Nik Rafael duduk di birai katil dengan wajah yang mencuka. Dadanya turun naik menahan amarah. Tadi Adhiya meminta izin daripadanya. Katanya mahu pergi melawat Melinda. Huh! Nak bohong aku konon!
Hari ni aku nekad! Aku akan ikut kau. Mana sebenarnya tujuan kau? Dia ingat aku ni bodoh? Rumah Melinda konon, jangan nanti rumah orang lain pulak! Nik Rafael menahan hati. Enjin kereta milik Adhiya sudah kedengaran, Nik Rafael mengenggam penumbuknya sebelum turun.
Nik Rafael memandu Agak jauh sedikit, dia mengikuti Adhiya tanpa Adhiya sedar. Tidak lama kemudian, kereta Adhiya masuk ke sebuah kawasan perumahan. Nik Rafael menekan pedal minyak, keretanya meluncur masuk ke dalam kawasan perumahan.
Tiba di satu tempat, kereta Adhiya berhenti. Nik Rafael yang perasan itu turut memberhentikan keretanya. Jarak keretanya dengan kereta Adhiya sedikit jauh.
Nik Rafael melihat Adhiya keluar dari kereta sambil menjinjing beg plastik. Nik Rafael hanya melihat di dalam kereta. Tidak lama kemudian, kelihatan seorang lelaki keluar dari rumah itu. Siapa lagi kalau bukan Nik Ruzaimy.
Panas hati Nik Rafael melihatnya! Tak guna! Rupanya dia telah ditipu oleh Adhiya.
Waktu itu, Nik Rafael melihat Nik Ruzaimy terjatuh. Adhiya pula kelihatan membongkok pada Nik Ruzaimy. Hati Nik Rafael yang sudah panas terus terbakar apabila terpandangkan isterinya memapah Nik Ruzaimy masuk ke dalam rumah.
"Tak guna!!! " jeritnya lalu terus keluar dari kereta. Laju dia berjalan menuju ke rumah sewa milik adiknya! Hari ini mereka akan tahu nasibnya.
Nik Rafael meluru masuk ke dalam rumah yang tidak ditutup dengan pintu itu. Tetapi tiada orang, dia menuju ke bilik. Mencerlung matanya melihat Adhiya yang sedang duduk di birai katil, manakala Nik Ruzaimy sudah baring.
"Abang Rafa.. " Nik Ruzaimy bersuara, mukanya nampak terkejut.
Adhiya juga turut terkejut wajahnya.
"Abang? Kau dah buat goda bini aku kau masih nak panggil aku abang? Kurang ajar!! " Nik Rafael pantas meluru ke arah adiknya. Muka Nik Ruzaimy ditampar berkali-kali.
"Abang jangan bang! Jangan buat macam tu bang! Abang salah faham! " Adhiya menarik badan suaminya.
Nik Rafael menoleh lalu terus menampar muka Adhiya.
"Kau diam! Kau tunggu nasib kau nanti! " jerkah Nik Rafael. Tubuh adiknya ditarik hingga Nik Ruzaimy jatuh dari katil.
"Kau cakap dengan aku, apa yang kau dah buat dekat isteri aku? Cakap!! " tengkingnya.
Nik Ruzaimy menggeleng berkali-kali.
"Tak bang.. Sumpah bang, Zemi tak pernah pun buat apa-apa dengan Dhiya. Tak pernah terfikir di fikiran Zemi untuk buat yang bukan-bukan pada Dhiya bang" bergetar suaranya.
Nik Rafael terus menumbuk muka adiknya. Nik Ruzaimy jatuh tersembam.
"Kau tak payah nak tipu akulah! Kau mengaku ajelah! Hei.. Geramnya aku! " Nik Rafael sudah mengangkat kakinya hendak menendang tubuh adiknya tetapi segera ditahan Adhiya.
"Abang jangan bang! Jangan buat Zemi macam tu bang.. Kesian dia bang,..dia sakit tu bang. Abang salah faham bang! " jawab Adhiya sambil menarik lengan suaminya.
"Kau tak payah nak bela dialah! Kau pun sama, isteri tak guna! Kau ikut aku. Kau memang nak kena ajar! " Nik Rafael mencengkam kuat rambut Adhiya lalu mengheretnya keluar dari rumah itu.
Nik Ruzaimy menggagahkan dirinya untuk bangun. Dengan kudrat yang masih bersisa, dia mendapatkan mereka yang sudah sampai ke pintu itu. Bahu abangnya dipegang.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...