Nik Rafael selamat sampai di Pulau Langkawi, dia hanya menyewa di hotel. Nik Rafael sampai Agak lewat kerana dia ada singgah di kampung Adhiya sewaktu hendak bertolak ke Langkawi.
Nik Rafael terus merebahkan badan di atas katil. Waktu itu, telefonnya berbunyi. Nik Rafael terus mengambil dari dalam poket seluar.
"Helo, assalamu'alaikum mama" Nik Rafael menjawab panggilan daripada Datin Aleesa.
"Waalaikumsalam. Rafa dah sampai ke kat Langkawi? " soal Datin Aleesa.
"Dah.. Rafa baru aje sampai" ujar Nik Rafael.
"Baru sampai? Setahu mama, Rafa bertolak tadi awal pagi lagi. Kenapa petang baru sampai? " Datin Aleesa mengerutkan dahi.
"Tadi Rafa singgah rumah atuk dengan nenek Dhiya ma. Alang-alang dah dekat, Rafa singgah sekejap" balas Nik Rafael.
"Yelah.. Ni duduk sana tu baik-baik, jangan tak makan pulak. Urus diri tu baik-baik, jangan nak serabai pulak" pesan Datin Aleesa.
Nik Rafael sudah tergelak.
"Apalah mama ni. Rafa dah serabai lagilah, Rafa dah ok, " ujarnya ceria
"Hmm.. Tak apalah, mama nak pergi tengok Farah sekejap" beritahu Datin Aleesa.
"Farah? " Nik Rafael mengerutkan dahi.
"Iyelah Farah, Rafa lupa ye? Kan Melinda tinggal dengan mama. " kata Datin Aleesa.
"Tinggal dengan mama? "
"Iyelah.. Dah seminggu dah, mama yang suruh dia tinggal sini. Kesian dia tinggal dengan anak dia dekat rumah sewa diorang tu. Lagipun itu kan anak Zemi.. Tak salahkan mama jaga" suara Datin Aleesa berubah sendu.
"Ma.. Tak apalah, Rafa pun tak kisah dia tinggal rumah kita. Lagipun dia kan kena buang dengan keluarga. Hmm.. Tak apalah mama Rafa nak rehat kejap. Nanti Rafa call lain. Assalamualaikum" ujar Nik Rafael lalu mematikan talian setelah Datin Aleesa membalas salamnya.
Nik Rafael memejamkan mata, merehatkan badan.
.....................-...................................
Adhiya menyiapkan diri, tudungnya dibetulkan sedikit. Setelah puas dengan penampilannya, Adhiya mencapai tas tangan miliknya lalu berlalu keluar dari salah satu bilik chalet yang disewanya.
Selama dia berada di sini, hatinya sedikit tenang. Sebenarnya, Adhiya tidaklah lama sangat datang Langkawi. Baru beberapa hari sahaja, sebelum ini dia tinggal di kampung untuk menenangkan diri.
Saat Adhiya hendak melangkah, dia tiba-tiba teringatkan Nik Rafael.
"Dhiya! " suara Amran mengejutkan Adhiya. Terus dia berpaling, dia hanya melemparkan senyuman.
Sebenarnya, Adhiya tak tahu pun Amran akan ikut. Bila dia sampai sahaja di Pulau Langkawi, dia terkejut dengan kehadiran Amran sewaktu dia mula-mula menyewa chalet ini. Bilik Amran selang dua buah daripada bilik Adhiya. Katanya, dia risau dengan keselamatan Adhiya itu yang dia ikut.
"Eh.. Amran, kau nak pergi makan jugak ke? " soal Adhiya.
"Aku nak teman kaulah.. Takkanlah aku nak kau pergi sorang-sorang? " ujar Amran sambil berjalan ke arah Adhiya.
Adhiya hanya tersenyum, mereka mengatur langkah beredar dari situ.
"Kau ni prihatin sangatlah dengan aku, aku tak kisahlah aku boleh pergi sendiri. Susah-susah aje, kesian pulak dengan kau" Adhiya serba salah.
"Tak ada apalah, aku tak kisah pun. Kau kan kawan aku. Tak salah kan aku ambil berat pasal kau. " balas Amran ikhlas.
"Alah kau ni, aku tak kisahlah. Kau ni caring sangatlah. " Adhiya menggeleng dengan perangai ambil berat Amran.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...