Nik Rafael memberhentikan kereta di hadapan masjid. Dia melihat sudah ramai yang menghadiri majlis akad nikah adiknya dan Adhiya. Waktu itu, dia melihat Adhiya keluar dari kereta bersama beberapa orang gadis yang sedang mengemaskan bajunya. Jelita sungguh Adhiya hari ini.
Adhiya nampak sangat cantik dikenakan dengan baju pengantin itu. Ayu sangat nampak. Adhiya perasan akan bakal abang iparnya yang berada di dalam kereta itu. Wajahnya sama saja, serius aje. Tak senyum langsung!
"Jomlah tunggu apa lagi? " tegur Zurin kepada sahabatnya.
"Ah! Ye, jom"
Rombongan sebelah pengantin perempuan sudah datang. Cuma tunggu sebelah lelaki sahaja. Nik Rafael turun dari kereta lalu menuju ke dalam masjid.
Zurin yang melihat Nik Rafael mencuit bahu Adhiya.
"Apasal si belagak ni ada kat sini? Asal tak datang dengan rombongan keluarga dia? " Zurin berbisik di telinga Adhiya.
"Eh, kau ni. Tak baik tau cakap macam tu, ada je kau ni. " tegur Adhiya.
Zurin hanya mencebikkan bibirnya. Nak gosip pun tak boleh si Dhiya ni.
"Dhiya.. " Puan Rahimah memanggilnya. Adhiya menoleh.
"Ye ibu, kenapa? " sopan dia bertanya.
"Mana Zemi ni? Dah pukul berapa ni, tak sampai-sampai lagi? " soal Puan Rahimah resah. Safiya yang berada di sebelah ibunya mengangkat kening pada Adhiya.
"Kejap lagi sampailah tu. Mana tahu kut jammed ke. Iyelah dari rumah Zemi nak ke sini kan jauh sikit" ujar Adhiya. Sambil itu, dia melihat barang hantaran yang disusun di hadapannya.
"Tapi kenapa abang dia datang awal pulak? Tapi Zemi tak datang-datang lagi. Kalau boleh cepatlah telefon dia" kata Puan Rahimah.
"Tak apa ibu, kejap lagi dia datanglah tu. Ibu janganlah risau" lembut suara Adhiya menenangkan ibunya. Puan Rahimah hanya mengangguk perlahan.
"Ermm kejap lagi sampailah tu" sampuk Safiya.
Namun, sudah bebarapa jam mereka tunggu tetapi rombongan sebelah pengantin lelaki belum sampai lagi. Adhiya tadi kelihatan tenang kini sudah gelisah. Akhirnya, dia bangun lalu menuju ke luar.
"Zurin, ikut aku kejap" Adhiya mencuit bahu Zurin. Zurin tidak banyak soal, dia juga bangun lalu mengikut langkah sahabatnya. Puan Rahimah hanya memandang mereka dengam wajah yang risau begitu juga Encik Azri. Nik Rafael hanya berwajah selamba sahaja, cuma dia masih tertanya keluarganya yang masih belum sampai itu. Dia dah mesej, dia dah telefon tetapi semua ahli keluarganya tidak angkat. Sibuk sangatkah?
Sampai sahaja di luar masjid, Adhiya berhenti.
"Kau kenapa ni? " soal Zurin.
"Bagi telefon aku"
Zurin mengambil telefon milik Adhiya di dalam begnya. Laju sahaja, Adhiya mencapai telefonnya, terus nombor Nik Ruzaimy didail. Adhiya melekapkan telefonnya di telinga.
"Dapat tak? " soal Zurin.
Adhiya menggeleng. Adhiya tak puas hati, dia mendail lagi tetapi sayang hanya peti simpanan suara sahaja yang membalas.
"Zurin.. Aku takut.. " bergetar suara Adhiya seakan-akan mahu menangis.
"Relaks.. Kau jangan macam ni, cuba kau telefon mama dia ataupun family dia yang lain? " cadang Zurin.
"Aku dah telefon mama, papa pun aku dah telefon tapi diorang tak angkat. Voice mail adalah" kata Adhiya.
Tok kadi melihat jam yang berada di tangannya. Dia melihat Encik Azri.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...