Perempuan yang mencintai alam semulajadi

52 1 0
                                    

                                                                       


" Wakey wakey, Little Princess. Masa untuk makan." Pamela tersedar dari pengsannya setelah mendengar suara tersebut.

" Di.... Dimana aku?" Soal Pamela yang berasa takut kerana beliau berada di suatu bilik yang sangat gelap dan hanya ada sebiji mentol menyala yang tergantung betul-betul diatasnya yang sedang diikat pada sebuah kerusi.

" Kau berada dimana tidak penting." Pamela terdengar lagi suara itu. Tiba-tiba, Pamela ternampak satu susuk tubuh yang muncul dihadapannya. Tubuh yang besar, gagah dan tinggi.

" Kau......"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari sudah malam dan Finnick masih lagi mencari Pamela walaupun dia langsung tidak tahu kemana dia pergi.

" Aduh..... kemana Deadshot bawa dia pergi. Memang menyusahkan aku." Keluh Finnick." Patut tak aku guna kebolehan aku ni?" Soal Finnick pada diri sendiri. 

Finnick melompat dengan sangat tinggi tanpa menghiraukan orang disekelilingnya pada ketika itu. 

" Woi, bangsat. Kau apa hal?!" Finnick mendengarnya tetapi dia hanya buat bodoh sahaja.

Finnick terapung di awangan sambil berpejam mata dan berfikir lalu dia membuka mata dan melihat semula apa yang berlaku semasa dia pengsan. Finnick ternampak dirinya mengejar Deadshot dan ditembak. Deadshot berlari sejauh 1 blok dari tempat dia ditembak lalu berjumpa dengan seseorang dan mereka menaiki sebuah limosin berwarna hitam. Mereka menuju ke arah utara Gotham City dan berhenti disebuah bangunan usang. 

Finnick memutarkan semula masa ketika Deadshot berjumpa dengan seseorang sebelum pergi. Dia melihat dengan lebih dekat untuk mengenali orang tersebut.

" Itu....." Finnick teringatkan sesuatu.

" Malam ini adalah giliran kau bertemu Syaitan di neraka." Kata Finnick penuh dendam lalu dia terbang kearah bangunan tersebut.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Lepaskan aku, tak guna." Marah Pamela. " Apa kau nak dengan aku?"

" Aku tak mahu kau. Tatapi, aku mahu teman lelaki kau." Kata lelaki tersebut.

" Dah kau nak dengan dia buat apa kau tangkap aku? Bodoh. Sengal. Bahalol. Patut mak kau buang saja kau ke dalam tong sampah masa lahirkan kau." Ejek Pamela.

" Betul la apa yang dia cakap tu." Kata Deadshot dari jauh.

" Errrr diam!" Marah lelaki tersebut sambil berasa malu.

" Apa kau nak dengan dia?" Soal Pamela.

" Ini bukan urusan kau." Kata Lelaki tersebut.

" Dah bukan urusan aku buat apa kau culik aku. Aduh...... Hey awak disana, buat apa awak ikut cakap lelaki bodoh seperti dia? Sebab duit?" Ejek Pamela lagi.

" Ahhh sudah! Sekarang ni kita hanya perlu tunggu..."

BOOM!

Belum sempat lagi lelaki itu menghabiskan ayatnya, dinding bilik tersebut runtuh seperti berlaku letupan. Disebalik runtuhan tersebut kelihatan Finnick berjalan masuk dengan badannya yang sedang kelihatan seperti tanah dan rambutnya bertukar dari hitam ke warna coklat. Itu menandakan dia menggunakan kuasa elemen tanah. Perlahan-lahan dirinya berubah menjadi normal.

" Lama tak jumpa, Brock Rumlow atau lebih dikenali sebagai Crossbones." Kata Finnick.

" Akhirnya, sampai pun kau. Anak kepada Amy Orion." Kata Crossbones.

" Macam mana? Macam mana rasanya selepas Hydra tewas kepada SHIELD?" Ejek Finnick setelah membaca fikiran pembunuh ibunya.

" Boleh tahan seronoknya sebab kini aku telah bebas untuk melakukan apa saja." Kata Crossbones.

" Harta Leo semuanya sudah habis, Brock. Kau sendiri yang ambil." Kata Finnick.

" Oh, tidak. Kali ini bukan lagi berkenaan Leo atau Amy. Ianya berkenaan kau." Terang Crossbones.

" Aku tidak akan terima tawaran kau. Kau dah bunuh mak aku dan sekarang kau nak aku buat kerja kotor kau? Memang tak dapat la bro." Kata Finnick.

" Baiklah kalau begitu." Kata Crossbones lalu mengarahkan Deadshot untuk menghalakan pistol kearah Pamela. 

' Pamela, jangan takut.' Pamela terdengar bunyi bisikkan dari kepalanya. Itu sudah semestinya suara hati Finnick.

' Awak ingat lagi semasa awak bercakap tentang bersatu dengan alam? Angguk jika ya, geleng jika tidak.' Pamela mengangguk.

' Tahan sedikit. Ini memang menyakitkan.' 

Finnick melihat tepat kearah mata Pamela lalu mengeluarkan cahaya hijau dimana hanya dia dan Pamela sahaja boleh melihatnya. 

" Macam mana sekarang? Kau masih menolak atau tidak? Ataupun kau mahu melihat seorang lagi orang yang kau sayang mati dihadapan kau? Hehehe" Ugut Crossbones.

"Ah!!!!!!!!!!" Pamela menjerit kesakitan setelah kuasa yang diberikan oleh Finnick telah masuk kedalam badannya dengan sempurna.

Bangunan yang usang tersebut bergegar dan terdapat urat-urat pokok menjalar pada bangunan tersebut. Deadshot pantas melarikan diri meninggalkan Crossbones.

" Floyd, jangan tinggalkan aku!" Jerit Crossbones ketakutan. 

" Dah terlambat, bro. Rasailah amukan alam." Kata Finnick.

" Apa?" Crossbones Menoleh kearah Pamela yang berada disebelahnya. Pamela kelihatan menakutkan dan terdapat tumbuhan dan gas hijau keluar dari badannya. 

" Kau memang menempah maut." Kata Pamela lalu mencium Crossbones dan terus pengsan. Finnick menyambut Pamela lalu menghilangkan diri.

Badan Crossbones perlahan-lahan mengecut dan darah mula keluar dari liang peluh pada badannya.

" Tidak! Orion, maafkan aku." Pohon Crossbones.

" Kau mahukan keampunan? Mintanya pada mak aku." Kata Finnick lalu terbang keluar dari bangunan tersebut.

Bangunan tersebut mula roboh perlahan-lahan. Crossbones terseksa melawan maut. 

Finnick berada di bangunan sebelah sambil melihat bangunan tersebut runtuh.

" Jangan risau, Ela. Awak dah selamat. Saya akan sentiasa berada disisi awak." Kata Finnick lalu terbang pergi sambil membawa Pamela pada pangkuannya.

Semasa Finnick terbang tinggi dia sempat melihat kebelakang. Kelihatan Deadshot sedang mengacukan sniper kearahnya lalu melepaskan peluru. Semasa peluru tersebut menghampiri kepala Finnick, Finnick memantulkan peluru tersebut kearah Deadshot semula dengan kelajuan yang lebih laju dari sebelum ini.

" Oh, sial." Itulah kata-kata terakhirnya sebelum peluru tersebut terkena pada kepalanya.

Bersambung...........



Finnick OrionWhere stories live. Discover now