Finnick VS N'Iko

43 1 0
                                    


 " Mati, tak guna, mati." Sorak Finnick sambil memancung kepala zombi-zombi yang menyerang kem Pahlawan Rimba. 

" Finnick, belakang kau." Kata N'Iko kepada Finnick. Finnick dengan lantas menoleh kebelakang lalu membunuh zombi dibelakangnya.

" Terima kasih." 

" Sama-sama, saudara."

Keadaan menjadi huru-hara kerana bilangan zombi semakin bertambah dan bilangan askar semakin berkurang. Lebih mencemaskan lagi apabila munculnya seekor zombi yang besar dan ganas.

" Roarrr!" Zombi tersebut mengaum lalu berlari ingin menerkam para pahlawan.

" Elak!" 

BOOM! 

Zombi tersebut terlanggar dinding gua dengan kuat lalu pengsan.

" Bunuh dia!" Arah N'Iko kepada tenteranya. Semua askar kini hanya fokus pada zombi besar tersebut. 

" N'Iko, biar aku settlekan mereka. Arahkan orang-orang kau untuk berselindung." Arah Finnick.

N'Iko mengarahkan tenteranya untuk berselindung menggunakan perisai yang diperbuat daripada Vibranium. 

" Burn Baby Burn." Finnick menggunakan kuasa elemen apinya lalu membakar kesemua zombi di situ. Api yang dikeluarkan amatlah panas sehingga membuatkuan logam Vibranium yang digunakan oleh para pahlawan hampir melebur. 

" Mampus kau, makhluk durjana. HAHAHAHA!" Finnick membakar kesemua zombi itu sehingga kesemuanya hanya tinggal tulang sahaja. Manakala, zombi yang besar tadi telah dibunuh oleh N'Iko dan para pahlawannya.

" Syabas, saudara." Kata N'Iko.

 Finnick selesai memadam api disitu menggunakan kuasa elemen airnya.

Tiba-tiba, seekor zombi yang masih lagi dikatakan nyawa-nyawa ikan sempat menerkam lalu menggigit N'Iko pada bahagian lehernya.

" N'Iko! Tidak!" Jerit Finnick.

" Bunuh aku, saudara." Arah N'Iko.

" Jangan risau, aku boleh ubati kau." Kata Finnick.

" Tidak! Bunuh saja aku! Aku mahu kau pegang jawatan aku!" Suara N'Iko telah berubah. Begitu juga dengan rupanya yang kini kelihatan sangat mengerikan. Giginya mula kelihatan lebih tajam dari sebelum ini. 

" Bunuh dia, Finnick." Arah seorang tentera kepada Finnick.

" Tidak, aku ada kuasa untuk kembalikan orang yang dah mati." Kata Finnick.

" Biar sahaja rohnya pergi dengan aman. Lebih baik mati dengan cara terhormat dari hidup dengan cara yang...." 

 Tentera tersebut telah mati akibat dibaham oleh N'Iko pada bahagian kepala sebelum sempat menghabiskan kata-katanya. 

" Oh, sial. Semua orang lindungi yang lemah dan kanak-kanak. Biar aku tamatkan riwayat N'Iko." Semua orang melakukan seperti yang diarahkan. 

Finnick memegang parangnya dengan kuat lalu dia mengalirkan kuasa elemen api padanya. Parang tersebut mula bercahaya dan berubah rupa dari parang biasa kini menjadi parang yang lebih panjang dan berwarna merah. Parang tersebut mengeluarkan aura api yang panas.

" Mari sini kau." Kata Finnick.

" Roarrr!" N'Iko mengaum lalu berlari kearah Finnick dengan sangat laju.

Finnick melompat dengan sangat tinggi dan cuba memotong kepala N'Iko tetapi gagal apabila N'Iko mengelak dengan pantas.

" Rasakan ni." Finnick membaling parangnya yang sedang terbakar tepat kearah dada N'Iko. N'Iko hanya menjerit kesakitan tetapi masih lagi belum mati.

' Sial, kenapa aku lupa kelemahan mereka pada kepala' Finnick merungut pada diri sendiri.

Finnick menarik semula parangnya dengan menggunakan kuasa telekinetik. Kini, Finnick menggunakan kuasa elemen ais untuk menjadikan parang tersebut lebih tajam dan keras.

" Ini kali kau pasti mati." Kata Finnick pada N'Iko.

N'Iko melepaskan tumbukan yang sangat kuat dan mampu membuatkan Finnick terpelanting jauh dan terkena pada dinding gua.

" Aw...." 

N'Iko sekali lagi cuba untuk melepaskan tumbukan tetapi gagal setelah Finnick mengelak lalu membekukannya.

' Ini peluang aku.' Finnick menikam kepala N'Iko lalu memancungnya.

" Kita berjaya!" Sorak Finnick dengan gembira.

Keadaan menjadi senyap dan tiada siapa yang bersorak.

" Kenapa kamu semua senyap sahaja? Ada sesuatu dibelakang saya ke?" Soal Finnick lalu menoleh kebelakang dan mendapati N'Iko mengutip kepalanya di lantai lalu sambungkannya semula pada badannya.

" Oh, celaka." Finnick ditumbuk sekali lagi dan kali ini lebih kuat dari sebelumnya. Kepala Finnick hancur berkecai dan hanya meninggalkan jasadnya sahaja.

N'Iko mengaum lalu berlari ke arah tentera yang melindungi orang awam.  

ShhhBOOM! 

Kepala N'Iko meletup dan hancur berderai. Badannya jatuh merebah ketanah dan kelihatan Finnick berdiri dibelakangnya. Kepala Finnick mula bercantum semula sedikit demi sedikit. Finnick telah meletupkan kepala N'Iko dengan mengalirkan haba yang banyak dari jauh.

" Burn Baby Burn." Kata Finnick sebelum jatuh pengsan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'My love is on fire....' Itulah yang didengari oleh Finnick setelah dia terjaga dari pengsanya. Seorang kanak-kanak meletakkan iPodnya pada telinganya ketika dia pengsan.

Finnick cuba bangun dengan perlahan tetapi dihalang oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut mengarahkan Finnick untuk berehat.

" Berapa lama saya pengsan?" Soal Finnick.

" 3 jam 30 minit dan 30 saat." Jawab lelaki tersebut.

" Tidakah lama sangat." Kata Finnick lalu bangun dan tidak mengendahkan kata-kata lelaki tersebut.

" Bla bla bla...... Apa saja awak cakap jangan ingat saya faham." Kata Finnick pada diri sendiri apabila mendengar lelaki tersebut bercakap dalam bahasa Wakanda.

" Hei, mana semua orang?" Tanya Finnick pada salah seorang pahlawan yang berada disitu. Lelaki tersebut memegang sebatang tombak yang diperbuat dari Vibranium.

" Alhamdullillah, awak sudah sedar. Semua orang diarahkan untuk berpindah ketempat yang baru. Hanya tinggal awak, saya, M'Katu iaitu lelalki yang merawatkan awak tadi dan O'Gayo iaitu kanak-kanak perempuan yang berada disisi M'Katu." Terang lelaki tersebut.

" Kamu nampak berbeza dari mereka. Dari segi luaran, kulit kamu lebih cerah dan aksen kamu tidak macam mereka. Dan perkataan yang kamu sebut tadi apa maksudnya?" Soal Finnick.

" Oh, Alhamdullillah bermaksud segala puji bagi Allah. Ya, saya memang berbeza dari mereka kerana saya bukan dari sini. Nama saya Abdullah Fazim Bin Syeikh Umar Tarmizi. Saya berasal dari tanah Arab. Saya disini kerana saya bekerja di makmal sains Uatu Onriaow. Hanya saya seorang sahaja yang selamat keluar dari sana. Yang lain pula Wallahua alam hanya Tuhan sahaja yang mengetahui." Terang Abdullah Fazim.

" Oooo..... Jadi awak tahu dimana jalan hendak kesana?" Soal Finnick lagi.

" Ya, kalau awak mahu, saya boleh tunjukkan." Kata Abdullah Fazim.

" Kita akan mula perjalanan kita dalam masa 30 minit dan saya perlukan senjata." Kata Finnick.

Bersambung.........

Finnick OrionWhere stories live. Discover now