Nik Rafael menyandar pada kusyen kulitnya, dia mengantuk sangat saat ni. Sesekali dia meraup wajahnya.
" Hai Rafa, "
Suara Syatilia memaksa Nik Rafael memusingkan kusyennya memandang Syatilia yang sudah duduk di kerusi hadapannya.
"You buat apa kat sini? I tak laratlah" balasnya tidak selesa.
Berubah wajah Syatilia, ingatkan bila dia datang buah hati dia nak gembira tapi marah pula.
"Alah janganlah marah, I datang ni bawak makanan untuk you " Syatilia menletakkan makanan yang berbungkus plastik di hadapan Nik Rafael.
Nik Rafael hanya memandang makanan itu, dia langsung tidak berminat untuk melihat makanan itu. Sebaliknya, dia juga rasa bersalah kerana melayan buah hatinya dengan sebegitu.
"Pandang aje, tak nak rasa ke? " soal Syatilia apabila Nik Rafael tidak menyentuh makanan yang dibawa olehnya itu.
"I dah makan dah tadi. Erm, by the way i'm so sorry i shouldn't have treated you that way" kata Nik Rafael lalu mengenggan erat tangan kekasihnya.
Syatilia tersenyum manis sambil membiarkan tangannya disentuh oleh lelaki kacak di hadapannya.
"It'sokay. Tapi rasalah sikit, please.. " manja suaranya.
"Tapi I dah kenyanglah.. "
"Sikit aje"
Nik Rafael mengalah juga, dia membuka plastik yang berisi nasi beriyani itu.
"Wow, nasi beriyani. "
"I know you like it" kata Syatilia sambil membetulkan anak rambutnya yang menutupi dahi.
Nik Rafael memasukkan sesudu nasi dengan menggunakan sudu plastik yang tersedia.
"Hmm.. Sedap, " pujinya lalu memasukkan semula nasi untuk kali kedua. Rasa berselera pula.
"Ye ke? Oh.. Thank you" Syatilia tersenyum malu apabila dia dipuji begitu.
"Welcome baby, "
Waktu itu, pintu kaca dibuka dari luar seorang perempuan muda masuk ke dalam bilik itu.
"Excuse me! You ni tak reti nak ketuk dulu ke? You tak nampak ke yang kitaorang tengah sibuk sekarang ni? " Syatilia memarahi pembantu peribadi Nik Rafael.
"Saya dah ketuk tadi, tapi tak ada respon " balas Nura.
"Tak payah nak tipu, kitaorang tak dengar pun you ketuk! Apa punya PA ni? Sampai tak reti nak respect privasi orang? " makin menyingga Syatilia.
"Syatilia, stop it.. Calm down. " Nik Rafael bersuara apabila melihat kekasihnya yang seolah-olah sudah melebih. Kemudian, matanya tearah pada pembantu peribadinya.
"Ya Nura, kenapa?" soalnya.
"Maaf Tuan, saya menganggu tapi ada orang nak jumpa Tuan. Dia ada kat luar" beritahu Nura.
"Siapa? You Tak tanya nama dia? Lelaki ke perempuan? " Nik Rafael mengerutkan dahi.
"Lelaki. Saya dah tanya, tapi dia tak nak beritahu nama dia. Dia kata dia nak cakap sendiri dengan Tuan"
"Siapa pulak ye? Tak apalah, suruh dia masuk" arah Nik Rafael.
"Baik Tuan" Nura keluar dari bilik itu. Tidak sampai seminit, seorang lelaki berkaca mata hitam memasuki bilik Nik Rafael.
Nik Rafael terus bangun dari duduknya. Lelaki itu membuka cermin mata hitamnya, manis wajahnya memandang Nik Rafael.
"Assalamualaikum. What up bro? " kata lelaki itu.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...