Sinestro's Height, Arizona.
Finnick dan Wally menikmati makanan tengah hari mereka sambil menonton perlawanan yang sedang berlangsung. Sejak dua minggu lalu, Finnick tidak pernah lagi melangkah masuk ke dalam gelanggang selepas mendapat kebebasan pergerakkan didalam kawaasan penjara.
" Hei, Fin. Kau tak mahu cuba untuk bertaruh?" soal Wally. Kepingan roti yang dipegangnya dihabiskan dengan sekali suap. " Mungkin nanti. Saya tidak merasakan seakrang adalah waktu yang sesuai." jawab Finnick lalu menghabiskan makanannya. " Maksud kau?" soal Wally lagi.
Finnick melihat kearah banduan yang baru sahaja memenangi perlawanan dan dalam masa yang sama berjaya memendekkan tempoh tahanannya. Banduan tersebut kelihatan sangat gembira meraikan kemenangannya. " Awak lihatlah betapa seronoknya dia apabila dapat memendekkan tempoh tahanannya." Finnick menunjuk kearah banduan tersebut. Wally turut melihat kearah banduan tersebut. " Ya, dia menang dan gembira. Kenapa?" Wally masih belum faham.
" Bayangkan kalau saya yang berada dibawah sana dan menjadi lawannya. Bagaimanakah reaksinya agaknya? Adakah dia tetap akan gembira atau dia akan berdendam? atau mungkin lebih teruk, dia akan berasa tertekan dan bunuh diri." terang Finnick. Wally sekadar mengangguk tanda memahami maksud Finnick. Finnick tidak mahu merosakkan saat kegembiraan orang lain. Finnick adalah seorang ahli gusti MMA yang tidak pernah kalah sepanjang kariernya. Finnick tidak memerlukan kuasanya untuk menang. Seluruh tubuh Finnick telah pun bersedia untuk menerima apa jua jenis serangan. Finnick telah berlatih untuk menempuhi apa jua rintangan dihadapannya.
Selain badannya yang tegap, otak Finnick juga adalah antara otak yang paling genius dalam dunia. Dia tidak perlukan kalkulator untuk menyelesaikan soalan matematik yang sukar. Penglihatan melalui matanya sama sekali seperti melihat menerusi kotak grid tetapi lebih tepat. Finnick mampu membuat kira-kira dengan cepat apabila bertarung.
" Hei, nampaknya ada banduan barulah." kata Finnick sambil menunjuk keatas. Kelihatan sebuah sel yang membawa seorang banduan didalamnya bergerak kebawah lalu sel itu menggantikan sel sebelah kanan Finnick yang dahulunya diduduki oleh seorang banduan dari Brazil, Eddie Gordo. Eddie telah dilepaskan minggu lepas selepas tamat tempoh tahanannya. " Lihatlah, kau ada jiran baru." kata Wally.
Sel itu diletakkan ditempatnya lalu penggera dibunyikan. Pintu sel tersebut dibuka secara automatik. " Mari lihat." ajak Finnick. Finnick dan Wally berjalan menuju kearah sel tersebut. Walaupun pintunya dibuka banduan didalamnya masih belum keluar bersua muka. " Hei, kau tak mahu keluarkah?" soal Wally lalu cuba untuk melangkah kedalam. Finnick menghalang Wally dari terus masuk dengan meletakkan tangannya didada Wally. " Dia ini berbahaya." ujar Finnick sambil menunjuk keatas lampu penggera yang berada diatas pintu sel tersebut.
" Kenapa hanya sel banduan ini dan saya sahaja yang ada lampu penggera manakala banduan lain tiada?" soal Finnick. Dia menoleh kebelakang lalu melihat sekeliling. Dia mendapati beberapa buah sel lagi yang mempunyai lampu penggera diatas pintu selnya. " Kau lihat, sel Bob Reynolds turut mempunyai lampu penggera. Begitu juga dengan sel Banduan 666." terang Finnick. " Betul juga." Wally bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Finnick.
" Huwahhh. Hei awak berdua, sekarang sudah pukul berapa?" suara seorang perempuan dapat didengari dari dalam sel tersebut. " Hei, Fin. Kau dengar, bukan?" soal Wally. " Kita tiada banduan perempuan disini, bukan? Mereka berada di blok asing, bukan?" soal Finnick kembali.
" Hei, kamu berdua. Sekarang sudah pukul berapa? Berapa lama saya tidur?" soal banduan tersebut sekali lagi. Finnick dan Wally masih lagi membelakangi sel tersebut. " Mungkin dia ni pondan." Wally membuat andaian. " Tapikan, aku macam pernah dengar suara dia. Ia agak memikat." Finnick mula berasa ghairah. " Kau ni dengan pondan pun mahu?" Wally mula berasa jijik.
Tiba-tiba, mereka berdua dapat merasakan sepasang tangan menyentuh bahu mereka. Tangan tersebut kelihatan pucat lesi dan kukunya panjang dan berwarna merah. " Hei, awak berdua pekakkah?" soal banduan tersebut. Finnick dan Wally terkaku dengan sentuhan tersebut. Mereka seperti terkena Sentuhan Batu. Finnick cuba untuk bercakap tetapi suaranya seperti tidak dapat keluar. Dia menjentik tangan Wally. Wally juga tidak dapat mengeluarkan suaranya.
" Kenapa bau awak ini seperti saya kenal? Adakah kita pernah berjumpa?" soal banduan tersebut kepada Finnick. Matanya merenung sisi wajah Finnick. Dari pandangan anak matanya, Finnick dapat melihat wajah banduan tersebut. Finnick memberanikan diri untuk memandang wajah banduan tersebut. Finnick menoleh mukanya dan mata mereka memandang satu sama lain. Mata banduan tersebut berwarna merah. Terdapat sepasang tanduk pada kepalanya.
" Eliza?" Finnick mengenali banduan tersebut. " Hai, sayang lama tidak berjumpa." sapa Eliza lalu mencium bibir Finnick. Finnick menolaknya. Eliza berlaga dengan Wally justeru menjatuhkan Wally. " Tak mungkin." Finnick tidak percaya akan siapa yang dilihatnya.
Eliza mendekati Finnick dengan perlahan lalu meletakkan tapak tangan Finnick ke buah dadanya. " Sayang, ini saya, Elizabeth." kata Eliza sambil memeluk Finnick. Finnick lantas menolak Eliza ke belakang. " PERGI! TEMPAT KAU DI NERAKA! BUKAN DI SINI!" Finnick mula naik angin. Wally menarik Finnick kebelakang.
" Woah, relaks kawan." ujar Wally. " KAU TIDAK LAYAK HIDUP!!" sumpah Finnick. Jeritan Finnick berjaya menarik perhatian semua banduan disitu. Wally membawa Finnick ke selnya. Pintu selnya ditutup rapat. " Jangan siapa pun datang dekat! Yusof, Bilal, kau berdua berjaga didepan sini. Jangan bagi siapa pun dekat termasuklah Xena." arah Wally.
Wally membuka air paip pada singkinya lalu basahkan tualanya. Tuala tersebut lalu diperah sehingga sedikit lembap. Wally meletakkan tuala lembap itu diatas kepala Finnick yang tengah panas. " Baiklah, ceritakan. Siapa dia?" Wally ingin tahu.
Finnick mengelap mukanya dengan tuala tersebut. Dia cuba untuk bertenang tetapi terlalu sukar. Seperti ada kisah buruk disebalik semua ini. Finnick tidak dapat menahan air matanya. " Bro, sabar." Wally cuba memujuk Finnick. " Perlahan-lahan, kawan. Ambil masa kau." ujar Wally.
" Dia.. dia adalah syaitan yang merampas aku punya..."
" Oh, shit!" tidak sempat lagi Finnick habiskan kata-katanya Wally sudah dapat tangkap apa yang cuba disampaikan oleh Finnick. " Dia itu?" soal Wally untuk kepastian. Finnick sekadar mengangguk.
Seluruh hidupnya, Finnick tidak akan maafkan tiga orang iaitu orang yang membunuh ibunya, bapanya kerana tidak berada disitu dan orang yang telah mencabul dan membuatkan Finnick hilang terunanya. Eliza adalah orang ketiga tersebut dan satu-satunya perempuan dalam senarai.
YOU ARE READING
Finnick Orion
Aksi" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...