Sinestro's Height, Arizona.
Mata Hal Jordan menjadi silau selepas terlihat satu pancaran cahaya yang sangat terang. Dalam kesilauan matanya seketul kepala lutut hinggap ke dahinya. Hal yang berada di dalam posisi duduk tadi terbaring semula keatas lantai gelanggang. Tidak cukup dengan itu, perut Hal dipijak dengan sangat kuat. Impaknya sangat kuat kerana pelakunya meloncat dari atas tiang gelanggang lalu menjunam dengan kakinya.
Hal mengesotkan badannya kearah tiang gelanggang sambil sebelah tangannya memegang perutnya. Dahinya berdarah dek serangan lutut yang kuat.
" Jangan bangun atau kau juga akan mati." kata penyerang tersebut. Suaranya kedengaran garau dan kasar bermaksud dia seorang lelaki.
Hal yang masih belum mengetahui identiti penyerang tersebut membuka kedua belah matanya dengan luas. Pandangannya masih kabur tetapi dia mendapati lelaki tersebut seorang yang sangat tinggi. Hal cuba untuk meneka siapakah lelaki tersebut. Ketika dia masih berfikir, lelaki tersebut mendekati Hal lalu mencengkam mukanya dengan sebelah tangan. Dia mencampak Hal kearah Finnick. Lelaki tersebut menarik rambut Hal dan menghalakan wajah Hal kearah Finnick.
" Lelaki ini, lelaki ini adalah harapan dunia. Hanya dia sahaja yang mampu menghentikan semua kegilaan ini. Sekarang kau pula cuba untuk bunuh dia." kata lelaki tersebut lalu mengangkat Hal keatas sebelah bahunya lalu melakukan gerakan Powerslam. Hal kemudiannya di belasah oleh lelaki tersebut.
Finnick yang masih lagi belum menghembuskan nafas terakhirnya berusaha untuk bercakap. Dia sudah tiada tenaga lagi. Hanya biji matanya sahaja yang boleh bergerak. Finnick hanya sekadar dapat mengerang dengan kuat.
Lelaki tersebut dapat dengar suara Finnick dan berhenti dari memukul Hal. Dia mendekati Finnick lalu meletakkan telinganya dekat dengan Finnick agar dia dapat dengar apa yang cuba disampaikan oleh Finnick.
" Su.... dah." kata Finnick lalu menghempuskan nafasnya yang terakhir. Lelaki tersebut menangis teresak-esak lalu melepaskan kemarahannya kepada Hal Jordan yang juga tidak dapat bergerak selepas teruk dibelasah.
" Muhammad, cukup!" jerit Wally dari atas. " Kita sudah kalah." kata Wally.
Muhammad X yang berada di gelanggang itu melihat kearah Wally. Dia masih lagi tidak dapat menerima hakikat bahawa segala perjuang mereka ini berakhir dengan kekalahan. " Muhammad X, kita mungkin kalah dari menerima kebebasan ini tetapi kita telah menang dalam perjuangan ini. Sudah, cukup. Lepaskan dia. Dia dah tak boleh buat apa-apa." tambah Wally lagi.
Muhammad X melepaskan Hal Jordan lalu berjalan kearah Finnick. Mayat Finnick diangkatnya dalam pangkuannya. " ALLAHUAKHBAR!!!" laung Muhammad X dengan kuat. Suaranya cukup kuat untuk membuatkan seluruh bangunan penjara mendengarinya. Kesemua banduan menangis dengan pemergian Finnick.
Walaupun pada mulanya mereka membenci akan Finnick tetapi dia tetap seorang ketua yang berjuang bersama mereka hingga keakhir hayatnya. Tepat 24 jam Finnick berada di sini dan dia telah mati bukan dibunuh oleh banduan yang pernah dia tangkap tetapi dibunuh oleh penguasa yang zalim.
" Serahkan dia kepada kami. Kami akan berikan penghormatan terakhir kepadanya walaupun ia akan melanggar undang-undang Regime." pinta Xena kepada Wally. Wally sekadar mengangguk tanda setuju.
Mayat Finnick dibawa pergi oleh beberapa orang pengawal penjara termasuklah ahli Sinestro's Corps. Seluruh dunia digemparkan dengan berita kematian Finnick Orion tersebut. Berita tersebut turut sampai ke pihak SHIELD dan negara Wakanda. Encik Yang dari YG Entertainment turut bersedih akan pemergian Finnick. Malah, Craig Marduk yang pernah bermusuh dengan Finnick turut terasa akan pemergian bekas majikan dan pelajarnya tersebut.
Ketika berita kematian Finnick sampai ke Superman, Superman sendiri tidak percaya bahawa Finnick Orion telah mati. Apabila mayat Finnick berada dihadapannya barulah dia percaya. Superman sendiri yang mengumumkan bahawa satu dunia akan adakan hari berkabung untuk Finnick.
Sehari kemudian.
" Nanti, bagaimana dengan gelang kaki ini? Bukankah kita perlu buka dahulu?" soal seorang doktor yang ditugaskan untuk membersihkan dan menyiapkan mayat Finnick sebelum diletakkan ke dalam keranda. " Nanti, saya perlu dapatkan kebenaran daripada Ketua Hakim Dredd dahulu. Tambahan, dia sahaja yang ada kunci untuk gelang kaki si Mati ni." jawab Doktor Karl Malus, seorang doktor pakar bedah yang termasyhur di Amerika.
Doktor Karl Malus tinggalkan pekerjanya sebentar untuk mendapatkan kebenaran dari Ketua Hakim Dredd.
" Sungguh malang, mati didalam penjara sebab dibunuh oleh Yellow Lantern." kata doktor perempuan tersebut. Dia melihat kearah gelang kaki pada kaki kiri Finnick. " Mereka kata ini diperbuat dari teknologi masa depan. Siapa yang percaya dengan perkara mengarut tersebut? Sudah tentu tiada." doktor tersebut bercakap seorang.
Tidak lama kemudian, Doktor Malus kembali. " Maafkan saya, nampaknya kita perlu simpan semula mayat ini di dalam bilik mayat di Sinestro's Corps, Arizona. Perubahan rancangan." kata Doktor Malus.
" Apa? Kenapa pula?" soal doktor perempuan tersebut.
" Arahan Superman. Sudah, jangan banyak tanya. Mari selasaikan ini cepat." arah Doktor Malus.
Maka, mayat Finnick dibawa pulang semula ke Sinestro's Corps. Hari pengebumian Finnick terpaksa ditangguhkan kerana Superman ingin memastikan Finnick benar-benar mati. Superman masih lagi tidak percaya yang Finnick sudah mati.
Adakah Finnick benar-benar mati?
YOU ARE READING
Finnick Orion
Action" Dia terlalu sempurna. Maksud saya, Dia adalah 100 peratus sempurna." - PLI. " Naga? Syaitan? Dewa? Aku rasa itu hanya kerja mudah bagi Finn."- JM " Aku tidak rasa dia adalah manusia normal. Mungkin dia makhluk asing seperti Superman. Atau mungkin...