Tanggal 3 Januari bahagian 2

5 0 0
                                    

Shirai Ryu. 

" Baiklah, Finnick Orion. Lawan kamu hari ini bukanlah salah seorang dari pelatih disini." Kata Hanzo Hasashi kepada Finnick.

     Finnick yang kini sedang menjalani ujian terakhirnya sebagai seorang pelajar di Shirai Ryu akan bertarung bersama seorang pahlawan terhebat disini. Dikatakan dia mampu melihat kelemahan musuh tanpa menggunakan apa-apa magis atau sihir.

" Saya akan menjadi lawan awak hari ini, Finnick." Kata Val Armorr atau lebih dikneali sebagai The Karate Kid. 

" Maafkan saya, Hanzo. Awak rasa budak ini telah bersedia?" Soal Kuai Liang atau Sub Zero iaitu adik kepada Hanzo Hasashi.

      Kuai Liang adalah anak bongsu daripada tiga beradik. Abang sulungnya iaitu Bi-Han telah mati dibunuh oleh Scorpion sendiri. Scorpion ketika itu dihasut oleh seorang Mahaguru yang mampu mengawal dan mencabut roh untuk membunuh Bi-Han tetapi Kuai Liang langsung tidak berdendam dengannya kerana dialah yang telah menyelamatkan abang keduanya itu dengan membunuh Mahaguru tersebut. 

" Dia telah kalahkan 100 orang pelajar terbaik saya dan telah membunuh seekor beruang gergasi. Jadi, dia telah bersedia." Kata Hanzo. " Mulakan pertarungan!" 

     Karate Kid berlari untuk menyerang Finnick tetapi Finnick mengelaknya lalu menarik jarinya dan melepaskan satu jentikan tepat mengenai dahi Karate Kid. Karate Kid terpelanting lalu jatuh ke lantai dojo. Dahinya berdarah dengan banyak. 

" Habiskan dia!" Jerit Hanzo.

     Finnick mendekati Karate Kid lalu membantu gurunya tersebut bangun.

" Maafkan saya, Mahaguru Hanzo. Saya tidak boleh melakukannya." Finnick berasa bersalah kerana terpaksa membantah arahan Mahagurunya tersebut. 

" Habiskannya, Finnick. Lakukan sahaja. Yang lemah tidak layak berada disini." Kata Kuai Liang.

" Tidak. Sesiapa sahaja layak untuk berada disini. Saya tahu awak telah bunuh kesemua 100 pelajar yang saya kalahkan beberapa bulan lepas tapi bukan kali ini. Val Armorr berhak untuk hidup." Ujar Finnick.

" Ah, cukuplah. Kali ini biar saya yang habiskan." Hanzo melangkah kehadapan. 

     Finnick menghalang Hanzo daripada mendapatkan Karate Kid. Hanzo menolak Finnick dengan kuat. Hanzo mengeluarkan pedangnya dan mengangkatnya untuk memenggalkan kepala Karate Kid. Finnick menumbuk Hanzo dengan kuat sejurus membuatkan Hanzo mengerang kesakitan. 

" Maafkan saya, Mahaguru Hanzo Hasashi. Keganasan bukanlah penentu segalanya." Kata Finnick. 

" Fin, cukup. Saya memang tidak layak berada disini. Awak sepatutnya bunuh saya." Kata Karate Kid.

" Cukuplah untuk hari ini, kamu semua." Kata seorang lelaki yang baru sahaja munculkan diri di dojo tersebut. 

" Fujin." 

" Raiden telah melihat segalanya dan dia mahukan budak ini di Sky Temple. Oh, dan Sub Zero, saya tahu awak ada hadiah untuknya." Kata Fujin.

" Saya tahu. Mahaguru Kuai Liang, awak tak perlu bunuh naga tersebut hanya untuk berikannya kepada saya." Kata Finnick yang telah membaca fikiran Kuai Liang. 

    Kuai Liang menyerahkan sebuah peti kayu kepada Finnick. Finnick membuka peti tersebut dan melihat kandungannya. 

" Inilah sut yang dibuat khas oleh saya sendiri. Ianya hadiah dari kami, Lin Kuei, untuk awak Finnick. Terima Kasih kerana telah berjaya mengalahkan sihir Quan Chi dan menyelamatkan Lin Kuei ketika ketiadaan saya." Kata Kuai Liang.

" Wow, awak tak perlu susah-susah untuk ini." Finnick menolaknya.

" Ambillah, Finnick. Awak memerlukannya di masa hadapan." Kata Fujin yang telah melihat masa depan Finnick.

    Finnick acuh tak acuh untuk menerimanya. Akhirnya, dia terpaksa menerimanya juga.

" Selamat hari lahir, Finnick Orion." 

Seoul, Korea. Sebelum Boom Tube terbuka.

" Hei, Fin. Bukankah hari ini hari lahir kau?" Soal Speed Demon ( Wally West ).

" Ya. Dan ia juga hari lahir Jisoo. Saya sepatutnya berada bersama mereka di rumah Jisoo untuk menyambutnya tetapi saya ada sedikit kerja. Saya masih belum fikirkan apa yang perlu dihadiahkan kepadanya." Kata Finnick. Dia tidak dapat menyertai sambutan hari lahirnya dan Jisoo dirumah Jisoo kerana dia perlu menghantar laporan mengenai misinya kepada Encik Yang. Pihak SHIELD tidak mempercayai ceritanya mengenai dunia yang dilihatnya ( Neraka di Bumi ). 

" Bukankah tadi kau kata yang Darkseid akan menyerang? Mengapa kau tidak bersiap?" Soal Speed Demon. 

" Maaf, awak sahaja yang perlu bertarung disini. Saya tidak dapat bertarung tanpa sut Overdose saya. Identiti saya akan terdedah kepada dunia." Finnick berasa seperti dirinya lemah tanpa sutnya. 

" Aku tahu dimana Batman sembunyikannya." Kata Speed Demon.

" Dimana?" 

" Semasa hari kau tinggalkan Titans Tower, Batman mengarahkan Aquaman untuk menyimpannya disuatu tempat paling dalam dibumi iaitu didasar juram Mariana. Hei, bukankah kau boleh membaca apa yang aku fikirkan?" 

" Terima kasih untuk informasi itu." Sut tersebut secara tiba-tiba muncul ditangan Finnick. " Ya, saya boleh baca fikiran tetapi saya tidak mahu membaca fikiran kawan baik saya." 

" Bagaimana kau..." 

" Entah, saya hanya perlu fikirkannya dan ianya berlaku. Sudah, mari bersiap." Finnick memakai sutnya. 

2 minit kemudian.

" Yeah, Overdose telah kembali." Kata Speed Demon.

" Ianya sedikit ketat tapi siapa peduli. Asalkan ianya sut paling terbaik daripada spandeks kuning." Kata Finnick. 

    Langit Bumi yang ketika itu sangat cerah bertukar merah. Seperti yang dikatakan Finnick, bala tentera Darkseid datang menyerang Bumi. 

" Baiklah, Wally. Mari lakukannya." Mereka berdua yang pada mulanya berada didalam Blackpink House kini berada atas bangunan SBS. Disitulah dimana tentera Parademons mula menyerang. 

    Orang ramai berlari bertempiaran. Ramai yang terkorban dibunuh Parademons. Dunia seperti berada dalam peperangan. Langsung tiada superhero yang dapat selamatkan Korea Selatan ketika ini kerana undang-undang mengatakan mereka tidak menerima Mutant atau Metahuman. Akan tetapi itu bukanlah penghalang bagi Finnick kerana identitinya akan terselamat apabila dia menyarungkan sut Overdosenya. 

" Wally, awak uruskan yang didarat. Biar saya ambil alih yang berada diudara. Ingat, jangan bunuh orang yang tidak berdosa seperti apa yang awak telah lakukan sebelum ini." Arah Finnick.

    Maka, mereka berdua mulakan misi mereka. Speed Demon membunuh kesemua Parademons didarat manakala Finnick selesaikan mereka yang diudara seperti yang dirancang. 

" Seronok dapat melihat awak kembali beraksi, Overdose." 

" Ya, sudah lama agaknya, Flash." 

" Awak berdua tidak memberitahu saya yang awak berdua mahu beraksi." Kata Jacob McKenzie.

" Jack? Bagaimana awak?" Finnick tertanya-tanya bagaimana Jacob bercakap dengan mereka berdua.

" Bacalah fikiran saya, Fin. Awak akan tahu nanti. Sekarang masa untuk Di-Man-Sion kembali beraksi." Jacob memakai topeng mukanya lalu masuk ke dimensi lain dan kembali semula tetapi di tempat berbeza dan menghilangkan diri semula dan melakukan perkara yang sama. Kombatnya adalah sama seperti Nightcrawler yang mempunyai kuasa teleportasi. Bersenjatakan dua bilah pedang, Jacob membunuh kesemua Parademons dikedua-dua darat dan udara. 

" Jack, saya rasa saya perlu masuk ke portal itu." Kata Finnick.

" Jangan! Itu akan membunuh diri awak." Jacob menghalang Finnick.

    Finnick tidak mengambil peduli apa yang dikatan Jacob tersebut lalu terus masuk kedalam Boom Tubes. Dia telah membunuh seramai Parademons yang boleh untuk membuat laluan untuknya memasuki Boom Tubes tersebut. 

    

Finnick OrionWhere stories live. Discover now