Tiga Serangkai b.3

1 0 0
                                    

Bandar New York, New York. 
Madison Square Garden.
G1 Supercard.

Bilik loker. 

     Craig Marduk memanaskan badannya sebelum beraksi di gelanggang. Dia dapat mendengar suara para peminat bersorak nama Hiroshi Tanahashi dan Tiger Mask tetapi tidak sikit pun dia dapat mendengar namanya disebut. Nampaknya dia dibenci oleh penyokong dari negaranya sendiri. 

     Tujuannya pada hari ini hanyalah satu iaitu untuk memenangi Kejuaraan IWGP Heavyweight dan membuktikan bahawa dia seorang ahli gusti yang masih dominan walaupun telah diharamkan untuk bergusti dalam AS. Banyak yang dia lalui demi mendapat kebenaran untuk bergusti semula di dalam AS. Terima kasih kepada Perdana Menteri Jepun pada ketika itu iaitu Shinzo Abe yang juga sahabat baik kepada pengurus NJPW iaitu Yuji Nagata kerana telah menulis surat rayuan kepada kerajaan AS supaya membenarkan Craig Marduk bergusti semula dalam negara. 

     Kini, tibalah masanya untuk Craig Marduk kembali mengganas semula dan cederakan dua lagi mangsanya di G1 Supercard. Craig Marduk berjalan kearah pintu masuk ke gelanggang dengan perasaan gah. Dia sudah bersedia bagi menghadapi segala cacian dari peminat. Biarlah dihina di negara sendiri, asalkan dia tetap akan berasa puas selepas mengalahkan kedua-dua mangsanya. 

Ting! Ting! Ting!

     " Sekarang tibalah masanya untuk acara utama kita malam ini." Ucap Justin Roberts selaku penyiar pada hari itu. " Perlawanan seterusnya adalah perlawanan Tiga Serangkai dan ianya adalah untuk merebut Kejuaraan IWGP Heavyweight." 

     ' I'll crush you!' lagu tema Craig Marduk dimainkan dengan kuat. Ketika itu, penonton mula mengebu dan menunjukkan sikap benci mereka terhadap Craig Marduk. 

     Craig Marduk melangkah keluar dari pintu masuk gelanggang dengan gagahnya. Tidak sedikit pun raut pada wajahnya yang menunjukkan yang dia takut akan cacian dan makian dari peminat. Salah seorang dari peminat membaling sampah kearah Craig dan terkena pada kepalanya. Namun, dia tetap bersahaja. Mereka boleh lakukan apa sahaja kepadanya kerana itu hanya membawa keuntungan kepadanya. Pembenci akan benci. 

     Craig Marduk tiba dihadapan gelanggang lalu melangkah naik ke apron gelanggang. Dia menggosokkan kedua-dua tapak kakinya untuk memberikan penghormatannya kepada gelanggang lalu melangkah masuk ke dalam gelanggang dan menunggu ketibaan kedua-dua mangsanya. 

     Makian peminat semakin lama semakin kuat dan semakin rancak sehinggalah lagu tema Tiger Mask dimainkan dan sorakan mula didengari. Tiger Mask berlari dari pintu masuk ke gelanggang dengan laju. Sesaat dia tiba di hadapan gelanggang dia melakukan gerakan cartwheel dan backflip lalu mendarat diatas tiang gelanggang dengan kedua-dua belah kakinya sambil berdiri tegak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Perkara itu membuatkan peminat lebih teruja untuk melihatnya beraksi. 

     ' It's tha ACE!' lagu tema Tiger Mask dipotong dengan lagu tema Hiroshi Tanahashi. 

     Sama seperti Tiger Mask, Hiroshi juga berlari kearah gelanggang dengan laju. Hiroshi memasuki ke gelanggang dengan menggelongsor. Dia cepat-cepat bangun lalu terus menyerang Craig Marduk dengan serangan penyudahnya iaitu Swing Blade. Craig Marduk terus terjatuh. Tiger Mask cuba untuk menyerang Hiroshi pula namun dia juga terkena serangan Swing Blade oleh Hiroshi. 

     Seorang pengadil bergegas berlari masuk ke gelanggang cuba untuk menghalang Hiroshi. Hiroshi tidak menghiraukan pengadil tersebut. Dia menunggu salah seorang dari lawannya untuk bangun. Nampaknya, Craig adalah orang pertama untuk bangun. Tanpa berlengah lagi, Hiroshi berlari kearahnya dan satu lagi gerakan Swing Blade berjaya dilakukan. 

     " Ring the bell!" arah Hiroshi kepada pengadil tersebut. 

     Tanpa berlengah lagi pengadil tersebut mengarahkan kepada penjaga masa untuk membunyikan loceng. 

Ting! 

     Hiroshi menindan Craig Marduk untuk membuat kiraan. Pengaadil tersebut membuat kiraan apabila melihat perbuatan Hiroshi tersebut. 

     " 1! 2..." 

     Belum sempat kiraanya sampai ke nombor 3 Craig Marduk terlebih dahulu menolak Hiroshi. Craig Marduk bergegas berguling keluar gelanggang untuk elak dari berhadapan dengan Hiroshi juga untuk menghilangkan rasa sakitnya. 

     Hiroshi berlari kearah tali untuk melakukan Suicide Dive keatas Craig tetapi gagal apabila Tiger Mask menghalangnya dengan gerakan Clothesline. Kini, giliran Hiroshi pula terbaring diatas permukaan gelanggang. 

     "* Aku adalah lawan kau." kata Tiger Mask lalu berlari kearah tali untuk membuat serangan Lionsault. Namun, serangannya gagal apabila Hiroshi mengelak dengan berguling kearah yang lebih jauh dari tempat mendaratnya. Tiger Mask memegang perutnya kerana sakit selepas tersembam kearah permukaan gelanggang. 

     Hiroshi menarik tangan Tiger Mask untuk membantunya bangun. Ketika Tiger Mask masih lagi tidak mampu berlawan akibat kesakitannya, Hiroshi meloncat keatas kepala Tiger Mask lalu melakukan gerakan Hurricana. Ketika Hiroshi cuba untuk membuat tindanan, Craig yang pada ketika itu telah masuk ke dalam gelanggang menggenggam kepala Hiroshi dan menariknya kearahnya. Craig Marduk mengangkat Hiroshi Tanahashi ke udara dengan hanya menggenggam kepalanya. Hiroshi meronta-ronta untuk melepaskan diri tetapi genggaman Craig Marduk jauh lebih kuat. 

     Dengan raut wajah yang menggerunkan, Craig menghentam Hiroshi ke gelanggang dengan kuat. Dengan satu hentaman sahaja mampu membuat Si Juara pitam. Pengadil membuat pengiraan tetapi Craig terlebih dahulu mengalihkan tangannya dari Hiroshi Tanahashi. 

     " Aku masih belum selesai." kata Craig Marduk sambil melihat kearah Tiger Mask yang berehat di tiang dengan pandangan yang tajam. 

     Craig Marduk tidak akan berasa puas selagi dia tidak dapat memusnahkan mangsa-mangsanya. 


Finnick OrionWhere stories live. Discover now