Gunung Lee.
" Keliru?" soal Sentry.
Mata Finnick terbeliak apabila melihat wajah seorang lelaki yang pernah dia belasah sehingga separuh mati muncul di hadapan matanya sendiri tetapi kali ini lebih berkuasa dari sebelum ini. ( Amaran kepada Regime )
" Bagaimana perasaan apabila berlawan dengan Void? Adakah kau sedar yang kau masih lemah? Atau kau masih ingin teruskan?" Sentry seolah-olah mencabar Finnick.
" Bukan aku yang lemah tetapi kau dan Void!" Finnick memancarkan sinaran Omega untuk melepaskan diri. Sentry terpelanting agak jauh tetapi masih mampu berdiri. Sinaran Omega tersebut hanya sekadar untuk buatnya lepaskan Finnick sahaja tetapi langsung tiada apa-apa kesan luka padanya.
" Itu sahaja?" soal Sentry mencabar Finnick.
" Kau mahu aku pupuskan kau dari alam ni? Boleh saja." balas Finnick.
" Kau tak akan dapat kerana Void bukan dari alam ini." kata Sentry.
Perlahan-lahan rupa Sentry mula berubah. Daripada Robert Reynolds kini bertukar rupa semula menjadi Void. Perlahan-lahan rupa Robert Reynolds muncul kembali dan kini Sentry dan Void bergabung dalam satu badan. Sut Sentry yang pada mulanya berwarna kuning keemasan bertukar merah. Lambang 'S' pada tali pinggangnya menjadi terbalik dan membentuk kepada bentuk 'Z'. Pada belakang tubuhnya tumbuh tulang seperti kaki labah-labah. Tulang tersebutlah yang menikam dada Finnick sebenar tadi. Rupa Void semakin menggerunkan.
" Makhluk apakah kau ni?" soal Finnick pada diri sendiri.
" Saksikanlah kuasa Sejuta Letupan Matahari!" laung Void lalu menembak satu pancaran merah keluar dari tangannya kearah Finnick.
Finnick sempat mengelak ke tepi lalu terbang kearah Void untuk memberikan serangan tetapi gagal apabila Void sempat menangkap mukanya dengan tangan kanannya. Finnick cuba untuk melepaskan diri. Void menggenggam muka Finnick dengan kuat. Finnick meronta-ronta untuk melepaskan diri.
Void terbang dengan tinggi lalu menjunam dengan laju dengan menghentam kepala Finnick ke tanah. Void melakukannya sekali lagi kali ini dia terbang dengan lebih tinggi. Apabila mendapati Finnick masih bernafas, Void menumbuk-numbuk muka Finnick secara bertubi-tubi sehingga dia berasa puas.
Keadaan menjadi senyap.
Void menjadi orang yang terakhir berdiri disitu. Finnick menghembuskan nafas terakhirnya. Namun, Void masih belum cukup puas. Void mengumpulkan tenaga Sejuta Letupan Matahari di tangannya menjadi bentuk bola cahaya lalu Void menyuapnya ke dalam mulut Finnick. Setelah melakukan perkara tersebut, Void terus terbang pergi.
Tidak lama kemudian, badan Finncik menghasilkan satu letupan yang kuat sehingga mampu menghancurkan seluruh Negeri California. Itulah letupan yang paling besar dalam sejarah dunia. Tiada satu kehidupan pun yang berjaya diselamatkan. Itu adalah satu malapetaka yang paling dahsyat yang ditimpa Negara Amerika Syarikat sehinggakan Presiden Amerika yang ketika itu ialah Jefferson Pierce atau dikenali sebagai Black Lightning mengisytiharkan bahawa negara tersebut darurat.
Tiada lagi superhero yang mampu menyelamatkan negara terhebat di dunia itu.
" Jadi, itulah yang akan terjadi jika kau menang." kata Finnick kepada Void yang berada dalam permainan fikirannya.
Itu semua hanyalah visi yang dimainkan oleh Finnick kepada Void. Rupa-rupanya, ketika Finnick cuba untuk menyerang Void itu hanyalah ilusinya yang dihasilkan dengan kuasa psikik. Finnick yang sebenar tidak kelihatan kerana Finnick telah buatkan dirinya ' lesap' di mata Void. Finnick muncul di belakang Void lalu menyentuh kepalanya supaya lebih mudah untuknya masuk ke otak Robert Reynolds iaitu hos kepada Void.
" Akulah pemusnah Alam!" kata Void yang masih dalam visi yang ditunjukkan oleh Finnick. Mindanya masih belum sedar.
" Ya. Ya. Kaulah pemusnah alam. Alam dewasa kehidupan kau." kata Finnick lalu menumbuk muka Void dengan kuat dan membuatkannya pengsan. Finnick mengangkat lalu memikul Robert Reynolds diatas bahunya.
" Biar Regime yang uruskan kau." kata Finnick pada diri sendiri. Finnick terbang tinggi keluar angkasa lepas. Dia menuju kearah Regime Watchtower yang dahulunya Justice League Watchtower.
Apabila dia berada dekat dengan tingkap Watchtower, Finnick mencampak Robert Reynolds kearah tingkap. Shazam yang ketika itu sedang bermain permainan video bersama Cyborg terperanjat apabila terdengar sesuatu hentam tingkap Watchtower. Apabila mereka memeriksa punca bunyi tersebut mereka mendapati iainya berpunca dari Robert Reynolds yang dicampak Finnick tadi.
Diluar tingkap juga mereka terlihat Finnick.
' Masukkan dia ke dalam Sinestro's Height. Dia akan ceritakan segalanya.' Finnick menggunakan kuasa psikiknya untuk berkomunikasi dengan mereka berdua.
Setelah selesai urusannya Finnick terbang balik semula ke Bumi. Dia mendarat di hadapan sebuah rumah W 48th Street. Rumah yang kelihatan agak usang kerana tiada penghuni. Rumah ini telah banyak memberikan kenangan pahit manis kepada Finnick. Inilah rumah dimana dia membesar dan dirumah ini jugalah dia kehilangan orang tersayangnya iaitu ibunya sendiri.
" Home sweet home."
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...