Nik Rafael masuk ke dalam bilik dengan wajah yang lesu, beg kulitnya dilempar atas sofa. Dia memandang sekilas pada isterinya yang sedang solat itu, nak tunjuk baiklah konon! Sempat lagi dia menghina sebelum merebahkan badan di atas katil.
"Awak dah balik? " soal Adhiya sambil membuka telekung.
"Habis, kau tengok aku ni macam nak pergi kerja ke? Dah tahu lagi nak tanya! " marahnya dengan mata yang terpejam.
"Awak nak makan tak? Kalau awak nak makan, saya boleh hidangkan untuk awak" Adhiya masih berlembut.
"Hish! " Nik Rafael meramas rambutnya dengan kasar. Dia bangun dari baringnya, tajam matanya memandang isterinya.
"Yang kau ni nak memekak ni kenapa? Aku balik penat-penat, kau boleh memekak tanya itu, tanya ini! Aku nak buat apa pun, nanti aku buat sendiri! Kau tak payah nak ambik tahu pasal aku! " tengkingnya.
Tergamam Adhiya mendengar tengkingan suaminya.
"Maaf awak... Saya tanya aje" perlahan suaranya sambil menundukkan kepala.
"Tak payah nak tanya! Aku tengah penat, jangan bagi aku bertambah penat kalau tak pecah mulut kau aku tampar nanti! " keras suaranya. Nik Rafael membaringkan semula tubuhnya.
"Errm.. Awak, saya.. "
"Apa lagi kau ni? " tengking Nik Rafael.
"Saya nak mintak izin awak. Saya nak pergi rumah abah esok" takut-takut Adhiya meminta izinnya.
"Kau nak pergi buat apa? Nak mengadu dengan keluarga kau? Memang busuk betul hati kau kan! " marahnya.
"Tak, saya cuma nak ambik kereta saya aje. Saya tak pernah pun nak mengadu pada sesiapa" balas Adhiya dengan suara yang bergetar.
"Tak payah! Aku tak izinkan, aku tak percaya sangat cakap kau! " bantah Nik Rafael.
"Tapi awak.. Saya.."
Nik Rafael menengking.
"Aku cakap tak payah! Tak payahlah! Apasal kau degil sangat ni? " bengis wajahnya memandang isterinya.
"Saya nak ambil kereta saya" sebak suaranya.
Nik Rafael terus turun dari katil, laju dia menghampiri isterinya. Terus dia menunjal kepala isterinya.
"Hei.. Kau ni tak faham bahasa ke apa? Tadi kau cakap apa? Mintak izin kan? Sekarang ni aku tak izinkan kau pergi, jangan nak lebih-lebih! " marahnya sambil menjegilkan mata.
"Tapi nanti saya nak pergi kerja macam mana? Lainlah kalau awak yang hantar saya" dengan berani Adhiya menjawab dengan suara yang dikawal.
Nik Rafael naik angin, lalu terus melayangkan penampar pada pipi Adhiya. Terpusing Adhiya dibuatnya.
"Ini akibatnya melawan cakap aku! Kau jangan lebih-lebih dengan aku! Tak cukup penampar nanti penyepak pulak aku bagi!" keras suara Nik Rafael.
Menitis air mata Adhiya sambil memegang pipinya yang perit itu.
"Hei.. Kau pandang sini! Sini!! " jeritnya sambil menolak perlahan wajah isterinya yang sudah lencun dengan air mata itu.
"Kalau aku tahu kau adu dekat siapa-siapa pasal aku, tak kisahlah pada siapa pun, dekat mama dengan papa aku ke.., dekat mak bapak kau ke, ataupun dekat kawan tak guna kau tu ke. Kau siap! " Nik Rafael memberi amaran sambil menuding jari ke arah isterinya.
"Cukuplah kau mengadu dengan mama pagi tadi! Kau tahu tak, hari ni hidup aku jadi serabut disebabkan kau! Aku hampir-hampir hilang orang yang aku sayang dan cinta disebabkan kau! "
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...