Azam Tahun Baru

7 0 0
                                    

Koh Samui.

" Slowly slowly. I'm scary." Pohon Jisoo kepada pekerja flying fox yang akan turunkannya dari pokok yang tinggi dengan wayar. 

    Jisoo mula turun perlahan-lahan dari pokok. 

" Slowly. I know your fac AH! I know, I know." Jisoo menjerit apabila wayar tersebut dilepaskan dengan laju. " Ah! I know, I know his face. NGA!" 

    Finnick hanya ketawa kecil dari atas kerana orang yang memegang wayar dan melepaskannya ialah Finnick. Dia sengaja melepaskannya dengan laju untuk melihat reaksi Jisoo. 

    Hari ini, mereka semua berseronok untuk kali terakhir kerana hari ini ialah hari terakhir mereka di Thailand. 

    Inilah kali pertama wajah ceria Finnick dapat dilihat dan ditonton di kaca TV. Sebelum ini hanya dapat melihatnya senyum sinis tetapi bukan untuk kali ini. Senyumannya kali ini adalah sangat berbeza dan tidak pernah dilihat sesiapan pun walaupun ketika dia memengangi anugerah Oscarnya yang pertama. Dia hanya senyum sinis sahaja ketika di kaca TV.

"* Oppa, awak tidak mahu makan?" Soal Lisa kepada Finnick yang sedang termenung di tepi tingkap restoran. Finnick melihat kearah laut Koh Samui. Pemandangan pada waktu malam yang sangat indah. 

"* Ya, saya akan makannya. Awak boleh ambilnya sedikit kalau awak nak. Ambil semua pun saya tak kisah." Jawab Finnick lalu menolak makanannya kearah Lisa. Lisa merasa sedikit pasta yang dipesan oleh Finnick. 

"* Oppa, ianya sanagt sedap. Awak perlu makan." Kata Lisa.

"* Saya akan makan selepas awak semua makan." Balas Finnick.

"* Wah oppa, awak mengingatkan saya kepada ayah saya." Ujar Rose terharu. 

"* Oppa, adakah awak tidak berasa seperti inginkan seorang anak?" Soal Jennie.

    Finnick ketawa kecil.

"* Kadang-kadang. Awak tahu, saya berasa sangat seronok apabila ada kanak-kanak mendekati saya. Entah kenapa ianya membuatkan saya geram." Luah Finnick sambil meneguk air soda yang dipesannya. 

"* Eonni, nanti cuba awak bawa Finnick-oppa berjumpa Min Jun." Cadang Lisa kepada Jisoo. 

"* Ok, saya pun sudah lama tidak berjumpa mereka." Kata Jisoo.

"* Min Jun? Siapa tu?" Tanya Finnick yang langsung tidak tahu apa-apa. 

"* Anak saudara saya." Jawab Jisoo. 

"* Ini gambar dia." Lisa menunjukkan gambar anak saudara Jisoo kepada Finnick. 

" Wow." 

"* Bukankah dia comel?" Soal Jennie.

    Finnick hanya mengangguk. Jennie tidak berpuas hati dengan respon Finnick tersebut. 

"* Ah, oppa. Jangan hanya mengangguk sahaja. Ianya soalan ya atau tidak." Kata Jennie.

"* Ya. Saya dapat merasakan bahawa dia akan membesar menjadi seorang pemimpin. Bukan sahaja pemimpin sebuah keluarga tetapi pemimpin sesebuah negara atau mungkin dunia. Manalah tahu." Ujar Finnick.

"* Wah, oppa. Awak pasti?" Soal Jisoo. 

    Finnick hanya mengangkat bahunya. 

"* Selagi dia berazam dan sentiasa menjadi seorang yang berani. Suatu hari dia akan menjadi seorang pemimpin. Saya jamin." Jawab Finnick. 

"* Oh, ya. Bercakap tentang azam. Tidakkah kamu semua sudah memasang azam tahun baru kamu semua? Esok adalah tahun baru, ingat?" Soal Rose.

"* Saya rasa kita semua berazam benda yang sama iaitu terbitkan sebuah album." Kata Jennie. 

"* Ya. Dan jangan lupa lightstick. Saya dengar ianya sedang dibuat. Kali terakhir kita hanya lekatkan pelekat pada botol Sprite sahaja." Kata Lisa.

"* Saya berharap 2018 akan menjadi sangat hebat. Apa kata awak oppa?" Soal Jisoo pada Finnick.

    Finnick mengeluarkan telefonnya yang retak. Dia membuka aplikasi banknya lalu menyemak baki simpanannya. 

"* Cuba awak semua lihat ini." Finnick menunjukkan baki banknya kepada mereka semua.

"* Wah, 1 trillion dollar?" Ujar mereka semua serentak.

"* Ya. 1 trillion dollar. Saya mahu membeli sebuah kereta dan sebuah motosikal. Atau sebuah rumah atau saya boleh bawa awak semua pergi melancong makan angin atau saya boleh dermakan kesemua duit ini kepada kebajikan." Ujar Finnick. 

"* Atau awak boleh melamar Jisoo-eonni." Sakat Lisa. 

    Mereka semua tertawa. Suka betul mereka menyakatnya. Finnick langsung tidak mahu memikirkan soal cinta atau siapakah isterinya pada masa depan. Dia cuba untuk melupakan perkara tersebut. Kadang-kadang dia juga cuba untuk melupakan Pamela tetapi ianya tidak akan berhasil kerana Pamela adalah satu-satunya wanita yang dicintainya. Gambar perkahwinannya sentiasa disimpan didalam dompetnya.

"* Awak semua tahu? Semasa kita berada disini saya telah dapat menjumpai sebab untuk saya teruskan hidup dan cuba untuk melupakan perkara yang lepas. Selama beberapa bulan ini saya merasakan seperti ingin menembak diri saya dikepala. Maaf jika saya cakap ini di TV tetapi inilah realitinya. Saya berasa sangat bersyukur dan terima kasih kepada Encik Yang Hyun Suk kerana menerima saya di YG. Walaupun ianya agak kekok pada mulanya tetapi sekarang saya berasa seperti saya dilahirkan semula tetapi dalam dunia yang berbeza iaitu dunia dimana saya mempunyai ramai rakan. Gomabseubnida ( Terima kasih )." Ujar Finnick panjang lebar.

"* Ya, kami faham. Hidup perlu diteruskan." Kata Rose.

"* Hei, apa kata awak semua pesan apa sahaja awak mahu. Termasuklah awak semua staf disini. Jangan risau, saya belanja. Ini masanya untuk kamu rehat setelah penat bekerja. Nanti biar saya yang cakap dengan Encik Yang." Ajak Finnick.

    Kesemua staf memesan makanan dan minuman yang diinginkan mereka. Finnick membelanjakan wangnya untuk mereka semua dan dia berasa sangat gembira apabila melihat orang lain berasa gembira. 

" Finnick, awak dapat menggunakan kesemua kuasa dialam ini setiap kali awak fikirkannya. Jika awak fikirkan kuasa cahaya awak akan mendapatnya. Awak mampu lakukan apa sahaja awak nak. Hanya fikirkannya." Suara DanDan jelas kedengaran didalam kepala Finnick. 

    Finnick hanya mengangguk. Dia memahami apa yang dimaksudkan oleh DanDan tersebut. 

Finnick OrionWhere stories live. Discover now