UFC

7 0 0
                                    

    Finnick tenung sebuah mesin tumbuk di sebuah arked yang berhampiran dengan sebuah kedai dobi layan diri. Ini adalah hari terakhir mereka di Blackpink House. Finnick, Lisa dan Rose ditugaskan untuk membawa pakaian dan cadar kotor ke kedai dobi kayan diri. Manakala, Jisoo dan Jennie akan mengemas rumah sebelum pulang semula ke asrama. Hari ini adalah hari pertama Finnick dapat bermalam di asrama. 

"* Op... Finnick, kenapa awak tidak cuba sahaja mesin ini?" Soal Rose yang sedari akan Finnick yang masih tenung mesin tumbuk tersebut. Syiling token masih lagi berada ditangan Finnick.

"* Sebenarnya saya agak risaukan mesin ni sebab kali terakhir saya menumbuk mesin seperti ini ianya rosak dan tidak dapat dibaiki lagi. UFC memberikan saya pilihan sama ada untuk menggantikannya atau berlawan dengan Connor McGregor untuk perlawanan debut saya." Finnick masukkan tokennya ke dalam mesin. 

< Ready. PUNCH! > 

    Finnick menghayunkan tumbukannya dengan sekuat hati. Mesin tersebut hancur serta-merta.  Finnick mula cuak. Lidahnya terkelu. Finnick tidak dapat membuat apa-apa. Jika dia menggunakan kuasanya sekarang mereka semua akan nampak. Rose juga tidak dapat mengatakan apa-apa. Mulutnya ternganga luas. Kru yang berada berhampiran mula menjauhkan diri dari Finnick.

"* Apa sudah terjadi?" Jacob yang baru sahaja tiba juga turut terkejut dengan perkara tersebut. " Fin, adakah awak yang lakukan ini?" Soalnya.

" Maaf. Saya akan bayarnya." 

"* Ya, Seggea! Apa awak dah buat!? Awak tahu tak mesin ini sangat mahal!?" Pemilik arked tersebut mula naik angin.

"* Saya akan bayarnya. Sekarang juga." Finnick melutut dihadapan pemilik tersebut.

"* Ianya tidak dapat diganti semula kerana ini adalah satu-satunya mesin yang tinggal." Kata pemilik tersebut.

    Finnick betul-betul dalam masalah.

5 tahun yang lalu.

Finnick yang berusia 18 tahun termenung dihadapan sebuah mesin tumbuk di Madison Square Garden. Tujuan Finnick berada disitu adalah untuk menyaksikan perlawanan UFC bersama Jurulatih Caruso. 

" Fin, awak mahu cuba?" Soal Jurulatih Caruso. " Ianya percuma. Hanya perlu tumbuk atau tendang. Lihat rekod terbaik disini hanya 987. Saya pasti awak boleh lakukan yang lebih baik." 

    Jurulatih Caruso menekan butang merah pada mesin tersebut lalu sebuah pad sasaran muncul dihadapanya. 

" Lihat saya lakukanya." Jurulatih Caruso menumbuk pad sasaran tersebut. Markah mesin tersebut menaik dengan laju. 988 adalah nombor yang terpapar pada mesin tersebut. " Aish, bezanya sangat sedikit tetapi ianya rekod baharu. Fin, awak pula." Jurulatih Caruso sekali lagi menyediakan mesin tersebut tetapi kali ini untuk Finnick pula.

    Finnick berasa tidak yakin untuk menumbuk pad sasaran tersebut kerana ramai orang sedang melihatnya. Finnick berasa sedikit gementar. 

" Lakukan sahaja" Arah Jurulatih Caruso.

    Finnick menggenggam rapat buku limanya. Penumbuk yang telah kalahkan ramai musuh tersebut ditarik ke belakang dan bersedia untuk dilancarkan kearah mesin tumbuk tersebut. 

" HIYA!" 

    Finnick melepaskan tumbukannya yang kuat mengenai pad sasaran tersebut. Dalam masa sesaat sahaja suasana disitu terus menjadi sunyi apabila bunyi yang terhasil daripada tumbukan Finnick tersebut sangat kuat seperti bunyi tembakan membuatkan semua orang di situ mencari-cari dimana datangnya bunyi yang kuat tersebut.

" Mesin itu dah rosak!" Jerit seorang lelaki.

" Siapa budak tu?" 

" Adakah dia seorang peninju?" 

" Mungkin dia seorang perosak harta benda."

    Semua orang mula mengata. Finnick juga tidak percaya dengan apa yang berlaku. Mesin tumbuk tersebut seperti terjadi litar pintas. Ianya terus terpadam. Malah, pad sasaran tersebut turut patah. 

2 jam kemudian.

" Maafkan kami, Encik White. Ianya hanyalah satu kemalangan." Jurulatih Caruso memohon maaf kepada Dana White iaitu CEO kepada UFC. 

" Maafkan saya. Saya tidak tahu yang tumbukan saya sekuat itu." Finnick turut meminta maaf kepada CEO tersebut. 

" Tidak perlu minta maaf, Caruso. Itu hanya kebiasaan. Ramai juga diantara ahli gusti di sini yang pernah merosakan mesin tersebut cuma perkara seperti ini tidak pernah lagi berlaku. Ini adalah kali pertama. Maksud saya kali pertama mesin tersebut rosak sepenuhnya. Mungkin pernah terjadi. Saya juga tidak ingat." Dana White seperti cuba memikirkan sesuatu. 

" Saya mahu lawan dia." Pintu pejabat Dana White dibuka dan dari situ munculnya seorang lelaki yang mengubah hidup Finnick dari pada seorang pelajar yang tidak dikenali dan juga seorang penyanyi rap yang tidak seberapa terkenal kepada seorang artis yang paling terkenal didunia. Nama Finnick Orion sudah sememangnya nama yang selalu diingati oleh seluruh warga dunia.

    Lelaki tersebut adalah Conor McGregor.


Finnick OrionWhere stories live. Discover now