Tanggal 3 Januari bahagian 3

5 0 0
                                    

Sky Temple.

" Raiden, inilah budak yang awak ingin berjumpa." Fujin membawa Finnick berjumpa dengan Dewa Guruh, Raiden.

" Finnick Orion. Anak lelaki Amy Orion. Nama bapa awak tidak dapat saya menyebutnya. Saya ialah Raiden, Dewa Guruh dan juga penjaga Earthrealm." Raiden memperkenalkan dirinya.

" Oh, hei. Jadi, awak panggil saya disini hanya untuk menyerahkan kuasa awak? Saya tidak perlukannya." Finnick terus menolak apa yang ingin diberikan oleh Raiden setelah membaca fikirannya.

" Beberapa tahun yang lalu, seorang lelaki yang mengaku diri sebagai Dewa dari Olympus cuba untuk membunuh Tuan Raiden. Kami mendapati dia telah dikuasai oleh satu kuasa kegelapan. Kami terpaksa membunuhnya dan menyimpan kuasanya agar para Dewa Olympus boleh mengambilnya semula tetapi langsung tiada sesiapa yang datang menuntut mayatnya atau membela kematiannya. Jadi, kami bercadang untuk memberikan kepada awak kerana awak satu-satunya manusia yang dapat mengawal kesemua kuasa yang terdapat di alam ini." Terang Fujin. 

" Jadi, bagaimana Finnick? Boleh kami serahkannya kepada awak?" Soal Raiden.

" Saya rasa lelaki tersebut ialah Mercury atau Hermes. Awak pasti yang kuasanya selamat untuk saya guna?" Finnick mula berasa tidak sedap hati.

" Kami telah mengujinya beberapa kali dengan beberapa subjek dan langsung tiada yang dapat mengawalnya dengan baik. Kesemuanya bertukar gila dan ingin membunuh orang disekeliling mereka. Mereka mula berlari laju dan hampir tidak dapat dilihat. Itu kerana Tenaga Chi mereka adalah sangat rendah dan semangat dalaman mereka adalah tidak sekuat awak. Tenaga Chi dan semangat awak adalah paling kuat yang pernah kami jumpa. Lebih kuat dari Tuan Raiden dan juga mana-mana manusia dan dewa yang kami pernah jumpa." Terang Fujin lagi.

" Baiklah kalau begitu. Mari kita cuba. Berikan saya kuasa tersebut." Finnick menerimanya dengan hati yang terbuka.

    Raiden menyerahkan seketul batu berwarna hitam kepada Finnick. Batu tersebut diukir menjadi bentuk seekor naga.

" Kuasa tersebut berada didalam batu ini. Awak hanya perlu menyerapnya keluar menggunakan kuasa awak." Kata Raiden.

" Serapnya? Maaf, saya tiada kuasa tersebut." 

" Awak hanya perlu fokus dan fikirkannya. Pejamkan mata awak dan rasakannya." Kata Fujin.

    Finnick memejamkan matanya dan mula memikirkan bahawa dia sedang menyerap kuasa tersebut. Tangannya berasa sangat panas seperti dia sedang memegang seketul besi panas. Finnick tidak dapat menahan panas tersebut lalu mencampak batu tersebut dan membuka matanya. 

" Awak berjaya!" Puji Fujin.

" Saya berjaya?" Finnick tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh Fujin tersebut sehinggalah dia melihat kearah batu naga yang dipegangnya tadi. Batu tersebut telah berubah menjadi putih. 

" Lihat, warnanya telah bertukar putih. Itu bermaksud isinya kosong. Sekarang, saya mahu awak simpannya sehinggalah tiba waktu yang sesuai. Gunalah ia sebagai kuasa yang membela nasib mereka yang lemah dan janganlah jadikanya sebagai senjata yang membunuh orang yang tidak berdosa." Pesan Raiden.

" Baiklah, Tuan Raiden. Pesanan Tuan Raiden tersebut akan saya ingati sehingga bila-bila." Ucap Finnick lalu memeluk Raiden dari belakangnya. 

" Sudah, mari. Finnick sudah tiba masanya untuk awak pulang. Mari saya hantarkan awak ke portal." Ajak Fujin.

" Terima kasih, Tuan Raiden. Tolong sampaikan salam saya kepada Mahaguru Scorpion dan Sub-Zero. Oh, dan jangan lupa Karate Kid. Selamat tinggal." Ucap Finnick lalu masuk kedalam portal yang dibuka oleh Fujin untuk menghantarnya pulang ke tempat asalnya. 

Finnick OrionWhere stories live. Discover now