Adhiya meletakkan dulang yang ada jag di depan Amran. Adhiya duduk di hadapan Amran.
"Maaflah Amran, kau kena duduk dekat gazebo ni" kata Adhiya sambil menuangkan air ke dalam gelas lalu dihulur pada Amran.
"Eh! Tak apalah, takkanlah aku nak duduk berdua dalam rumah dengan kau? Nanti tak pasal-pasal lain pulak jadinya " balas Amran sopan.
"Ikutkan suami aku dah balik waktu ni tapi tak sampai lagi. Ada meeting lah tu" balas Adhiya.
"Tak apalah, kalau suami kau ada meeting nanti cukup waktu aku balik dululah" jawab Amran.
"Kau nak balik? "
"Iyelah, aku datang KL pun sebab ada kerja sikit. Kebetulan aku datanglah rumah kau, lepas tu aku baliklah kampung" jelas Amran.
"Kau datang sini naik apa? Tadi kau datang pun naik teksi. Kenapa tak naik kereta sendiri? "
"Tak apalah.. Nanti kalau aku dah nak balik aku call teksi" jawab Amran.
Waktu itu kereta Nik Rafael masuk ke pekarangan rumah. Adhiya sudah tersenyum .
Nik Rafael keluar dari kereta, dia perasan Adhiya sedang berbual dengan Amran. Dengan hati yang panas membara, Nik Rafael berjalan hendak masuk ke dalam rumah.
Adhiya terus menghampiri suaminya.
"Abang.. " Nik Rafael menghentikan langkah, masam wajahnya memandang Adhiya.
"Abang.. Tak nak jumpa Amran ke? Kesian dia lama dia tunggu abang. Dia datang sini kebetulan dia.. " belum sempat Adhiya menghabiskan ayat, Nik Rafael memotong.
"Lantak dialah, siapa suruh dia datang? Dah tahu yang abang balik lewat, nak tunggu buat apa? " balas Nik Rafael sinis.
Berubah muka Amran mendengarnya.
"Abang.. Kenapa ni? Tiba-tiba aje nak marah, tak boleh ke cakap baik-baik dia kan tetamu kita. Layanlah elok-elok " Adhiya menegur suaminya.
Mencerlung mata Nik Rafael memandang Adhiya.
"Nak layan elok-elok? Ingat dia tu apa? Dato? Tan Sri ke sampai nak kena layan dia elok-elok? Tanya dia tu dulu, elok sangat ke datang rumah orang jumpa isteri orang sesuka hati? Kau Dhiya! " lurus telunjuk Nik Rafael menghala ke muka Adhiya.
"Kau ingat tindakan kau tu Bagus sangat ke? Benarkan lelaki masuk rumah sewaktu ketiadaan suami? Bagus ke? " tempelaknya.
Amran menghampiri mereka.
"Rafa.. Aku mintak maaf kalau kehadiran aku ni buatkan kau marah. Lepas ni aku janji aku takkan datang lagi" kata Amran serba salah.
"Hah! Bagus, berambus! Kau memang betul-betul jantan tak guna! Aku dah lama perati perangai kau ni. Kau ada niat nak rampas Dhiya dari aku kan? " jerkahnya.
"Abang! " Adhiya separuh menjerit.
"Kau diam Dhiya! Kau pun sama! Kau ingat aku tak perasan macam mana kau layan dia ni? Sampaikan suami sendiri pun kau tak peduli? Huh! Jangan-jangan korang dah buat perkara bukan-bukan waktu aku tak ada! " tuduhnya tanpa mempedulikan perasaan Adhiya.
Terkejut Amran mendengarnya, Adhiya juga terkejut melihat perangai suaminya.
"Astaghfirullahalazim abang! Apa yang abang cakap ni? Cuba istighfar, jangan ikutkan sangat marah tu! Kami masih jaga maruah kami jangan nak tuduh sesuka hati aje abang! " balas Adhiya.
Makin mendidih hati Nik Rafael apabila Adhiya berani melawannya.
"Kurang ajar kau! " Nik Rafael ingin menampar Adhiya tetapi Amran segera menahannya dengan memegang tangan Nik Rafael.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...