Wrestlemania

18 0 0
                                    


" Finn, bersiap sedia. Perlawanan awak dalam 20 minit." Kata Triple H kepada Finnick yang sedang termenung didalam bilik lokernya.

" Ya, baik." Finnick hanya dapat memberikan respon yang mudah. Fikirannya masih lagi melayang memikirkan isterinya yang juga terdapat acara yang besar di Gotham Botanical Garden. Finnick kini berada di Metropolis yang tidak jauh dari Gotham. 

' Perlukah aku mengalah dan terus bersara atau teruskan sahaja?' Bisik hati Finnick. Dia sudah lama ingin berhenti dari dunia gusti kerana ingin sentiasa berada dirumah untuk Pamela. Dia boleh bekerja di kedai serbaneka atau gim yang terletak berdekatan rumahnya. Ataupun, dia boleh sahaja bekerja di Wayne Industries dalam bidang penghasilan senjata kimia.

' AHHH! Nanti-nantilah aku fikir. Biar aku selesaikan Nakamura dahulu.' Finnick merungut seorang diri. 

" Yo Finn, cepat bersiap. Perlawanan awak pula lepas ni." Kata Seth Rollin yang dari tadi ternampak Finnick yang seperti dalam kesushan.

Finnick bangun dari kerusinya lalu berjalan keluar dari bilik lokernya. Seth menghentikannya selepas melihat wajah Finnick seperti orang kalah judi.

" Finn, awak ok? Awak ada masalah?" Tanya Seth.

" Ya, saya ok. Terima kasih sebab mengambil berat." Kata Finnick lalu berjalan pergi dari situ sambil memegang sabuk kejuaraannya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Perlawanan berikutnya adalah perlawanan Falls Count Anywhere. Ianya untuk WWE Universal Championship." 

Penonton mula bersorak.

Lagu tema Shinsuke Nakamura iaitu The Rising Sun mula dimainkan. Kelihatan Shinsuke berjalan turun dari laluan yang disediakan sambil menari. Apabila dia berada diluar gelanggang, dia terus melompat masuk tidak seperti sebelum ini dimana dia akan berjalan naik tangga dan masuk melalui tali tengah gelanggang. 

Tiba-tiba, seluruh arena menjadi gelap. Hanya kedengaran sorakkan penonton sahaja. Kedengaran bunyi gitar elektrik dimainkan selama 5saat lalu ianya hilang.

" ANDA SEMUA SUDAH BERSEDIA!?" Kedengaran suara seorang lelaki dari atas pentas diikuti dengan bunyi dram.

Satu logo tali merah yang membentuk huruf S muncul di skrin utama. Itulah logo kumpulan rock yang terkenal iaitu Slipknot.

Mereka memainkan lagu Wait & Bleed. Penonton turut berasa teruja dan ada yang mula menyanyi bersama.

Apabila penyanyi kumpulan tersebut menyebut ayat ' Is this a dream or a memories?' Finnick tiba-tiba muncul dihadapan Shinsuke Nakamura didalam kegelapan tersebut. Penonton kesemuanya terkejut apabila melihat pemakaian Finnick yang nampak sangat ganas. Jaket kulit yang terdapat paku pada bahagia bahunya, rantai besi yang melilit badannya diikuti dengan paku-paku tajam pada sarung tangannya. Solekan pada mukanya yang kelihatan seperti Scarecrow membuatkan dirinya nampak seperti pembunuh bersiri. 

Apabila lagu tersebut dihabiskan, lampu pun mula dihidupkan. Penonton mula bersorak. Pengadil John Cone memasuki gelanggang tersebut dan mengarahkan Finnick untuk memberikan sabuk kejuaraannya. 

Finnick menyerahkan sabuk kejuaraannya lalu membuka kostum yang dipakainya. Pakaiannya yang dipakainya di dalam adalah seluar berwarna hitam bersama corak api berwarna merah dan baju jenis fiber yang bercorakkan logonya sendiri. 

Ting!

Loceng dibunyikan menandakan perlawanan pun bermula.

Shinsuke Nakamura terus berlari kearah Finnick lalu memberikan serangan lutut tepat kearah mukanya. Finnick tersandar pada tiang dibelakangnya. Shinsuke memberikan serangan bertubi-tubi kepada Finnick. Finnick tidak dapat berbuat apa-apa.

Shinsuke mengakhiri serangannya dengan satu tendangan yang kuat pada kemaluan Finnick. Finnick berasa senak lalu jatuh rebah ke lantai. Dia bergolek turun keluar gelanggang.

Penonton berasa tidak puas hati kepada Shinsuke Nakamura kerana bermain kotor.

Shinsuke Nakamura turun dari gelanggang dan berdiri dihadapan Finnick. Dia bersedia untuk melakukan serangan penyudahnya iaitu Kinshasa. 

" Mari!" 

Finnick bangun dengan perlahan-perlahan. 

Shinsuke Nakamura meluru kearah Finnick untuk menyerangnya dan mengakhiri perlawanan ini tetapi Finnick sempat mengelak dan lutut Shinsuke terkena pada anak tangga yang berada dibelakang Finnick.

Finnick memberikan serangan Enzuigiri tepat kerarah kepala Shinsuke. Kini, Shinsuke pula yang rebah ke lantai. 

Finnick mengeluarkan sebuah kerusi besi dari bawah gelanggang. Dia membuka kerusi tersebut lalu meletakkan kepala Shinsuke diatasnya. Dia berundur untuk beberapa langkah dan bersedia untuk melakukan gerakkan Curb Stomp apabila Shinsuke mula bangun. 

' Time to play.' 

Secara tiba-tiba lagu tema Triple H dimainkan dan kelihatan Triple H berlari secara kelam-kabut kearah Finnick. 

" Hentikan perlawanan ini, cepat!" Arah Triple H kepada pengadil.

" Finnick, awak perlu pergi ke Gotham Botanical Garden sekarang! Cepat, isteri awak dalam bahaya." Kata Triple H dengan penuh cemas.

" Apa yang terjadi?" Soal Finnick.

" Pergi sahaja!" Arah Triple H lalu menolak Finnick supaya Finnick cepat bertindak. 

Keadaan menjadi tegang dan ramai mula tertanya-tanya. Perlawanan tersebut terpaksa dibatalkan dan Wrestlemania pada tahun itu menjadi tidak lengkap. 

Finnick terus berlari kearah tempat letak kereta lalu membuka pintu keretanya dan pandu pergi dari situ. Dia memandu dalam keadaan cemas dan tidak dapat memikirkan apa-apa. Dia hanya mahu tahu apa sudah terjadi pada isterinya.

Pada masa ini, Finnick langsung tidak terfikir untuk menggunakan kuasanya supaya dia boleh sampai dengan lebih cepat.

Bersambung................


Finnick OrionWhere stories live. Discover now