Chatuchak, Bangkok.
Kesemua ejen SHIELD berkumpul disuatu kawasan bangunan terbiar yang terletak di sempadan Chatuchak.
Finnick dan ahli kumpulannya telah bersiap-sedia menjalankan misi mereka iaitu memburu sang Pemangsa. Manakala, Deadshot memerhatikan mereka dari jauh dengan menggunakan teropongnya.
" Baiklah, semua sudah siap?" Soal seorang pegawai SHIELD dari Thailand.
" Ya, kami semua sudah sedia." Jawab Jacob.
" Mari, permainan telah bermula. Pakai topeng kamu supaya orang ramai tidak mengecam kamu, Finnick." Arah Pegawai tersebut. Finnick menurut perintahnya.
Finnick memakai topeng yang diperbuat dari sejenis teknologi SHIELD yang membuatkan dia dapat melihat dalam gelap. Topeng itu diperbuat dari sejenis fabrik yang membuatkan pemakainya mampu melihat dalam gelap walaupun ianya menutup seluruh wajah mereka. Dia juga memakai ves kalis peluru yang berwarna gelap.
< Squad TH kamu mulakan carian di kawasan pasar lambak. Squad MY kamu semua di atas bangunan. Berpecah kepada tiga kumpulan disebabkan kamu bersembilan. Squad KR kamu dikawasan bangunan terbiar. Ingat, jika terserempak dengannya terus bunuh sahaja. Fury out.> Arah Nick Fury melalui sebuah panggilan video.
Mereka semua mulakan buruan mereka seperti yang diarahkan. Mereka semua menggunakan senjata-senjata auto dan canggih kecuali Finnick yang hanya menggunakan busur dan panah sahaja.
" Finn, awak pasti awak menggunakan itu sahaja?" Soal Jacob apabila dia mendapati bahawa senjata Finnick adalah antara senjata yang paling lemah diantara mereka.
" Jack, awak jangan pandang rendah dengan kekuatan panah compound ini. Ianya lebih hebat dari yang awak sangka." Kata Finnick.
" Hei, boleh tak awak berdua senyap sebentar. Saya merasakan entiti ini ada disini. Lihat sini." Ejen Lee menunjukkan mereka berdua alat penjejaknya. Penjejak yang dicipta khas oleh Tony Stark untuk menjejak entiti yang bukan dari Bumi.
Ejen Lee mendapati bahawa Predator ini bukanlah makhluk yang berdarah sejuk tetapi ianya adalah berdarah panas dan bersikap melebur.
" Mari. Kita perlu bunuh makhluk ini." Finnick mula bersemangat lalu berlari mengikut arah penjejak tersebut.
" Finn, tunggu. Kita masih belum tahu rupa dan kelemahan makhluk ini."
Finnick langsung tidak mengendahkan kata Jacob dan terus berlari seperti laparkan darah.
" Sekarang."
BOOM!
Deadshot melepaskan tembakannya setelah menerima arahan dari Amanda Waller. Peluru tersebut terkena tepat pada kepala FInnick dan membuatkan kepalanya berlubang.
Apabila melihat Finnick terjatuh rebah ketanah Deadshot lantas menyimpan snipernya. Bersedia untuk pulang dengan helikopter yang akan dihantar oleh Amanda Waller.
" Misi selesai. Waller, lebih baik awak beritahu Zoe yang ayahnya akan pulang." Kata Deadshot dengan gembira.
" Pulang."
Deadshot suara seseorang dari belakangnya. Apabila ditoleh kebelakang dia mendapati tiada siapa dibelakangnya. Deadshot menjenguk kebawah bangunan untuk melihat sama ada mayat Finnick masih berada ditempatnya ditembak. Ianya masih disitu dan tiada sesiapa pun yang nampak mayatnya.
" Zoe."
Sekali lagi Deadshot terdengar suara seseorang.
" Siapa disana?" Deadshot mengeluarkan rifle AR-15nya. Diacunya ke merata tempat. Mencari-cari siapakan tuan kepada suara tersebut.
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...