" Bangun lah tuanku. Ini bukan waktu untuk tidur." Raja T'Challa membuka matanya dan ternampak seorang lelaki yang memakai topeng berwarna merah berada dihadapannya.
" Finn, dia dah sedar." Kata Wally.
" Berikan dia air. Saya perlu cari mereka." Arah Finnick lalu terus mencari Abdullah Fazim bersama M'Katu dan O'Gayo.
" Adakah kamu..... The Flash?" Soal Raja T'Challa setelah dia betul-betul sedar dan bangun setelah bersandar pada sebatang pokok berhampiran makmal.
" Ya, Saya The Flash." Jawab Wally.
" Banyak yang beta dengar pasal kamu tetapi bukankah kamu selalu bersama Superman dan Batman?" Soal Raja T'Challa ingin tahu.
" Oh, tidak. Itu Barry Allen, pak cik saya. Saya Wally West, Flash yang ketiga." Jawab Wally.
" Ooo... Rakan kamu tadi tu ialah Finnick Orion, bukan?" Soal Raja T'Challa inginkan kepastian.
" Ya, itulah Finnick Orion a.k.a Abaddon the Time Master a.k.a WGM ( World Greatest Man ). Dialah yang menyelamatkan tuanku tadi." Terang Wally.
" Ya, beta tahu tentang dia. Beta juga seorang peminatnya. Harapnya, dia dapat memegang sabuk kejuaraan Universal dengan lebih lama." Kata Raja T'Challa.
" Eh, mana pergi si Finnick ni?" Wally mula mecari-cari Finnick yang tiba-tiba sahaja menghilangkan diri dikawasan luar makmal.
" Lahir pada hari Isnin."
Wally terdengar suara seseorang dari belakangnya.
' Macam aku kenal suara ni. Jangan-jangan' Wally teringatlan sesuatu lalu dengan lantas dia berpusing kebelakang dan masa menjadi perlahan. Dia ternampak Solomon Grundy berdiri dibelakangnya sambil mengangkat Finnick yang sedang pengsan dan sedang menghayunkan penumpuk kearah Raja T'Challa. Wally dengan lantasnya menarik Raja T'Challa tetapi gagal apabila penumbuk Solomon Grundy terkena kearah mukanya. Wally jatuh pengsan akibat terkena tumbukan raksasa itu.
Sebelum pengsan, Wally ternampak seseorang berjalan kearahnya tetapi pandangannya tidak jelas.
" Bagus Grundy, kita sudah dapat tiga." Itulah yang didengari orang Wally sebelum pengsan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
" Waktu untuk bangun wahai pewira." Finnick terdengar suara seseorang berkata padanya lalu terjaga dari pengsannya. Dia berada di satu tempat yang kelihatan seperti bilik pembedahan yang pernah dilihat di S.T.A.R Lab suatu ketika dahulu. Finnick terbaring dalam keadaan tidak berbaju.
" Wall...Wally." Finnick cuba mencari rakannya itu.
" Oh, rakan kamu ok. Sekejap lagi kita akan berjumpa dengannya." Sekali lagi Finnick terdengar suara tersebut. Dia tidak dapat bergerak kerana diikat pada sebuah katil. Dia berasa sangat lemah dan tidak berdaya.
" Si... Siapa disana?" Finnick mula berasa cemas.
" Oh.... Siapa saya awak tak perlu risau. Saya mungkin syaitan. Saya mungkin Tuhan. Siapa tahu." Jawab suara tersebut.
Finnick memikirkan bahawa pemilik suara ini adalah seorang lelaki dan mungkin seorang lelaki pertengahan umur. Inilah salah satu kemahirannya sejak dari kecil lagi. Hasil dari ajaran emaknya yang sangat sukakan muzik dan juga seorang pakar dalam memburu. Jika diletakkan 10 orang penyanyi untuk menyanyi dihadapannya dan ditutupkan matanya, dia dapat mengenali dan meneka pemilik suara setiap penyanyi tersebut.
" Finnick Orion. Umur 23 tahun. Juara Universal. Anak kepada Amy Orion dan...... Oh, ini memang menarik." Kata lelaki tersebut didalam kegelapan bilik tersebut setelah membaca biodata Finnick yang berada dalam beg yang dibawanya. " Saya rasa awak kenal siapa saya." Katanya lagi.
Finnick berasa keliru dan memikirkan siapakah lelaki tersebut.
" Oh, Orion. Awak tak perlu fikir. Ini saya, Hugo. Hugo Strange." Kata Hugo lalu muncul dihadapan Finnick.
" Hugo Strange." Kata Finnick dengan marah.
" Oh, sudah agak lama kita tak berjumpa. Rasanya sudah lebih 10 tahun agaknya. Ya, saya masih ingat ketika itu awak masih lagi seorang budak mentah yang menangis ketika berjumpa doktor." Kata Hugo sambil menceritakan akan kisah lampau Finnick dimana dia telah menjalankan eksperimen disekolah Finnick yang telah menakutkan hampir kesemua pelajar disana termasuklah Finnick. Selepas itu, Hugo dimasukkan ke penjara kerana melakukan sesuatu yang tidak boleh dilihat oleh kanak-kanak bawah umur.
" Apa kau buat disini?" Soal Finnick.
" Awak jangan buat-buat tak tahu. Sayakan pakar dalam ubahsuai manusia. Awak lupa dengan apa yang terjadi pada Max? Budak yang selalu buli awak dulu." Kata Hugo mengenangkan kisah dimana dia pernah membuatkan Max menjadi cacat pada bahagian kepala. Hugo telah menukarkan tempurung kepalanya dengan tempurung kepala monyet dan kini Max telah dimasukkan kedalam hospital sakit jiwa akibat selalu diejek sebagai Man-Ape.
" Awak ada tubuh badan yang menarik. Apa kata kalau saya ubahnya menjadi....... Grundy bawa masuk orang Arab tu." Arah Hugo. Solomon Grundy masuk kebilik tersebut sambil membawa Abdullah Fazim yang sedang pengsan dibahunya lalu diletakkan diatas katil bersebelahan dengan Finnick.
" Woi, itu iPod aku!" Marah Finnick setelah melihat Solomon Grundy memakai iPodnya ( Sebenarnya iPod Pamela ).
Solomon Grundy hanya buat-buat tak dengar dan berjalan pergi dari situ sambil mengangkat jari tengah.
" Tak guna punya Zombi." Ejek Finnick.
Solomon Grundy berasa terhina dengan ejeken Finnick itu lalu cuba menyerang Finnick.
" Grundy, jangan. Kita perlukan dia hidup-hidup. Pergi sambung dengan lagu." Kata Hugo Strange sambil memegang gergaji tulang.
" Baiklah, waktu untuk mulakan pembedahan. Hahahahaha." Hugo Strange ketawa seperti orang gila lalu menghidupkan gergajinya dihadapan Abdullah Fazim.
" Abdullah! Bangun!" Finnick memanggil Abdullah dengan sekuat hati.
" Ah, TAK GUNA!"
Bersambung...........
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...