Amaran Jisoo

2 0 0
                                    

Hall of The Regime, Washington D.C.

     Ketika Superman sedang berehat ditempat perjumpaan The Regime yang dahulunya tempat perjumpaan Justice League, datangnya Hal Jordan dengan pembalut yang membalut mukanya. 

     " Hei, Clark. Inilah dia." sapa Hal lalu menghulurkan sebentuk cincin Sinestro's Corps kepada Superman. " Muhammad X memakainya untuk menyerang saya. Ianya cincin milik Xena Cheong, salah seorang Hakim yang ditugaskan untuk mengawal Sinestro's Height. Beliau membukanya sebelum bertarung dengan Wally West ketika rusuhan itu berlaku. Mungkin Muhammad menjumpainya dan serang saya dari belakang." Hal membuat spekulasi. 

     Superman hanya mendiamkan diri. Dia merenung mata Hal Jordan dengan tajam. Hal cuba untuk elak dari melihat mata Superman kerana hanya ahli Justice League sahaja yang tahu bahawa sesuatu yang buruk pasti berlaku jika Superman berbuat demikian. " Kau pasti dia dah mati?" soal Superman dengan nada yang serius. 

     " Ya, saya pasti dia dah mati." jawab Hal dengan mudah. 

     Superman bangun dari tempat duduknya. Badannya kelihatan lebih tegap dan sasa berbanding Yellow Lantern dihadapannya. " Kau dah cuba cabut gelang kakinya?" soal Superman lagi. 

     Ketika ini, wajah Hal mula kelihatan takut. " Be... belum." jelas sekali Hal takut akan Superman. 

     " Baiklah, jika begitu. Masukkan semula Finnick ke dalam selnya. Pastikan awak buka gelang kakinya. Aku akan ke sana sebentar lagi. Sekarang aku ada urusan di Seoul." arah Superman lalu berjalan pergi dari situ. Hal melepaskan nafas lega selepas Superman tinggalkan tempat tersebut. Silap langkah sedikit maka matilah dia pada hari itu. 

Seoul, Korea Selatan. 

     Pengarah Fury dan Encik Yang Hyun-suk mengadakan mesyuarat tergempar SHIELD di U-GIN Genetic yang dimiliki oleh SHIELD pada ketika itu. Kesemua ejen SHIELD berkumpul disitu termasuklah Jacob McKenzie. 

     " Anda semua pasti dah tahu berita tentang kematian Finnick Orion bukan? Baiklah, mesyuarat hari ini adalah berkenaan dengan kematiannya." ujar Nick Fury. Encik Yang pula bantunya untuk pertejemahan kepada ejen SHIELD yang tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Nick Fury. 

     "* Bukankah kita semua telah berstuju untuk menangguhkan perkebumiannya dengan pihak Regime tempoh hari?" soal salah seorang ejen. 

     " Ya, sememangnya kita semua telah bersetuju tetapi itu semua hanyalah helah Regime untuk menggunakan mayat Finnick untuk kebaikan mereka sendiri." jawab Nick Fury. 

     " Tuan, apa yang membuktikan bahawa mereka akan lakukan sedemikian?" soal Jacob pula. 

     " Menurut salah seorang kontaks SHIELD yang ditugaskan untuk menguruskan mayat Finnick di Arizona, Superman akan membuka gelang kaki Finnick dan ingin pastikan yang Finnick benar-benar mati. Jika dia masih hidup, Finnick akan teruskan hukuman penjaranya. Manakala, jika dia benar-benar mati, badan Finnick akan disatukan dengan Mother Box dan akan dijadikan ahli Regime." terang Nick Fury. Semua yang disitu tergamam dengan apa yang disampaikan oleh Nick Fury tersebut. 

     Ketika itu, Jacob merasakan sesuatu dikepalanya. Ini adalah salah satu kebolehannya iaitu dia dapat mendengar pertuturan mereka yang berada dimensi lain. " Nick!" jerit Jacob. Seluruh bilik tersebut terdiam selepas mendengar jeritan Jacob. " Kenapa, Jacob?" soal Fury. Jacob menjawab soalan Nick Fury dengan mengelip matanya berkali-kali untuk membentuk ayat menggunakan Kod Morse. 

' Supes. Di. Atas.' 

     " Bijak." kata Superman lalu menghentam bangunan tersebut dan mendarat diatas meja besi yang berada ditengah-tengah bilik tersebut. " Nampaknya kamu semua telah tahu rancangan aku ya?" mata Superman bersinar merah menandakan pancaran haba laser akan keluar. 

     Tiba-tiba, bahu kanan Superman ditikam dari belakang. Tikaman tersebut berjaya tembus kerana pisau yang digunakan diperbuat dari kryptonite. Superman rebah selepas ditikam. Apabila dilihat penyerang tersebut, Superman terkejut besar apabila mendapati ianya adalah Kim Jisoo dari Blackpink. 

     "* Jisoo, apa awak buat disini?" soal Encik Yang. 

     Jisoo hanya berdiam diri lalu mencabut semula pisau dibahu Superman dan meletakkannya pada leher Superman. " Jisoo-ya!" sergah Encik Yang. Pisau tersebut ditekan ke leher Superman dengan kuat. Seluruh badan Superman menjadi lumpuh akibat bisa kryptonite. Hanya perlukan satu tarikan maka Superman akan mendapat pendarahan yang teruk lalu menjurus kepada kematiannya. "* Jisoo-unni, hentikan!" jerit Jennie yang baru tiba disitu. 

     "* Finnick-oppa sudah mati?" soal Jisoo. 

      Superman yang memahami apa yang dikatakan Jisoo tersebut sekadar menggelengkan kepalanya. "* Kau pasti?" soal Jisoo lagi. Wajahnya kelihatan serius dan menakutkan. Superman sekadar mengangguk. "* Pastikan dia telefon kami pada awal pagi besok atau aku sendiri akan cari kau. Ulang semula." gertak Jisoo. 

     "* Pastikan dia telefon kau semua awal pagi besok." ulang Superman. 

     Jisoo menghiris sedikit pisaunya. "* Dan? Apa lagi?"

     "* Atau kau sendiri akan ke sana." Superman menghabiskan ayatnya. Jisoo mengangkat pisaunya dari leher Superman. Jisoo berlalu pergi dari bilik mesyuarat tersebut seperti tiada apa-apa yang berlaku. Pisau sashimi tersebut diberikan oleh Finnick secara senyap sebelum dia diberkas oleh para Hakim. " Bagaimana dia masuk ke sini?" soal Jacob kepada Jennie.

     "* Jangan tanya saya. Saya hanya jumpa surat ini." jawab Jennie lalu menyerahkan sepucuk surat kepada Jacob. "* Jisoo-unni tunggang motosikal milik Finnick-oppa ke sini. Saya  tidak percaya yang dia boleh menunggang. Saya tahu dia kesini sebab GPS pada telefon pintarnya tidak tertutup." kata Jennie lagi. 

     Jacob membaca surat tersebut dan terkejut dengan isi kandungannya. " Tuan, awak perlu lihat ni." kata Jacob lalu menyerahkan surat tersebut kepada Nick Fury. Jacob beralih kearah Superman yang masih terbaring diatas meja tersebut. " Sekarang apa?" soalnya.

     Superman menekan luka pada lehernya supaya tidak berlaku pendarahan yang teruk. " Kita tunggu." jawabnya dengan mudah. " Kau takut kepada dia?" soal Jacob mengenai Jisoo. " Heh, itu perkara kedua yang paling menakutkan pernah aku lihat." jawab Superman. 

     Jacob tersenyum. " Apa yang pertama?" soalnya lagi. 

     " Finnick ketika dia mengibarkan sayapnya." jawab Superman. 

     Wajah Jacob kelihatan hairan. " Sayap?" 

     " Oh, tiada apa-apa. Mungkin aku tersilap cakap." kata Superman. Dia masih lagi mengingati perlawananya dengan Finnick semasa di Washington D.C. ( Finnick Orion vs Superman )

     Seketika kemudian, Superman pun terbang pergi dari situ dan menuju ke Sinestro's Height di Arizona. Niatnya untuk mengahapuskan SHIELD di Korea Selatan gagal terima kasih kepada Jacob McKenzie atau dikenali sebagai Di-Man-sion.

     Isi surat yang diberikan oleh Jennie tersebut masih lagi menjadi tanda tanya.

Finnick OrionWhere stories live. Discover now