"* Matilah kau, binatang!" Finnick menumbuk-numbuk muka seseroang sehingga berdarah.
2 jam yang lalu.
Brooklyn, New York.
( Setahun selepas Tiga Serangkai )Finnick dan Blackpink sedang bersiap di bilik persalinan masing-masing sebelum membuat penampilan di sebuah rancangan realiti televisyen yang dihoskan oleh hos terkenal Lucas McDonald iaitu seorang hos rancangan televisyen Breakfast with McDonald di New York.
Walaupun mereka dijadualkan akan tampil di muka TV seawal pukul 9, mereka perlu bersiap 2 jam lebih awal. Ini kerana mereka perlu menunggu sehingga studio rakaman dipenuhi dengan peminat dan pemeriksaan teknikal. Segalanya perlu berjalan dengan lancar.
Encik Lee memasuki bilik persalinan Finnick bersama seseorang. "* Fin, seseorang mahu berjumpa dengan awak." katanya lalu memanggil orang tersebut masuk ke dalam bilik persalinan tersebut. Seorang lelaki berkulit putih dan berambut perang yang berpakaian kemas memasuki bilik tersebut. Matanya yang berwarna biru bersama wajahnya yang dicukur bersih boleh membuatkan gadis tertarik pada imejnya.
" Finnick Orion. Oh, Jesus! Sudah lama saya ingin berjumpa dengan awak. Saya seorang peminat tegar." ucap Lucas McDonald lalu memeluk Finnick yang baru sahaja bangun dari kerusinya.
Finnick membalas pelukan tersebut dengan senyuman. Namun, air wajah Finnick secara tiba-tiba berubah seperti ada sesuatu yang terlintas di dalam kepalanya. Barangkali itu hanyalah perasaannya sahaja. Finnick sekadar mengukir senyuman yang terpaksa dibuat-buat.
Beberapa seketika kemudian, Lucas McDonald keluar meninggalkan bilik tersebut meninggalkan Finnick bersama Encik Lee. "* Lee, boleh kita batalkan temu ramah ini?" soal Finnick. "* Kenapa pula? Bukankah kamu semua perlu promosikan mini album kamu Kill this Love?" soal Encik Lee kembali.
Finnick mengurut dadanya. "* Entahlah, saya berasakan sesuatu yang tidak kena dengan Lucas McDonald. Seperti ada tenaga negatif yang datang darinya. Ia seolah-olah cuba menolak saya keluar dari sini." terang Finnick.
"* Awak biar betul? Mungkin itu hanya perasaan awak saja?" Encik Lee cuba mendapatkan kepastian.
"* Boleh jadi perasaan saya juga tetapi kali ini ia berasa sangat kuat. Tak apalah. Boleh awak dapatkan saya sebotol air? Oh, bersama pil penenang jika ada." pinta Finnick. Dia cuba untuk tidak menggunakan kuasanya pada hari ini. Akan tetapi, semakin hampir waktunya untuk membuat penampilan semakin kuat perasaan tersebut.
Sehinggalah waktu untuk membuat penampilan. Persembahan mereka pada hari itu terpaksa dijadualkan pada penghujung rancangan atas alasan mereka mahukan penonton berasa ternanti-nanti akan persembahan mereka. Dengan ini juga dapat menarik lebih ramai penonton untuk menonton rancangan ini dari awal sehingga penamat.
" Tuan-tuan dan puan-puan, pagi ini bersama kita di Breakfast with McDonald kita telah menjemput tetamu istimewa dari Korea Selatan iaitu Blackpink. Oh, maafkan saya. Finnick Orion, adakah awak juga termasuk dalam kumpulan ini atau awak hanya....." Lucas menunggu jawapan dari Finnick.
" Mana-mana pun tak apa. Saya tidak kisah." jawab Finnick.
" Blackpink, tuan-tuan dan puan-puan."
Para penonton memberikan tepukan.
" Jadi, disini kita ada Jisoo, Jennie, Rose, Lisa dan perlukah saya perkenalkan awak sekali? Nah, saya hanya bergurau. Finnick Orion." Lucas memperkenalkan mereka.
Maka, temu ramah itu berjalan dengan lancar walaupun Finnick masih berasakan seperti ada yang tidak kena. Jantungnya berdegup dengan sangat kencang sehinggakan mampu didengari oleh Jisoo.
"* Oppa, awak ok? Awak gementar?" bisik Jisoo ketika Lucas menemu ramah Lisa.
"* Kan saya dah cakap jangan panggil saya dengan panggilan itu. Saya ok. Mungkin saya hanya gementar." Finnick acuh tak acuh sahaja. Dia hanya mengukirkan senyuman palsu.
' Oh, ini memang habuan besar. Saya tidak pernah merasa gadis Asia.'
Tiba-tiba, Finnick terdengar bunyi bisikkan seseorang. Finnick melihat kearah Lucas McDonald dengan wajah hairan.
' Tentu mamat ini seronok dapat meniduri mereka.'
Sekali lagi, Finnick terdengar bisikkan suara tersebut dan kali ini memang benar datang dari fikiran Lucas McDonald.
Finnick memasuki fikiran Lucas untuk mencari jawapan. Didalamnya Finnick dapat melihat banyak gambaran wanita bogel. Salah satu darinya adalah gambaran seorang artis yang sangat dikenali dunia berada dalam keadaan khayal. Artis wanita tersebut dirogol dan dibunuh lalu mayatnya dibakar didalam sebuah kilang kayu berhampiran studio rakaman tersebut. Selain itu, terdapat banyak lagi gambaran-gamabaran lucah dan Finnick mengenal pasti kesemua mangsa yang telah dirogol dan dibunuh.
" Jadi, Finnick."
Finnick sedikit tersentak apabila disapa oleh Lucas.
" Adakah saya mengganggu awak? Awak kelihatan seperti sedang berada dalam lamunan. Awak ok?" soal Lucas.
Finnick sekadar mengangguk.
" Baiklah. Jadi, Finnick. Bagaimana rasanya tinggal serumah dengan empat orang gadis Korea? Saya tahu awak pernah berkahwin dan semoga Jesus merahmati rohnya. Bagaimana rasanya? Adakah awak berasa kekok atau.... awak ada perasaan..."
" Oooo." penonton seolah-olah dapat membaca apa yang difikirkan oleh Lucas.
Finnick tersengih. " Heh, pandai awak gunakan nama baik sebaik-baik Jesus ya? Saya rasa soalan itu tidak sepatutnya diajukan kepada saya." Finnick dapat memikirkan rancangan untuk mengkantoikan rancangan jahat Lucas.
" Maafkan saya, bukankah awak..."
" Ya, saya tiada agama tetapi saya bukan seorang yang hipokrit. Soalan itu sepatutnya diajukan kepada Allison Reyes. Bukankah dia juga pernah tinggal bersama tiga orang lelaki atau lebih spesifik lagi dirogol oleh tiga orang lelaki. Atau, awak boleh ajukan soalan itu kepada Haley Morenstein. Dia juga pernah bersama tiga orang lelaki sebelum dijumpai mati dibawah Jambatan Brooklyn." Finnick cuba untuk membongkarkan rahsia Lucas.
Kesemua penonton disitu terkejut dengan kenyataan Finnick.
"* Oppa, awak ok?" soal Jisoo secara berbisik.
" Finnick, apa yang awak cuba sampaikan ni?" soal Lucas dengan wajah cemas.
" Kau tak akan dapat lari dari jenayah kau, Lucas." jawab Finnick.
Keadaan menjadi sangat tegang. Finnick akan bongkarkan kesemua rahsia lelaki ini walaupun ia akan menjejaskan dirinya tetapi ini semua demi keselamatan ahli kumpulannya serta wanita lain diluar sana.
" Kau akan ditumpaskan."
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...