28

597 8 1
                                    

Adhiya duduk berseorangan di meja makan sebuah restoran. Nak ajak Zurin dia kerja, jadi dia keluar seorang diri.

"Hai Dhiya.. "

Adhiya menoleh sebaik sahaja ada orang menegurnya.

"Raziq.. " Adhiya tersenyum hambar.

"Kau sorang aje ke? Suami kau tak teman ke? " soal Raziq sambil melihat sekeliling. Mana tahu kut ternampak Nik Rafael.

"Tak sorang aje.. " balas Adhiya.

"Suami kau tu macam lepas tanggungjawab aje dia. Boleh dia biarkan kau keluar sorang-sorang. Kalau iye pun temanlah kau, kalau jadi apa-apa pada kau macam mana? " suka hati saja Raziq mengata Nik Rafael.

Adhiya mengerutkan dahi mendengar kata-kata Raziq.

"Dia bukannya lepas tanggungjawab, dia kerja" balas Adhiya.

"Kerja pun teman jelah, sekejap aje. Lagipun sekarang lunch time. Kalau iye pun kerja tak payahlah lepas tanggungjawab " gumam Raziq lalu duduk di depan Adhiya.

Adhiya memandang Raziq.

"Mana ada dia lepas tanggungjawab. Dia jaga aku, dia kerja keras cari rezeki untuk tanggung aku. Lagipun aku mintak izin dia nak keluar tadi, jangan suka hati aje nak kata dia lepas tanggungjawab pulak" tenang Adhiya menjawab.

Berubah wajah Raziq. Dia mengawal perasaannya.

"Maaf Dhiya.. Aku tak sengaja, aku bukan apa. Risau dengan kau. " kata Raziq.

"Tak payah risaulah.. Public ni, ramai orang" jawab Adhiya.

"Public ni lah yang kita risaukan. Orang ramai ni bukan boleh percaya sangat" kata Raziq.

"Ziq.. Aku tahu jaga diri aku, tak payahlah kau risau sampai macam ni sekali. Insyaallah takkan ada apa-apa " kata Adhiya.

"Maksud aku kalau.. Jadi apa-apa macam mana? " Raziq menekankan perkataan kalau itu.

"Kalau jadi apa-apa dia bagitahu ajelah aku, aku kan suami dia"

Adhiya dan Raziq memandang ke arah Nik Rafael yang muncul di belakang. Nik Rafael duduk di sebelah Adhiya.

"Maaf sayang.. Abang ada meeting tadi. Kalau sayang nak tahu abang risau tau dengan sayang tadi" Nik Rafael sengaja kuatkan sedikit perkataan sayang itu.

"Tak apalah abang.. Dhiya ok aje. Dhiya mintak maaf kalau menyusahkan abang" ikhlas kata Adhiya.

Raziq memandang dengan muka tak puas hati.

"Eh! Mana ada susah sayang, abang sendiri yang datang sini. Abang risaukan sayang, sebab sayang tu tanggungjawab abang " Nik Rafael menekankan perkataan tanggungjawab pula.

Berubah muka Raziq. Adhiya mengerling Raziq, ketara ketidakpuasan hatinya.

"Sayang minum aje ke? Tak nak makan ke?" soal Nik Rafael.

"Tak selera la.. "

"Kenapa pulak tak seleranya? Rindukan abang ke? " Nik Rafael mengangkat kening.
Adhiya menundukkan wajah, dia segan sebenarnya dengan Raziq.

"Tak apa, abang order makan ye. Raziq, tak nak order ke? " soalnya sambil mengangkat tangan memanggil pelayan.

"It'sokay.. Dah kenyang.. " balasnya.

Waktu itu pelayan datang, Nik Rafael memesan makanan. Selesai membuat pesanan, pelayan itu pergi.

"Oh dah kenyang ke.. Tak apalah.. Kitaorang makan dululah ye" kata Nik Rafael selamba.

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now