Neraka di Bumi bahagian 2

10 0 0
                                    

Tahun 6571.

" Ayah, saya disini!" 

" Mari kesini J***." 

    Finnick terlihat seorang kanak-kanak perempuan berlari menuju kearah satu pancaran cahaya terang. 

" Ayah, cepatlah kejar saya!" Kanak-kanak perempuan tersebut berlari dengan lebih pantas menuju kearah seorang wanita yang berdiri dihujung cahaya tersebut. 

    Wajah kanak-kanak tersebut tidak jelas kelihatan dan hanya menampakkan bahagian belakang kepalanya sahaja. 

    Apabila Finnick berada semakin dekat dengan kanak-kanak tersebut dia terlihat bentuk tubuh badan wanita tersebut. 

" Finnick." Wanita tersebut memanggil namanya.

" Finnick. Hei, bangun." Element mengejutkan Finnick. 

" Oh, saya masih disini." Finnick berasa hampa apabila dia masih lagi berada di tahun 6571. Dia mengharapkan bahawa semua ini hanyalah mimpi dan bukanlah realiti. 

    Finnick mendapati seluruh badannya dibalut dengan kain pembalut dan membuatkan dirinya nampak seperti mumia. Mumia yang bebas bergerak.

" Hei, makan ni sebelum ianya sejuk." Element menyerahkan semangkuk sup kepada Finnick. 

" Terima kasih." Finnick tanpa banyak berfikir terus menghirup sup tersebut. Sup daging yang masih hangat. Nanti, sup daging? Di tengah-tengah kemusnahan dunia dan tiada lagi makhluk yang hidup kecuali mereka berdua? Finnick terlihat mayat-mayat yang bergelimpangan diluar bangunan yang didudukinya itu. Finnick meludah semula sup tersebut.

" Element, ini daging apa?" Soal Finnick.

" Saya tahu apa yang sedang difikirkan oleh awak sekarang. Kalau awak nak tahu sangkaan awak itu betul." Element dengan selambanya menikmati sup daging tersebut. Manakala, Finnick terus muntahkan sup tersebut.

" Element, kau psiko!"

" Yo, bukan senang untuk jumpa makanan segar sekarang. Ketika kecelakaan ini berlaku kesemua bekalan makanan telah dirampas oleh kerajaan. Rakyat pula menderita kelaparan dan terpaksa memakan sesama sendiri. Oh, awak tak tahu. Tiada lagi makanan sebenar pada masa ini. Kami hanya makan cecair yang disalurkan oleh kerajaan 5 kali sehari. Hanya satu gelas sahaja membuatkan kami kenyang seperti makan makanan sebenar." Terang Element.

" Oh, dunia apakah ini?" Keluh Finnick.

" Semua ini berlaku kerana awak, Fin."

" Saya, kenapa? Apa yang telah terjadi?" Finnick betul-betul ingin tahu.

" Awak sepatutnya bersara lebih awal dalam dunia gusti." Kata Element.

" Apa yang awak maksudkan?" Finnick masih tidak faham.

" Awak masih ingat Wrestlemania di Metropolis? Ya, awak masih ingat Jason Fucking Woodrue? Makmal yang terbakar? Rakyat Palestine yang awak selamatkan? Awak masih ingat semua itu?"

" Ya. Saya masih ingat. Kenapa?" 

" Kalau awak bersara lebih awak walaupun masa itu umur awak baru sahaja 22 tahun, semua ini takkan berlaku." Element meninggikan suaranya.

" Maaf, saya masih tak faham." Finnick keliru.

" Kalau awak berada di Gotham Botanical Garden ketika itu, sudah pasti Pamela Lilian Isley selamat, Shinsuke Nakamura memenangi sabuk Kejuaraan Universal, Metropolis tidak musnah, tidak berlakunya perang dunia ke-3 dan lebih penting lagi..." Mata Element mula berair.

" Kenapa? Apa yang lebih penting?" Soal Finnick.

" Tidak lahirnya manusia yang digelar The Element." Kata Element.

Finnick OrionWhere stories live. Discover now