Nik Rafael memberhentikan kereta di hadapan bangunan yang tersergam. Dia keluar dari kereta, sambil itu dia sempat memandang bangunan itu sebelum dia melangkah masuk ke dalam.
Sebaik sahaja Nik Rafael masuk ke dalam, dia disambut seorang gadis.
"Selamat tengahari Encik, boleh saya bantu? " soal gadis itu.
"Saya nak jumpa Encik Hariz, dia ada? " serius nadanya.
"Encik ada buat apa-apa temujanji dengan Encik Hariz ke? " soalnya lagi.
"Tak ada. Tapi ini penting sangat" Nik Rafael meninggikan suaranya. Gadis itu sudah takut, dia terus menekan interkom.
"Err.. Encik duduk dulu, nanti Encik Hariz datang " sopan gadis itu berkata. Nik Rafael tidak berkata apa, dia melabuhkan punggung di atas sofa yang tersedia.
Dalam beberapa minit Hariz turun, dia memaniskan wajah sebaik sahaja melihat suami Adhiya.
"Assalamualaikum, " sapa Hariz.
Nik Rafael menoleh, dia menanggal cermin mata hitamnya. Serius dia memandang Hariz.
"Aku ada benda nak cakap dengan kau" masih serius nadanya.
"Oh! Ini mesti awak nak bagitahu pasal Dhiya kan? Tak apa, dia dah telefon saya dah tadi. Dia kata dia demam" ujar Hariz.
Nik Rafael terus bangun, tajam matanya memandang Hariz.
"Aku bukan nak cakap pasal hal tu. Aku nak cakap pasal hal lain"
"Hal apa ni? " Hariz mengerutkan dahi.
"Hal ni melibatkan rumah tangga aku, melibatkan isteri aku! " Nik Rafael meninggikan suara.
"Apa ni? Aku tak faham" Hariz masih mengawal keadaan.
Lurus telunjuk Nik Rafael menghala ke arah Hariz.
"Jangan sesekali kau dekat dengan isteri aku! Jangan sesekali kau ambil kesempatan pada dia! " bergetar suaranya menahan marah.
"Astaghfirullahalazim, apa kau cakap ni? Kesempatan apa? " terkejut Hariz.
"Kau jangan buat tak tahulah! Macam ni ke cara majikan layan pekerja? Ambil kesempatan? Kau jangan lebih-lebih, nanti kau akan tahu nasib kau! " jerkahnya.
"Apa ni? Kenapa kau sanggup kata aku macam ni? " kecewa nadanya.
"Huh! Tak payah nak tunjuk baik dekat sinilah! Benci aku tengok perangai tak semenggah kau ni! Kau dengar sini Hariz, aku nak kau berhentikan isteri aku! " tegasnya.
"Kenapa dengan kau ni, sampai nak mengamuk tiba-tiba? Cuba bawak bertenang.. " Hariz masih bersabar.
"Bertenang? Kalau dah orang gatal dengan isteri aku, kau ingat aku masih nak boleh bertenang? " terjegil matanya.
"Ya Allah, kalau kau maksudkan aku. Aku tak pernah pun ada apa-apa dengan Dhiya. Aku masih hormat status dia sebagai seorang isteri, aku cuma anggap dia sebagai pekerja aje" kata Hariz.
Zurin yang sedang mengintai di sebalik dinding itu sudah tidak sedap hati. Dia menelefon Adhiya.
Adhiya yang baru selesai membasuh baju itu menjawab telefonnya.
"Assalamualaikum Zurin.. " Adhiya menjawab.
"Dhiya...suami kau! Suami kau datang ofis ni" cemas suaranya.
"Kenapa dengan suami aku? " Adhiya sudah tidak sedap hati.
"Dia buat hal lah, dia tengah marah bos. Aku dah tak sedap hatilah, dah makin serius sangat ni" Zurin semakin cemas.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...