ShuHan, Jawapan Bagi Segala Tanda Tanya.

6 0 0
                                    

Sungai Han.

" Siapa disana?" Panggil Finnick. 

" Ini aku. Orang yang kau cari." Jawab satu suara.

" Siapa kau?" 

" Alah, ini aku. Aku. Mustahil kau tak kenal. Kita membesar bersama-sama. Kau lupa? Kau ingat tak semasa kita di perpustakaan dan tiba-tiba sahaja seorang pelajar memainkan lagu Wait & Bleed? Kita sama-sama menghayati lagu tersebut kerana maksudnya yang agak mendalam. Kau ingat?" Soal suara tersebut.

   Finnick teringat semula ketika akan kisah tersebut. Pada hari tersebut, Finnick hanya berada di perpustakaan berseorangan sahaja. Pamela berada di taman bunga ketika itu. 

" Kau jangan banyak fikir. Aku ada disana. Bersama kau." Tiba-tiba suaranya berubah dari suara seorang lelaki kepada suara seorang wanita. 

" Aku berseorangan pada ketika itu." Kata Finnick.

" Kau tak payah buat-buat lupa. Aku ada disana. Kita berdua sama-sama mengulang kaji subjek Kimia ketika itu. Hanya kita sahaja yang cukup gila untuk memilih subjek tersebut sebagai subjek elektif. Kita berumur 12 tahun ketika itu." Suara tersebut sekali lagi berubah. Kali ini, ianya kedengaran seperti suara seorang lelaki tua.

    Finnick sekali lagi memikirkanya. Mungkin ada seseorang yang berada bersamanya ketika itu. Mungkin dia tidak ingat. 

" Aku seorang sahaja yang cukup gila untuk mempelajari subjek tersebut ketika berumur 12 tahun dan aku seorang sahaja yang mencipta rekod di Gotham." Finnick mengungkit semula kisah lamanya. " Ah, sudah. Tunjukkan sahaja diri kau." 

    Dalam kegelapan Sungai Han pada waktu senja, diterangi dengan cahaya dari seluruh badan Finnick, muncul satu wajah yang cukup mengerikan. Cukup untuk membuatkan Finnick Orion berasa gentar. Matanya merah menyala, giginya tajam dan panjang seperti tanduk kerbau, lidahnya panjang sehingga ke paras dada manakala seluruh tubuhnya berwarna hitam seperti hangus terbakar. Bentuk badanya hanya kelihatan seperti manusia biasa. 

    Finnick tidak berani melihat makhluk yang sedang berdiri dihadapanya. Matanya tertutup rapat. Walaupun telinga sentiasa mendengari isi hati kesemua makhluk di Bumi ini, Finnick cuba untuk tidak mendengar isi hati makhluk yang ini. Terlalu menggerunkan. Finnick cuba untuk menghilangkan kuasanya supaya dia dapat mengelak daripada makhluk ini tetapi sudah sememangnya mustahil baginya.

" Nama aku ShuHan. Nampaknya kau sudah berjumpa dengan adik aku, DanDan. Kalau kau mahu tahu, wajah yang kau lihat ini bukanlah wajah sebenar aku. Inilah wajah mereka minum arak ketika di dunia dan dibangkitkan semula ketika hari Akhirat. Aku mampu berubah-rubah rupa dan bentuk. Aku tiada rupa tetap dan aku boleh berada dimana-mana sahaja. Makhluk apakah aku ini bukanlah soalan yang sepatutnya kau tanya tetapi siapakah pencipta aku dan kau adalah yang sepatutnya kau tanya." ShuHan memperkenalkan dirinya kepada Finnick.

" Boleh tak kau ubah kepada rupa yang kurang menggerunkan?" Pinta Finnick.

     ShuHan berubah menjadi seorang lelaki yang kelihatan seperti seorang gengster dari Amerika. Badanya penuh dengan tatu dan subang. " Kau sudah boleh buka mata." 

    Finnick membuka matanya perlahan-lahan untuk memastikan makhluk ini tidak menipunya. 

" Kau sudah boleh buka. Tidak perlu takut lagi. Bukan aku yang kau patut takut. Ada yang lebih berkuasa dari aku dan kau. Jangan takut. Buka sahaja mata kau." ShuHan cuba meyakinkan Finnick.

    Finnick membuka matanya dengan sedikit tertutup. Perlahan-lahan dia dapat melihat rupa ShuHan yang kini.

" Adakah wajah ini seperti kau pernah lihat?" Soal ShuHan sejurus Finnick melihatnya.

Finnick OrionWhere stories live. Discover now