"* Mommy, kenapa tidak beritahu dulu sebelum datang?" Soal Lisa setelah mengetahui bahawa ibubapanyalah yang memasakkan masakan diatas meja makan mereka.
"* Bapa kamu yang mahu membuatkan kejutan." Jawab Puan Manoban.
Ahli lain merasakan perkara tersebut sangat menyentuh hati kerana Lisa telah lama berada di Korea dan sudah lama tidak pulang berjumpa dengan ahli keluarganya. Lisa menangis kegembiraan apabila melihat wajah ibunya.
" Makanlah sementara masih sejuk." Jemput Encik Manoban lalu membuka sebotol champagne.
"* Mari makan." Ucap Jennie.
"* Lisa, bukankah kamu ada ahli lelaki? Dimana dia?" Soal Puan Manoban apabila mendapati ketiadaan Finnick.
"* Oh, saya hampir terlupa." Lisa lantas berjalan kearah pintu untuk memanggil Finnick. Lisa terkejut apabila Finnick sedang berdiri dihadapan pintu sambil memegang sebuah kotak. "* Oh, oppa!" Itulah yang dapat dikatakan oleh Lisa.
"* Lisa, tolong berikan kotak ini kepada Jennie. Dia tertinggalnya di lobi." Kata Finnick lalu menyerahkan kotak tersebut kepada Lisa.
"* Oppa, marilah masuk dahulu." Jemput Lisa.
Finnick memasuki kedalam bilik mereka dan terkejut apabila ternampak ibubapa Lisa. Dia segera tunduk hormat.
" Hello." Ucap Finnick.
" Ah, Finnick. It's really you." Kata Encik Manoban dalam aksen Switzerland lalu memeluk Finnick.
" Oh, nice to meet you. Mister...."
" Manoban. Saya ayah kepada Lisa." Kata Encik Manoban.
"* Ianya betul dia. Emak ingatkan ianya hanyalah sekadar khabar angin." Kata Puan Manoban.
"* Oppa, jemputlah makan sekali." Ajak Rose.
"* Ok."
Mereka semua menikmati makanan tengah hari mereka sambil bersembang dan bercerita. Sehinggalah ayah Lisa pergi kearah periuk yang mengandungi keju yang cair yang terletak dihujung meja.
" Dengar sini, ini adalah cara untuk makan roti ini. Awak pergi cucukkan roti ini betul-betul pada garfu dan kalau awak hilangkan roti ini ke dalam keju awak perlu cium jiran awak." Terang Encik Manoban. Mendengar sahaja kata-katanya kesemua ahli perempuan melihat kearah Finnick.
"* Dialah jiran kami." Kata mereka serentak.
Finnick yang sedang menikmati Tom Yamnya tersedak apabila mendengarnya. ' Oh, tidak jangan cium aku.' Bisik hatinya.
"* Itu hanyalah pantang-larang lama. Ianya tak digunakan lagi sekarang." Kata Puan Manoban. Finnick berasa lega.
" I hate mango." Kata Jisoo selepas Lisa mempelawanya untuk memakan pulut mangga.
" Me too." Kata Encik Manoban.
"* Oppa, awak suka mangga?" Soal Lisa.
"* Maaf, saya juga membencikannya." Jawab Finnick dengan perasaan bersalah.
"* Oppa, apa kata selepas pulang ke Korea awak lamar sahaja Jisoo-eonni. Awak berdua terlalu banyak persamaan. Sehinggakan pakaian yang awak pakai sekarang juga adalah jenama yang sama." Usik Jennie. Mereka semua ketawa dengan gurauan tersebut.
Tiba-tiba, telefon Finnick berbunyi.
" Sekejap ya." Finnick keluar dari bilik tersebut dan mengangkat panggilannya.
" Finn, ini Bruce. Saya ada berita buruk. Metropolis telah musnah dan rumah awak juga telah musnah. The Joker telah mengumpan Superman untuk membunuh Lois Lane. Dia melepaskan bom atom kearah Metropolis. Dia juga telah mengetahui identiti sebenar awak dan telah membakar rumah awak. Nightwing sempat menyelamatkan barang-barang awak seperti panah peninggalan emak awak dan beberapa album gambar. Maafkan saya Finnick." Kata Bruce Wayne melalui telefon.
YOU ARE READING
Finnick Orion
Aksi" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...