YG Family & Bebasnya Seekor Raksasa

19 0 0
                                    

Bangunan YG, Seoul.

" Wow, cantik betul bangunan ni." Finnick berasa kagum dengan bangunan yang berada dihadapannya.

"* Finnick, mari masuk. Saya mahu tunjukkan awak seluruh bangunan ni." Finnick tidak sedar Encik Yang sudah lama menunggunya dimuka pintu bangunan tersebut. Finnick berjalan kearah Encik Yang sambil melihat sekeliling.

Mereka memasuki lif. 

"* Saya mahu tunjukkan awak studio awak semua. Ini kuncinya. Simpannya dengan baik." Encik Yang menyerahkan kunci studio Blackpink kepada Finnick.

"* Umm.... Saya nak tanya. Kenapa awak pilih saya? Kenapa dengan mereka?" Soal Finnick.

"* Saya ingatkan awak suka membaca fikiran orang disekeliling awak." Jawab Encik Yang.

"* Saya lebih suka jika orang itu jujur dengan saya." Kata Finnick.

"* Sebenarnya, anngap sajalah saya membalas budi awak semasa di Isla de La Muerte." Encik Yang menjawab soalan Finnick lalu memberikan senyumannya.

Ting!

"* Kita sudah sampai ke tingkat 5. Mari, saya mahu tunjukkan studio..... Fin?" Encik Yang perasan bahawa Finnick tidak berjalan dibelakangnya setelah mereka keluar dari lif. " Fin?" 

Encik Yang menoleh kebelakang dan dapati pintu sebuah bilik dibuka dan kedengaran seperti beberapa orang remaja bersorak. Encik Yang berjalan kearah bilik tersebut dan mendapati Finnick berada didalam. Beberapa orang pelatih lelaki berkumpul mengelilingi Finnick. 

"* Hei, Hyun Suk. Terasa seperti dulu-dulu." Kata Finnick.

Encik Yang hanya tersenyum melihat kerenah Finnick seperti memasuki sebuah tadika. Ada pelatih mengambil gambar bersamanya dan ada juga yang cuba meminta autograf.

Inilah kali pertama Finnick dikelilingi para peminatnya setelah lama dia menghilangkan diri.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Arkham Asylum, Gotham City.

" Berhenti! Angkat tangan!" Jerit seorang pengawal kepada seorang lelaki yang berpakaian hitam dan merah. Dia berdiri dihadapan sebuah sel.

" Baik." Jawab lelaki tersebut lalu mengangkat kedua-dua tangannya.

" Pusing kebelakang jadi kami boleh lihat muka awak!" Arah pengawal tersebut. Kesemua pengawal yang berada disitu menghalakan pistol mereka kearah lelaki tersebut.

Lelaki tersebut berpusing dengan perlahan. 

" Flash? Hukk!" 

" Aku Speed Demon!" Speed Demon membunuh kesemua pengawal disitu dengan kejam. Meninggalkan pengawal yang memberikan arahan kepadanya terakhir. Speed Demon mencekik leher pengawal tersebut lalu menunjukkannya kearah rakan-rakannya yang telah mati. Ada yang hancur kepalanya, ada yang terburai perutnya dan ada juga sudah tidak kelihatan seperti mayat manusia. 

" Sekarang, pilih. Awak mahu jadi seperti mereka atau awak tolong saya buka pintu sel ini dan saya akan biarkan awak hidup...... Wally? Wow, kita berkongsi nama yang sama. Cuma sekarang Wally West sudah tiada jadi awak seorang sahaja yang bernama Wally disini." Kata Speed Demon lalu membaling Wally ke arah pintu sel tersebut.

" Saya beri awak 10 saat atau awak jadi seperti mereka. 9... 8... 7... 6... 5... 4.... 3.... 2..." Speed Demon meluru kearah Wally.

Klik! 

Pintu sel dibuka. Wally berasa sangat takut jika dia tidak sempat membukanya. Dia bernasib baik kerana mengingati kata laluan pintu tersebut.

" Siapa disana?" Kedengaran suara seorang lelaki dari dalam sel yang gelap itu. 

Finnick OrionWhere stories live. Discover now