Malam Tragedi

143 3 0
                                    


 " Cepat Finnick. Kita sudah dekat. " Kata Puan Orion kepada anaknya.

 " Sekejap, emak. Tali kasut saya terbuka. " Balas Finnick lalu mengikat tali kasutnya. Setelah mengikat tali kasutnya Finnick berjalan kearah emaknya.

"  Wah, cantiknya! " Kata Finnick selepas melihat permandangan matahari terbenam di suatu tempat yang terletak di Grand Canyon. 

" Tengoklah puas-puas. " Kata Puan Orion.

" Kalau boleh saya ingin datang kesini setiap hari. " Kata Finnick.

" Emak pun berasa begitu. " Balas Puan Orion lalu memberikan senyuman kepada anaknya yang berumur 10 tahun itu.

" Alangkah seronoknya kalau engkau berada disini, Leonard. " Bisik Puan Orion perlahan lalu didengari oleh anaknya.

" Siapa Leonard? " Tanya Finnick.

" Tiada siapa. Dia hanya kawan mak di sekolah tinggi. " Jawab Puan Orion. " Nampaknya hari sudah gelap. marilah kita balik Finn. " Katanya lalu mereka beredar dari tempat tersebut.

Setelah tibanya anak-beranak itu di rumah mereka. Puan Orion berasa terkejut apabila mendapati rumahnya dipecah masuk. Dia dapat tahu dengan hanya melihat pintu rumahnya yang rosak kerana ditendang atau dirempuh oleh sesuatu.

Tiba-tiba.......

Klik!

" Ah!!!!!!!! " Jerit Finnick ketakutan setelah ternampak seorang lelaki mengacu pistol kearah emaknya. 

" Jangan bergerak, tak guna! " Jerit lelaki itu lalu menghentak belakang pistolnya ke kepala Puan Orion. 

" Apa yang bising disini? " Tanya Encik Clark iaitu jiran kepada Puan Orion. 

" Tolong! "

Dup!!

Lelaki itu menghentak kepala Finnick dengan pistolnya.

" Siapa kam....."

BOOM!

Lelaki itu menembak Encik Clark dikepalanya tanpa memberi apa-apa amaran.

_______________________________________________________________________

" Oi! Bangunlah tak guna! " Puan Orion terjaga dari pengsannya lalu menyedari bahawa dia berada didalam bilik bawah tanah rumahnya.

" Mana duit tu!? " Tanya lelaki tersebut.

" Mana anak aku!? " Tanya Puan Orion dengan nada yang marah.

" Anak kau ada disini. " Jawab seorang lelaki yang berada dibelakang Puan Orion sambil mengacukan pistol dikepala Finnick.

" Jangan sentuh anak aku! "

Buk!

Puan Orion ditumbuk dengan kuat.

" MANA DUIT TU!!!!"

" Aku tak tahu. "

Buk!

" Kau jangan sampai kami bunuh anak kau. "

" Baik....Baik. Aku akan beritahu tetapi kau jangan sesekali apa-apakan anak aku." kata Puan Orion setelah digesak dengan teruk. Dia ingin menyelamatkan satu-satunya anaknya itu.

" Dimana? "

" Dibelakang mesin pengering yang engkau sandar itu. "

Setelah mendengarnya kedua-dua lelaki tersebut dengan cepat mengalih mesin pengering tersebut lalu mendapati ada sebuah peti besi dibelakangnya.

" Apa nombornya? " tanya salah seorang dari mereka.

" 12 kekiri. 34 kekanan. 46 kekiri. " Jawab Puan Orion.

Mereka membuka peti tersebut dengan berasa gembira.Peti itu berisi sejumlah wang yang banyak.

" Akhirnya, harta Leo menjadi milik kita. Kita Kaya! Kita Kaya! " Kata salah seorang dari mereka dengan gembira.

Finnick berasa hairan kerana mereka menyebut nama itu. Dia masih tertanya -tanya siapakah Leonard.

Tiba-tiba!

Klik!

" APA NI! " Jerit Puan Orion kerana diacu pistol tepat dimukanya.

" Perjanjian tamat. Kau hanya mahu kami tidak membunuh anak kamu tetapi bukan kamu. "

BOOM!

Keadaan menjadi sunyi seketika.

" HAHAHAHAHAHAHAHA. Selamat Tinggal, Finnick. " Kata mereka lalu beredar dari situ dengan cepat.

" AH!!!!!!!!"

" Emak!!!" Finnick hanya mampu menangis dihadapan mayat emaknya.

                                                    Bersambung............


Finnick OrionWhere stories live. Discover now