Bangkok, Thailand. 5:50 pagi.
" Annyeong, BLINKeu." Ucap Jisoo dan Lisa. Mereka berada dihadapan pintu sebuah bilik hotel.
"* BLINKue, kami berada dihadapan bilik Finnick-oppa. Kami akan kejutnya. Shh..." Kata Jisoo lalu membuka pintu bilik Finnick.
" Eonni, betul kata awak dia masih belum bangun. Selalunya waktu begini dia sudah pergi berjoging." Bisik Lisa.
Mereka mendekati Finnick yang masih tidur diatas katil. Mereka bergerak perlahan-lahan agar Finnick tidak perasan kehadiran mereka.
" Hana dul set. Oppa!" Jerit kedua-dua mereka serentak.
Finnick terjaga tetapi langsung tidak menunjukkan tanda-tanda dia terkejut.
"* Apa awak nak? Sudah pukul berapa?" Soal Finnick dalam keadaan separa sedar.
"* Oppa, bangun cepat sudah lewat. Kita perlu bersiap cepat." Kata Jisoo.
Finnick melihat jamnya. "* Yo, baru pukul 6 pagi. Masih awal. Balik kebilik awak. Saya mahu tidur." Finnick menarik selimutnya lalu menutup seluruh badannya. Tetapi ianya tidak dapat menghalang mereka berdua untuk terus mengganggunya.
Jisoo baring disebelah Finnick lalu masuk kedalam selimut. Lisa teruskan merakam dengan kameranya.
"* Jisoo, apa awak buat?" Soal Finnick separa sedar.
"* Oppa, saya mahu tidur bersama awak." Kata-kata itu membuatkan Finnick terus meloncat turun dari katilnya. Jika dibiarkan pasti dia akan menghadapi banyak masalah. Lisa hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua.
Finnick menghidupkan lampu sambil menggosok matanya.
"* Itu adalah tidur saya yang paling lena sejak berada bersama awak semua. Dan awak telah merosakkannya Jisoo." Kata Finnick lalu mencapai tualanya dan terus masuk ke dalam bilik mandi.
Finnick hanya mandi tanpa menghiraukan tetamu tak diundangnya. Dia hanya memikirkan tentang tidurnya yang diganggu dan juga misinya yang perlu diselesaikannya.
Tiba-tiba sahaja biliknya menjadi sunyi yang dimana sebelum ini dipenuhi dengan bunyi gelak tawa Jisoo dan Lisa.
Finnick berasa pelik lalu melihat keluar bilik mandi dan mendapati mereka berdua tidur diatas katilnya.
' Oh Tuhan...' Bisik hati Finnick.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kuala Lumpur, Malaysia.
" Freeze!" Arah seorang pegawai polis kepada Bane.
" Speed?"
" Hancurkan mereka. Awak juga Grundy." Arah Speed Demon. Dia memasuki bangunan Menara Kuala Lumpur dan berlari pergi ke tingkat bawah tanah.
Di situ dia mendapati terdapat sebuah kurungan yang terletak beberapa tingkat di bawah tanah. Dia teruskan berlari kearah kurungan tersebut. Sehinggalah dia tiba di sebuah bilik kurungan yang pintunya diperbuat daripada besi. Langsung tiada pengawal yang perasan akan kehadirannya.
Speed Demon terus masuk kedalam kurungan tersebut. Didalamnya sangat gelap dan berbau busuk.
" Siapa disana?" Speed Demon mendengar suara seorang lelaki disebalik kegelapan bilik tersebut.
" Saya Speed Demon dan saya akan keluarkan awak dari sini." Kata Speed Demon.
" Buat apa aku perlu keluar dari sini? Apa yang dunia ini perlukan dari aku?" Soal lelaki tersebut.
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...