara. 

     " Awak bertiga rakam semua itu?" soal Finnick.

     Mereka bertiga sekadar menggelengkan kepala. 

     " Bagus. Sekarang hanya awak bertiga sahaja yang menjadi saksi di sini." kata Finnick sambil merenung mata mereka bertiga. 

     " Adakah awak akan padamkan memori kami bertiga?" James mula bersuara. 

     " Apa? Oh, tidak. Saya percaya awak bertiga tak akan beritahu sesiapa dan jika awak beritahu pun siapa yang nak percaya kerana sesiapa sahaja boleh jadi Overdose. Tambahan lagi, tiada siapa tahu yang saya berada di E3 hari ini. Setiap tahun ketika E3, tempat ini seperti tiada sebarang peraturan. Semua kamera sekuriti dimatikan hanya untuk satu hari ini. Itu adalah peraturan E3 supaya tiada berita palsu mengenai syarikat pembikinan permainan video yang akan tersebar." terang Finnick panjang. 

     Finnick melihat keluar tingkap bilik VIP yang pecah tersebut. Dia melihat keadaan E3 yang kini sunyi selepas pergaduhanya. Finnick berasa agak bersalah kerana dialah punca kesemua kerosakan ini. 

     " Mungkin saya patut baiki semua ni." kata Finnick. 

     Finnick menggunakan kuasa telekinesisnya untuk membaiki semula kesemua kerosakan tersebut. Rakan-rakannya hanya menyaksikan sahaja perbuatan Finnick itu. Ini adalah kali pertama mereka melihat seorang superhero melakukan tugasnya didepan mata. Mereka berasa kagum. 

     Tidak sampai 5 minit pun kerja membaik pulih telah selesai. Finnick hanya perlua memikirkannya dan ianya berlaku. Untuk tingkap bilik VIP pula Finnick hanya menggunakan kuasa putaran masanya untuk kembalikan keadaan tingkap tersebut ke keadaan asal.

     " Itu memang hebat." kata James.

     " Saya memang seorang peminat superhero tetapi saya tidak pernah melihat superhero secara berhadapan." kata Anthony pula. 

     " Adakah ini yang menyebabkan awak mahu berpisah dengan saya?" Jaiden mula bertanya. Soalan itu membuatkan keadaan menjadi kekok. 

     Finnick melihat tepat kearah mata Jaiden. Itulah yang diajari oleh ibunya sejak kecil iaitu sentiasa melihat mata orang apabila bercakap dengan mereka. Finnick telah terbiasa dengan perkara itu. 

     Finnick mencapai tangan kanan Jaiden. Tangan Jaiden berasa sangat sejuk. Finnick memegang tangan Jaiden dengan kedua-dua tangannya. Rasa sejuk tangan Jaiden tersebut membuatkan dirinya sangat selesa. Finnick meletakkan tangan Jaiden di pipinya lalu Jaiden mengusapkan pipi Finnick dengan lembut. 

     Finnick menggunakan kuasanya untuk menhentikan masa supaya James dan Anthony tidak terlibat dalam hal ini.

     " Tangan awak sentiasa sejuk." kata Finnick.

     " Dan tangan awak sentiasa panas." balas Jaiden. 

     " Ya, inilah sebab kita berpisah. Saya tidak mahu awak atau sesiapa sahaja yang terlibat dengan semua misi saya termasuklah Pamela." kata Finnick. 

      " Tidak apa. Saya faham. Jika saya seorang superhero seperti awak sudah semestinya saya akan lakukan perkara yang sama." balas Jaiden. " Awak tak perlu berasa bersalah, Fin. Awak seorang superhero yang hebat. Pamela memang sayangkan awak. Saya juga sayangkan awak. Kami semua sayangkan awak." kata Jaiden lagi. 

     Finnick berasa agak terharu dengan kata-kata Jaiden tersebut. Finnick sudah tidak berasa disayangi sebegini buat tempoh yang agak lama. Dia betul-betul rindukan Pamela. Jaiden sahaja yang boleh membuatkan Finnick ingat semula perkara indah yang pernah dia lalui. 

     " Mahu kembali bersama semula?" soal Finnick. 

     Jaiden sedikit terpegun dengan soalan tersebut tetapi dia hanya sekadar memberikan senyuman yang manis. Air matanya mula bergenang. 

     " Finnick, sudahlah apa yang kita lalui bersama dahulu menjadi kali yang pertama dan terakhir buat kita." balas Jaiden. Air matanya terjatuh jua membasahi pipinya. 

      Finnick memahami kata-kata Jaiden tersebut. Finnick membalas senyumnya lalu melepaskan tangan Jaiden dari genggamanannya lalu mengusap pipi Jaiden yang dibasahi air mata tersebut. Finnick gerakkan semula masa. 

      " Hei, Jaiden bukankah soalan itu agak..." James cuba untuk berbisik kepada Jaiden. 

      " Jumpa lagi. Jumpa lagi di masa yang akan datang." Finnick meminta diri lalu menghilangkan dirinya di hadapan mereka dengan kuasa teleportasi. 

      " Adakah dia sudah pergi?" soal Anthony. 

      " Ya." jawab Jaiden. 

     " Jaiden, awak..."

     " Ya." Jaiden memintas kata-kata Anthony. 

     " Ok."

Papan Tanda Hollywood.

     Finnick duduk berseorang diatas papan 'Y' sambil melihat seluruh bandar Los Angeles yang boleh dilihat dari atas Gunung Lee tersebut. Pemandangan waktu tengah hari yang agak cantik. 

     " Tidak dapat semula teman wanita kau?" soal seseorang dari bawah. 

     Finnick melihat kebawah dan mendapati tiada sesiapa di bawah sana. 

     " Aku disini." suara tersebut dapat didengari betul-betul dihadapan Finnick. 

     Sekujur tubuh berwarna hitam terapung di hadapan Finnick. Finnick mengangkat mukanya dan melihat kearah pemilik suara yang menghalang pemandangannya kearah bandar Los Angeles. Pemilik suara itu adalah Void. 

     " Perlawanan kita tadi masih belum selesai. Kau masih berhutang satu German Suplex dengan aku." kata Void lalu mengenakan satu tumbukan uppercut ke dagu Finnick. Finnick terjatuh dari papan 'Y' tersebut. 

     Void terbang kearah Finnick lalu menghulurkan tangannya untuk membantu Finnick untuk bangun. Finnick menepis tangannya lalu bangun dengan sendirinya. 

     " Kau masih tidak serik rupanya." kata Finnick dengan wajah yang bengis. 

     " Aku tidak pernah serik sehingga kau buat aku berasa puas." balas Void. 

     " Mari habiskan permainan bodoh ini!" Finnick mula naik angin.



Finnick OrionWhere stories live. Discover now