Tiada Lagi Rahsia b.3

2 0 0
                                    

     " Ayahanda, tidak lama lagi adalah hari ulang tahun anakanda di Bumi." kata Blackheart. 

     " Ini tahun ke berapa? Sudah lama Ayahanda tidak berada di Bumi." soal Mephisto.

     " Tahun yang ke-78392012. Sudah banyak yang anakanda alami dan telah berjuta roh manusia yang anakanda berjaya makan." jawab Blackheart. 

     " Baguslah, harapnya bukan tahun ini yang dikhabarkan oleh Maiden Astrea berkenaan kematian anakanda." ujar Mephisto dengan perasaan risau. 

     " Maksud ayahanda?" soal Blackheart.

     " Suatu hari anakanda akan berjumpa manusia yang akan menamatkan riwayat anakanda. Namun, itu semua hanyalah datang dari seorang syaitan yang tugasnya menilik bukan seorang syaitan yang dapat melihat masa depan. Jadi, anakanda tidak perlulah risau." ujar Mephisto supaya Blackheart tidak berasa gentar. " Harapnya anakanda berjaya untuk menawan Bumi suatu hari nanti." Mephisto menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan puteranya.

     Blackheart menyambut tangan ayahandanya tetapi dia merasakan seperti ada kekosongan pada bahagian tengah tangan ayahandanya. Apabila dilihat balik, jari tengah ayahanda tiada. 

     " Suatu hari."

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

     "* Matilah kau, binatang!" Finnick menumbuk-numbuk muka Blackheart sambil bercakap dalam bahasa yang digunakan oleh kaum Blackheart. Muka Blackheart berdarah dengan teruk sehingga tidak kelihatan kedua biji matanya. 

BANG!
BANG!

     Dua das tembakan dilepaskan kearah Finnick. Tembakan itu datang dari selaras senapang patah. Finnick terhenti seketika untuk melihat gerangan yang menembaknya. Nampaknya dua orang pembantu Blackheart adalah orang yang menembaknya. 

BANG!

     Satu lagi tembakan dilepaskan kearah wajah Finnick. Wajah Finnick berkecai. Badannya ditolak oleh Blackheart ke tepi. 

     " Tuanku ok?" soal salah seorang dari mereka. 

     " Aku ok. Terima kasih." ucap Blackheart.

     " Hidup Lucifer." ucap mereka berdua serentak. 

     " Hidup Lucifer." Balas Blackheart. Blackheart melihat kearah salah seorang pembantunya. " Kenapa kau mainkan video itu, Gary?" soalnya.

     Gary, pengurus belakang tabir mula kelihatan cuak. Bibirnyha terkebil-kebil untuk menjawab soalan tersebut. " Sa.. itu bukan saya." jawabnya dalam ketakutan. Dia sangat takut akan amukan tuannya. 

     " HABIS ITU SIAPA!" Blackheart mencekak kolar baju Gary dengan kuat. 

     " Aku yang mainkannya." jawab Finnick yang baru bangun selepas wajah barunya bercantum semula. " Aku hanya perlu fikirkan dan ianya terjadi. Contohnya seperti, Gary akan meletup dalam 5 saat." 

     " Apa?" soal Blackheart.

BOOM!

     Gary yang masih berada dalam genggaman Blackheart meletup berkecai dan darahnya terpercik ke merata tempat. Kedua-dua tangan Blackheart turut berkecai dek letupan. " Tembak dia, Jim!" arah Blackheart sambil menjerit kesakitan.

     Jim yang memegang senapang patah tersebut mengacukan senapangnya kearah Finnick. Sedang dia menarik picu senapang tersebut, Finnick terlebih dahulu memasukkan jari telunjuknya ke dalam lubang senapang. Jim melepaskan tembakan tetapi peluru itu tidak mengenai Finnick. Sebaliknya, membuatkan senapang tersebut meletup dan percikan api yang terhasil dari logam plum yang panas membakar kulit muka Jim. Muka Jim hancur lebur. 

     " Itulah sebabnya saya tidak suka keraskan badan saya sehingga menjadi kalis peluru kerana peluru tersebut akan terpantul semula dan mengenai orang sekeliling. Lebih baik jika badan saya hancur kerana menyelamatkan banyak nyawa daripada banyak nyawa yang hancur kerana badan saya." terang Finnick sambil mencabut jarinya keluar dari lubang senapang yang hancur. 

     " Oh, kaulah manusia yang paling mulia pernah aku jumpa. Tetapi sayang, akan tiada lagi orang yang semulia kau selepas kau mati." puji Blackheart. Kedua-dua tangannya perlahan-lahan tumbuh semula dan menghasilkan sepasang tangan baru.

     " Kau silap. Aku tidaklah semulia yang kau sangka. Aku juga banyak melakukan kesilapan. Aku seorang Agnostic ( tiada agama tetapi percaya akan kewujudan Tuhan ) tetapi aku percaya bahawa Lucifer bukanlah Tuhan atau Dewa yang perlu disembah. Dia hanyalah Malaikat yang angkuh dan sombong!" ujar Finnick. Di tangan kanannya telah terhasil sebilah pedang Claymore. 

     " Berani kau menghina Lucifer!" Blackheart tidak dapat menahan amarahnya lalu menembak sebiji bebola api kearah Finnick. Finnick menghalang bola api tersebut dari mengenaninya dengan menggunakan pedangnya. Pedang tersebut menyerap haba api tersebut masuk kedalam logamnya. " Aku boleh hancurkan seluruh Bumi jika aku mahu tetapi Bumi inilah tempat aku berkuasa!" kata Blackheart lagi lalu menerkam Finnick. Dia berjaya menjatuhkan Finnick. Dengan kukunya yang tajam, dia mencakar-cakar wajah Finnick sehingga hilang rupa. 

     Finnick menikam Blackheart di bahagian pelvisnya tetapi ianya tidak memberikan apa-apa kesan terhadapnya. " Aku diperbuat daripada api. Bukankah kau seorang yang sangat genius?" senda Blackheart lalu mencabut pedang tersebut lalu menikam Finnick di dada. Blackheart bangun lalu memijak pedang tersebut justeru menanam pedang tersebut lebih dalam.  

     " Aku akan hantar kau ke Mephisto." kata Blackheart lalu menggunakan kuasa magisnya. Beberapa pasang tangan muncul dari tanah dan satu lopak darah turut muncul. Tangan-tangan tersebut menarik Finnick ke bawah dengan perlahan. " Bukankah apa yang kau fikirkan akan terjadi? Kenapa kau tidak cuba untuk selamatkan diri?" senda Blackheart lagi. 

     " Lebih baik jika begini. Aku akan kembali ke sini bersama kepala Mephisto." kata Finnick untuk membuatkan Blackheart menjadi semakin marah dan rasa tercabar.

BANG!

     Blackheart dipukul di belakang kepala dengan sesuatu yang keras. Kuasa magisnya terhenti. Blackheart menoleh kepalanya ke belakang dan kelihatan Jisoo memegang sebatang tripod yang telah dilipat. Blackheart seperti tidak percaya kerana dirinya baru sahaja dipukul oleh seorang manusia biasa.

     Seperti Blackheart, Finnick turut terkejut melihat Jisoo. 

     ' Apa kau buat di sini?' soal Finnick dalam hati.

     


Finnick OrionWhere stories live. Discover now