Gunung Lee.
" Kali ini, kau akan mati dengan betul." kata Finnick. Dari telapak tangannya dikeluarkannya sebilah pedang yang agak unik reka bentuknya. Pedang itu lurus dan sedikit pendek daripada pedang Claymore malah sedikit panjang daripada pisau Bowie. Bilah pedang tersebut agak nipis. Permukaan pedang tersebut kelihatan seperti ada beberapa garisan potongan yang sangat halus.
" Kau sudah tahu kebolehan aku tetapi kau masih mahu berlawan menggunakannya. Kau memang jenis yang tak sayang nyawa." Void memperlecehkan Finnick.
" Oh, kau belum kenal siapa Finnick Orion." kata Finnick.
" Tidak seronok jika kau seorang sahaja yang ada senjata." kata Void lalu mengeluarkan sebilah pedang yang hampir serupa dengan Finnick.
" Masih meniru, ya?" Finnick mula nampak kelemahan Void disitu. Void hanya tahu meniru perkara yang dilihatnya tetapi tidak dapat meniru perkara yang tiada didalam penglihatannya.
Finnick berjalan perlahan-lahan dan semakin lama semakin laju lalu Finnick terus memecut kearah Void. Pedangnya digenggam erat. Void turut melakukan perkara sama. Mereka berdua bertembung maka bermulalah perlawanan mereka berdua.
Void mulakan serangan dengan satu serangan tujahan kearah dada Finnick tetapi gagal apabila Finnick menepis serangan tersebut dengan pedangnya kebawah lalu memijak pedang Void ke tanah dengan kuat. Finnick kemudiannya menikam dada Void lalu menarik semula pedangnya dan melepaskan pedang Void. Seperti yang dijangkakan serangan itu tiada apa-apa kesan terhadap Void. Dengan lantas Finnick menyerang Void dengan memotong tangan kanannya iaitu tangan yang memegang pedang.
Tangan tersebut gugur dari bahu Void termasuklah pedangnya. Dengan peluang yang ada Finnick menikam leher Void. Void memegang bilah pedang Finnick.
" Aku tak akan mati jika serangan kau selemah ni." kata Void dengan angkuh.
" Ini bukan tujuan sebenar serangan ni." kata Finnick lalu merentap pedangnya dengan kuat.
Alangkah hairannya bagi Void apabila Finnick telah mengambil beberapa langkah ke belakang tetapi pemegang pedangnya tetap berada di genggamanya dan bilah pedang yang dipegangnya tadi masih tertanam dalam lehernya dan masih dipegangnya.
" Keliru?" soal Finnick lalu menunjukkan rupa sebenar pedangnya.
Pedang yang digunakan oleh Finnick bukannya pedang biasa kerana pedang tersebut dapat diceraikan menjadi banyak bilah dan seutas tali membuatkannya seperti seutas tali cemeti yang membawa bilahan pedang. Inilah antara senjata zaman Victoria yang paling digeruni. Dicipta oleh seorang tukang besi yang bernama Yurie lalu senjata tersebut jatuh di tangan seorang perompak wanita yang bernama Iosefka. Telah banyak nyawa yang telah dijadikan korban terhadap pedang tersebut. Jisimnya yang sangat ringan dan reka bentuknya yang sangat unik membuatkan musuh tidak dapat mengagak kebolehan sebenar pedang ini. Nama pedang ini adalah Valentine sempena dengan nama anak perempuan Yurie yang mati akibat dibaham seekor serigala jadian.
Kini, Finnick menjadi pemilik Valentine. Setelah beratus tahun dan beratus orang tuan dan nyawa yang terkorban akhirnya ianya jatuh jua ke tangan yang betul.
" Apakah ini?" soal Void lalu mencabut pedang tersebut dari lehernya.
Finnick melibaskan pedang tersebut lalu ia bercantum semula.
" Inilah teman wanita yang aku berharap ia manusia." jawab Finnick lalu melibaskan pedang tersebut lalu membelah badan Void menjadi dua.
Void dengan cepat bercantum semula lalu cuba mengeluarkan pedang Valentine seperti Finnick tetapi gagal apabila Finnick terlebih dahulu menikam perut Void dengan menceraikan pedangnya dan buatkan hujung pedang menikam Void seperti satu baling dart. Walaupun tikaman tersebut tidak seberapa dalam, Finnick masih mendapat peluang apabila dia melibaskan pedang tersebut dan menarik Void kearahnya. Finnick lalu mengenakan serangan Clothline ke leher Void.
Sebelum Void sempat terjauh Finnick terlebih dahulu menangkap belakang Void. Finnick memeluk Void dengan sangat kuat lalu melakukan buah serangan German Suplex. Leher Void patah apabila kepalanya mendarat terkena tanah.
Serangan Finnick masih belum tamat. Finnick lantas bangun lalu memijak kepala menarik kedua-dua kaki Void lalu mencabut kedua-duanya. Void kini kudung. Dengan bantuan kedua-dua tangannya, Void cuba melarikan diri.
" Kau cuba lari, ya? Bukankah yang yang mahukan semua ini?" Finnick mengutip Valentine yang dipacaknya kedalam tanah sebentar tadi.
Finnick menikam kepala Void. Valentine menahan Void daripada bangun apabila Finnick menanam mata Valentine ke tanah dengan sangat dalam.
" Nina William, ya? Kau ingat aku bodoh?!" Finnick mula naik angin. " Aku kenal siapa Nina William. Aku biasa berhubungan seks dengannya ketika aku berumur 16 tahun dan aku lihat dia mati di depan mata aku sendiri kerana Otiz Greene adalah orang yang bunuhnya!"
Void hanya terkujur beku seperti tidak bernyawa. Kakinya tidak lagi tumbuh atau bersambung semula. Dari situ Finnick dapat melihat darah mengalir keluar dari badan Void. Ini adalah kali pertama Finnick nampak darah mengalir dari Void. Finnick mencabut semula Valentine lalu menyimpannya semula dalam tangannya.
" Apa kau ni sebenarnya?" soal Finnick.
Finnick berjalan pergi meninggalkan tubuh Void disitu.
Tiba-tiba!
Finnick terasa satu tusukan di dadanya. Sesuatu yang tajam dan berwarna hitam. Benda yang tusuknya itu bukanlah pedang tetapi seperti lembing.
Perlahan-lahan, badan Finnick terapung ke udara dan kali ini bukanlah datang dari kuasa Finnick. Finnick dipusingkan kebelakang.
Alangkah terkejutnya apabila Finnick terlihat wajah yang dikenalinya.
" Sentry?"
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...