Adhiya menunggu dia luar pejabat, hatinya sudah tidak keruan apabila Nik Ruzaimy memberitahu bahawa Nik Rafael yang akan menjemputnya untuk ke butik kerana dia ada mensyuarat penting.
Tidak lama kemudian, sebuah kereta BMW X6 milik Nik Rafael berhenti di depannya. Adhiya masih membatu, rasa kekok pula dia.
Cermin keretanya dibuka, tetapi Nik Rafael tidak memandang wajah Adhiya.
"Masuklah, tercegat apa lagi kat situ? Banyak lagi kerja aku kena buat daripada melayan perangai kau ni. Ke..kau nak aku bukakkan pintu untuk kau?" kata Nik Rafael tanpa memandang wajah Adhiya.
Adhiya perlahan-lahan menghampiri kereta lalu membuka pintu kereta. Dia mengemaskan duduknya sambil mengerling sekilas pada Nik Rafael yang mengenakan kaca mata hitamnya.
"Maaf sebab dah menyusahkan..." kata Adhiya.
"Memang menyusahkan pun, kau ingat aku tak ada kerja lain ke?" balas Nik Rafael lalu meneruskan perjalanan.
Adhiya hanya menundukkan kepala.
"Lain kali kalau nak menyusahkan orang,lebih baik tak payah kahwin kalau macam ni!" Nik Rafael menyambung.
"Maaf, saya tak tahu tiba-tiba saja Zemi ada hal. Itu yang..." belum sempat Adhiya menghanbiskan ayatnya, Nik Rafael memotong.
"Cakap sajalah yang korang ni mengada!"
Adhiya diam,tak tahu nak cakap apa. Ada saja nak marah. Cakap ini marah, cakap itu marah orang mintak maaf pun marah. Adhiya memilih untuk mendiamkan diri.
Nik Rafael mengerling sekilas pada Adhiya yang menundukkan kepala. Huh! Diam pun, malas dia nak layan. Menyampah!
Tidak lama kemudian, mereka sampai di butik. Adhiya membuka pintu kereta, dia melihat Nik Rafael turut keluar.
"Kalau abang tak nak keluar duduk ajelah dalam kereta Dhiya boleh aje masuk sorang" kata Adhiya lembut.
"Suka hati akulah" balasnya. Adhiya tidak mengendahkan kata-katanya dia mahu membuka pintu kaca butik itu untuk masuk.
"Lagi satu aku nak cakap dengan kau! "
Adhiya terhenti, dia menoleh memandang Nik Rafael.
"Kau tak payah nak panggil aku abang, aku tak suka. Kau tu, belum tentu lagi boleh jadi adik ipar aku" katanya lalu terus masuk ke dalam butik tanpa menghiraukan Adhiya. Adhiya menahan hati, dia juga turut masuk ke dalam.
"Dhiya!"
Kak Reen, pemilik butik ini menghampiri Adhiya.
"Tepat masanya, ni siapa? " Kak Reen mengarahkan matanya pada Nik Rafael yang sedang membaca majalah di situ.
"Err.. Tu bakal abang ipar saya, Zemi tak dapat datang sebab ada urgent meeting " ujar Adhiya.
"Oh... Kiranya dia datang teman ajelah ni. Hmm.. Abang dia pun boleh tahan handsome ye" Kak Reen berbisik di telinga Adhiya. Adhiya hanya membalas dengan senyuman sahaja.
"Jom, akak tunjukkan baju untuk Dhiya" Kak Reen menarik tangan Adhiya.
"Baju lelaki macam mana pulak? " soal Kak Reen.
"Err... " Adhiya gugup.
"Nanti Zemi datang lain untuk test baju dia" jawab Adhiya.
"Ermm.. Tak apalah kalau macam tu, tapi kalau boleh petang ni lah suruh dia datang sebab akak banyak tempahan" terang Kak Reen.
"Tak apa, biar saya yang test" kata Nik Rafael. Adhiya menoleh memandang Nik Rafael dengan pandangan pelik.
"Boleh ke? Saiz macam mana? " soal Kak Reen.
YOU ARE READING
Seharusnya Aku
RandomPerkahwinan yang terbina antara Nik Rafael dan Adhiya Safira bukanlah atas dasar cinta, tetapi atas dasar terpaksa. Nik Rafael terpaksa mengantikan tempat adiknya yang tiba-tiba sahaja menghilang sewaktu majlis akad nikah. Dia kecewa kerana terpaksa...