Finnick Orion vs Superman b.2

3 0 1
                                    

Gotham City.

     Harley Quinn menendang pintu rumah pangsapuri Finnick yang telah rentung terbakar. Harley memasuki rumah Finnick dengan tergesa-gesa. Mencari di setiap ceruk.

     " FUCK! Kesemuanya telah terbakar. Saya sepatutnya hentikan Mr. J ketika mampu. Sekarang dia telah menyusahkan saya." rungut Harley lalu menghancurkan pangsapuri Finnick dengan kayu besbolnya. Habis kesemua perabot yang telah terbakar dihancurkannya. " Pasti ada sesuatu di sini." 

     Selepas hancur seluruh ruang tamu, Harley kini mencari-cari di bahagian dapur pula dan masih tidak jumpa benda yang dicarinya. Sekali lagi, dia hancurkan kesemua yang berada di dapur. " Mungkin bilik tidur ada." Harley beralih pula ke bilik tidur. 

     < Harley, Catwoman di sini. Awak dah jumpa belum gambar isteri Finnick? > soal Catwoman melalui alat telekomunasi.

     " Maafkan saya, Selina. Saya sudah mencari di merata tempat dan masih tidak jumpa apa-apa. Sekerang hanya tinggal bilik tidur. Lebih baik jika saya bersetuju supaya awak sahaja yang melakukan kerja ini dan saya pula menjadi tukang pantau." jawab Harley Quinn.

    < Berita buruk untuk itu Harley. Nampaknya Wonder Woman telah kerahkan Hakim untuk menjaga Gotham City. Harley, awak perlu cepat. Ada beberapa orang Hakim yang sedang menuju kearah awak. Nampak seperti Hakim Dredd adalah salah seorang dari mereka. Maaf Harley, saya terpaksa pergi. Jumpa awak di rumah agam Wayne. > 

     " Selina... Selina! Ah, tak guna! Saya perlu cepat." Harley semakin cemas setelah mendengar berita mengenai Hakim yang sedang mencarinya. Dia mula mencari di dalam bilik lama Finnick. Akibat cemas, Harley hanya menghancurkan kesemua perabot di dalam bilik tidur tersebut.

     Harley menghayunkan pemukulnya dengan kuat kearah kepala rusa yang tergantung di atas dinding membuatkan kepala rusa tersebut gugur ke tanah. Di belakang kayu yang menjadi pemegang kepala rusa tersebut terlihat seperti sehelai kertas yang sebesar sebuah telefon pintar. Harley memungut kertas tersebut dan apabila dilihat semula ia bukanlah kertas biasa tetapi ianya adalah sekeping gambar. 

     Ianya adalah gambar Finnick dan Pamela ketika di majlis perkahwinan mereka beberapa tahun dulu. Harley melihat-lihat gambar tersebut dengan penuh curiga. ' Red? Ivy, adakah itu awak?' bisik hatinya.

     " Harley Quinn, awak ditahan atas kesalahan bersepakat dengan Joker dalam pengeboman Metropolis. Awak ada hak untuk berdiam diri." kata Hakim Dredd kepada Harley dari belakang. 

     Harley mengangkat kedua-dua belah tangannya lalu perlahan-lahan berpusing kearah Hakim Dredd. Lelaki tersebut memakai topi keledar besi bersama dengan pakaian berperisai. Nampak seperti kostum yang dipakainya hanyalah prototaip. 

     " Maafkan saya, Dredd tapi saya perlu pergi untuk selamatkan dunia." kata Harley lalu berlari merempuh dinding yang sudah rapuh dan merempuh keluar tingkap pangsapuri tersebut. Harley kemudiannya bersiul dan datanglah sebuah motosikal terbang menyambutnya. Mototsikal yang dicurinya itu membawanya pergi. 

     " Sayonara, suckers!" kata Harley Quinn sebelum meninggalkan Hakim Dredd di bangunan pangsapuri Finnick tersebut.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
White House, Washington D.C.

     Keadaan di sini menjadi semakin tegang. Pergaduhan antaran Superman dan Finnick seperti tiada kesudahan. Kali ini mereka berlawan tanpa menggunakan sebarang kuasa untuk melihat siapakah yang paling kuat diantara mereka. Finnick sebagai seorang bekas ahli gusti sudah semestinya membuatkan keadaan ini biasa baginya tetapi bukan untuk Superman. Dengan hanya berpengalaman dalam sukan tinju sahaja, Superman hanya mengharapkan kekuatannya luar biasanya sahaja untuk mengalahkan musuh. Lebih ironi lagi apabila Superman juga pernah dikalahkan oleh lagenda tinju, Muhammad Ali. 

     Superman cuba untuk menendang Finnick dengan kaki kanannya tetapi malangnya apabila Finnick dapat menangkap kaki Superman tersebut lalu menarik kaki Superman dengan sekali rentap dan menghadiahkan satu tumbukan kearah hidung Superman membuatkan hidung Superman patah. Tidak cukup dengan itu, Finnick berpusing ke belakang lalu memberikan satu tendangan ke arah perut Superman. 

     Superman berganjak ke belakang.

     " Aku harapkan lebih dari kau, Clark!" jerit Finnick sambil berlari ke arah Superman lalu menangkap kepala Superman. Kemudian, Finnick memberikan serangan lutut ke arah dahi Superman. 

     Superman seolah-olah tidak dapat membuat apa-apa apabila berada dalam keadaan begini. Ketikan inilah baru dia sedar bahawa tanpa kuasanya dia hanyalah Clark Kent, seorang wartawan yang lemah. Dia hanya dihormati kerana perasaan takut dan gerun orang di sekelilingnya dan bukanlah kerana mereka benar-benar menghormatinya. Apabila tiada lagi perasaan takut dan gerun maka inilah yang terjadi. 

     Superman tiada pilihan lain selain menggunakan kuasanya juga. Superman cuba untuk menghembuskan nafas sejuknya supaya dia dapat bekukan Finnick tetapi Finnick terlebih dahulu menutup mulut dan hidungnya dengan sebelah tangan lalu mencucuk kedua-dua belah biji matanya dengan dua jari dari tangan yang lagi sebelah lagi. 

     " Erk!" Superman mengerang sambil menggosok kedua-dua belah matanya yang berdarah. 

     " Tanpa kuasa, kau hanyalah Clark Kent. Di Bumi ini kau dikenali sebagai Superman kerana kuasa kau. Tanpanya, kau samalah seperti manusia lain." hujah Finnick. " Aku berikan kau peluang untuk gunakan kuasa kau tetapi dengan syarat jika kau kalah kau perlu hentikan semua kegilaan ni dan kau akan dipenjarakan di Phantom Zone." tawar Finnick.

      " TIDAK AKAN!" marah Superman lalu memberikan uppercut ke dagu Finnick dengan sepenuh kuasanya. Kepala Finnick tercabut dari badannya. 

     Superman menangkap kepala Finnick tersebut lalu dihempaskanya ke tanah dengan kuat. Superman memijaknya berkali-kali dengan kuat. 

     " Aku sudah agak." kata Finnick dari belakang. Kepala barunya tumbuh dengan cepat. Finnick memerangkap kaki Superman dengan cengkaman tanah. " Kau tak akan menang..." Finnick meluru kearah Superman lalu menghentam Superman dengan penukul gergasi yang dibuat dengan batu. Penukul tersebut pecah sejuruh memukul Superman. " Sebab sepanjang kita berdua berlatih..." Finnick membekukan Superman dengan menyentuhnya di dada. " AKU SENTIASA MENANG!" kata Finnick lalu meletupkan Superman dengan menyalurkan banyak kuasa tenaga ke dalam Superman. 

     Superman bagaimanapun dapat bertahan dari serangan tersebut. 

     Finnick masih kelihatan relaks dengan riak wajah yang selamba. Seperti dia telah tahu bahawa dia sudah sememangnya akan menang perlawanan ini. 

    " Kau mahukannya lagi? Apa kata aku letupkan kau dengan bom kryptonite pula kali ini? Boleh kau jumpa Lois." kata-kata Finnick itu membuatkan kemarahan Superman semakin membuak-buak. 

     " KAU TAK LAYAK SEBUT NAMANYA!" Superman semakin panas hati. Badannya dikelilingi dengan aura berwarna merah seolah-olah dia terbakar dengan api kemarahan. " AKU AKAN MUSNAHKAN KAU DAN MEREKA YANG SAYANG!" Superman semakin marah dan warna merah auranya bertukar hitam. Mata Superman yang selalunya mengeluarkan pancaran merah turut bertukar hitam. 

     Finnick masih kelihatan rileks dan tenang. 

Dari jauh, ShuHan berdiri di atas kubah White House.

     ' Finnick, inilah masanya aku tunjukkan siapa diri kau dan apa maksud tatu di badan kau.' bisik ShuHan kepada Finnick melalui kuasa telepati. ' Oh ya, itu bukan tatu tetapi itu sebenarnya sayap kau kerana kau adalah Garuda berwajah manusia. Jika mati tetap hidup kembali.' 

     Pelepah pada badan Finnick mula bercahaya. Sayap yang dikatakan  Shu-Han perlahan-lahan melebar. Maka, terhasillah sayap yang diperbuat daripada api. Rambut Finnick terbakar dengan api yang berwarna ungu kemerahan. Matanya yang pada sebelum berwarna ungu bertukar merah keemasan. Sayap Finnick teramatlah besar sehinggakan ianya dapat menutup seluruh langit dan membuatkan Bumi di Washington D.C. panas. 

     Bangunan dan kereta cair. Orang di sekeliling merasakan bahang api dari sayap Finnick. Api yang berwarna emas terang itu membuatkan ianya lebih terang dari Matahari. Hari sudah senja tetapi Bumi Washington tidak menjadi gelap kerana cahaya daripada sayap Finnick.

     ' Itulah dia. Finnick Orion. Anak kepada kuasa yang mampu menundukkan The Beyonder. Bangkitlah Finnick. Hapuskan kuasa jahat.' bisik hati ShuHan.

Finnick OrionWhere stories live. Discover now