48

454 4 1
                                    

Adhiya duduk berseorangan di dapur, sudah dua hari dia tidak pergi ke rumah Nik Ruzaimy dan Melinda. Macam mana agaknya keadaan mereka sekarang?

"Dhiya.. " Nik Rafael mucul dari belakang. Adhiya menoleh, dia melemparkan senyuman pada Nik Rafael.

"Eh! Abang. Maaflah Dhiya tak perasan, kejap abang Dhiya hidang makanan ye." Adhiya sudah bangun, tetapi pantas Nik Rafael menarik lengannya.

"Nantilah, duduklah dulu. Abang nak lepaskan rindu kejap " Nik Rafael memeluk lengan Adhiya.

"Abang ni kan, baru aje balik semalam. Masih tak hilang lagi manjanya ye? Dhiya tak pergi mana pun lah abang" jawab Adhiya.

"Tapi Dhiya tak tahu macam mana abang rindu sangat dengan Dhiya sepanjang abang ada kat sana tau tak. Dhiya.. Masak apa hari ni? " soal Nik Rafael.

"Dhiya masak mi goreng aje. Maaflah Dhiya tak sempat nak masak banyak hari ni." balas Adhiya serba salah.

"Eh! Tak apalah, abang tak kisah sayang. Abang makan asalkan Dhiya yang masak. Bagi mi goreng tu" ujar Nik Rafael.

Adhiya mencedok mi goreng ke dalam mangkuk lalu dihulurkan pada Nik Rafael.

"Dhiya tak nak makan ke? Ermm.. Sejak dua menjak ni muka Dhiya makin berseri-serilah. Cantik sangat abang tengok " puji Nik Rafael.

"Iye ke? Nak membodeklah tu kan? " Adhiya mengenakan suaminya.

"Mana ada abang nak bodek? Betul apa? Kalau tak percaya, Dhiya tengok dekat cermin tu. " jawab Nik Rafael.

Nak tergelak Adhiya mendengarnya, pada masa yang sama dia sempat lagi mencium pipi Nik Rafael.

"Itu hadiah sebab puji Dhiya" katanya ceria.

.............................-.................................

Adhiya memberhentikan kereta di seberang jalan, kerana di hadapan rumah sewa Nik Ruzaimy sudah dipakirkan dengan keretanya. Oleh kerana sebelah rumah Nik Ruzaimy sudah ada pemiliknya, kereta milik mereka dipakirkan di hadapan rumah.

Jadi tiada ruang untuk Adhiya memberhentikan kereta di depan rumah Nik Ruzaimy. Maklumlah kawasan rumah itu Agak sempit.

Adhiya melihat kiri dan kanan sebelum melintas jalan sambil menjinjing beg plastik yang berisi barang makanan.

"Eh Dhiya.. " Adhiya yang baru sampai itu ditegur Nik Ruzaimy yang baru sahaja keluar dari rumah itu.

"Zemi? Awak nak pergi mana ni? Muka awak pucat ni, awak tak sihat ke? " soal Adhiya setelah melihat wajah pucat dan tidak bermaya Nik Ruzaimy itu.

Nik Ruzaimy menggeleng perlahan. Waktu itu, Melinda menghampiri mereka sambil mendukung anaknya yang sedang lena di bahunya.

"Dhiya.. " sapanya lalu berdiri di sebelah suaminya.

"Maaflah, kitaorang nak keluar sekejap. Zemi tak sihat, kitaorang nak pergi klinik kejap" jawab  Melinda.

"Habistu Farah macam mana? Nak bawak sekali ke? " soal Adhiya.

"Bawak sekalilah, nak suruh makcik sebelah jaga dia tak ada. Balik kampung" ujar Melinda.

"Macam ni.. Biar aku jaga Farah" kata Adhiya.

"Oklah.. " Melinda tersenyum lalu menyerahkan anaknya pada Adhiya. Adhiya mengambil Farah dari dukungan Melinda. Farah yang terasa lenanya terganggu membuka mata, dia terus menangis. Adhiya menyerahkan kembali Farah kepada mamanya.

"Kenapa ni Mel? Aku mintak maaf" Adhiya meminta maaf.

"Eh! Tak apalah, Farah memang macam ni. Kalau orang baru-baru ni dia tak berapa nak sangat " ujar Melinda sambil menepuk perlahan punggung anaknya.

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now