Safiya duduk melabuhkan duduk di atas kerusi. Pinggan kosong yang berada di atas meja dicapainya lalu menyendukkan nasi di dalam pinggannya.
"Eh! Tudung mana tudung? " soal Puan Rahimah yang baru keluar dari bilik air. Adhiya yang sedang membasuh pinggan menoleh sekilas pada adiknya.
"Ala.. Ibu ni, tak ada orang datanglah" balas Safiya.
"Tunggu orang datang baru nak pakai tudung? Abang ipar kamu tu ada kat depan tu! Jaga adab sikit, pergi pakai tudung! " tegas Puan Rahimah.
Safiya memuncungkan bibir sebelum bergerak masuk ke dalam bilik semula. Itu memang kepantangan Puan Rahimah, dia amat tegas dengan pemakaian anak-anak.
"Eh! Dhiya, biar ibu yang basuh pinggan ni. Kamu pergi aje duduk kat dalam tu, kamu baru sampai nak buat kerja dah" Puan Rahimah menghampiri anaknya.
"Tak apalah ibu, Dhiya dah balik ni biarlah Dhiya yang buat kerja. Ibu rehat aje" tolak Adhiya sopan.
"Kesianlah pulak suami kamu tu duduk sorang-sorang. Tak apa, pergi layan dia. Biar ibu yang buat semua ni" Puan Rahimah menolak perlahan bahu anaknya menyuruhnya pergi ke dalam.
"Eh! Tak apa ibu, lagipun abang bukannya ada kat ruang tamu. Dia ada dalam bilik, tengah rehat" kata Adhiya.
Waktu itu, Safiya datang semula ke dapur dengan memakai tudung.
"Hai.. Kamu ni kan, pergilah rehatkan badan tu. Nanti Fiya basuhkan"
Safiya terus memandang ibunya.
"Ibu ni, Fiya nak makan ni. Ada aje nak suruh" Safiya menarik muka.
"Hah! Buat muka, awak tu kena rajin sikit. Awak tu anak dara" seloroh Adhiya.
"Alah nanti Fiya besar Fiya rajinlah" bersahaja nadanya.
"Nak tunggu besar mana lagi? Sekarang ni pun dah 17 tahun dah! Tak cukup besar lagi ke? " sampuk Encik Azri yang baru muncul di dapur, dia melabuhkan duduk di sebelah anak bongsunya.
Safiya memuncungkan bibir, tak ada siapa nak sokong dia! Nak buat macam mana, ahli keluarga kuat membuli. Dia menikmati makanannya.
"Dhiya.. Bila sampai? " tegur Encik Azri. Adhiya sempat menyalami abahnya sebelum menyambung basuh pinggan.
"Baru aje tadi abah.. " balasnya.
"Dengan Rafa? "
"Iye bah, tapi dia tengah rehat kat dalam bilik tu" beritahu Adhiya. Dia sudah selesai membasuh pinggan, dia mengelap tangannya dengan menggunakan kain.
"Penatlah tu, tak apalah biar dia rehat dulu. Dhiya tidur sini kan? "
"Ha'ah abah tidur sini. Tak apalah, Dhiya nak tengok abang kejap" Adhiya meminta diri.
Adhiya membuka pintu bilik, dia melihat suaminya sedang nyenyak tidur. Adhiya duduk di birai katil, wajah tampan suaminya dipandang lama.
"Kalau rindu sekalipun, tak payahlah pandang lama-lama"
Adhiya terkejut. Nik Rafael membuka mata, dia senyum pada isterinya.
"Eh! Abang tak tidur ke? " soalnya.
"Tak! "
Adhiya diam,
"Kenapa? " Nik Rafael bangun, dia menghampiri isterinya dengan mendekatkan muka pada isterinya.
"Tak ada apa, Dhiya ingatkan abang tidur tadi. Eh, jom makan" ajak Adhiya. Tak berani nak toleh, silap-silap boleh tercium pipi suaminya.
"Kejap lagilah" jawab Nik Rafael malas.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...