35

512 6 1
                                    

Nik Rafael dan Adhiya yang sedang menyimpan beg di dalam bonet kereta itu terhenti sebaik sahaja melihat sebuah motosikal masuk ke dalam halaman rumah. Adhiya tersenyum melihat gerangan tetamu yang datang itu.

"Assalamualaikum" Amran membuka topi keledarnya.

"Waalaikumsalam" Adhiya dan Nik Rafael menjawab serentak, cuma wajah Nik Rafael yang tampak serius itu.

"Atuk kau ada bagitahu aku yang korang nak balik hari ni, itu yang aku datang sini" manis wajah Amran berkata sambil turun dari motor.

"A'ah. Dah nak balik dah ni" balas Adhiya.

"Bila nak datang pulak ni? " soal Amran berbahasa.

"Insyaallah kalau ada cuti, aku baliklah pulak dengan suami aku. Kau tu jangan lupa pulak, sekali-kala turun KL tu singgah rumah aku"

Amran ketawa kecil.

"Insyaallah. Eh, aku ada bawak ni" Amran mengambil plastik yang berisi buah-buahan lalu dia menghulurkan pada Adhiya.

"Rambutan, buah mangga pun ada sekali." beritahunya.

"Am.. Kau ni susah-susah aje bagi semua ni" Adhiya serba salah.

"Susah apanya, kau kawan aku. Anggap ajelah ini buah tangan dari kampung " ramah Amran berkata.

Nik Rafael tidak sanggup melihat perbualan mereka, dia menyibukkan dirinya menyimpan barang-barang.

"Tak apalah, aku pergi dulu. Kirim salam dengan mak dengan abah kau ye. Aku balik dulu, assalamu'alaikum" Amran meminta diri.

"Waalaikumsalam. Kau pun jaga diri tu, aku doa moga kau cepat sikit dapat jodoh tu" seloroh Adhiya.

Amran ketawa.

"Mengarutlah kau. Ok.. Aku pergi dulu" Amran menghidupkan enjin motorsikal, tidak lama kemudian motosikalnya pergi meninggalkan pekarangan rumah.

"Dia bagi apa? " soal Nik Rafael.

"Bagi buah, kan dia ada cakap tadi. Nanti bolehlah kita makan" jawab Adhiya ceria.

"Dhiya makanlah.. Abang tak suka buah" katanya lalu menutup bonet kereta.

Adhiya pelik melihat suaminya, selalunya dia makan aje buah. Adhiya menghela nafas, dia menyimpan plastik buah itu ie dalam kereta.

"Hah, Rafa ni nenek ada bungkuskan makanan untuk korang makan dalam perjalanan nanti. Nasi pun ada sekali " ujar Hajah Maimunah sambil menghulurkan mangkuk tingkat kepada Nik Rafael.

"Nek.. Susah-susah aje" Nik Rafael serba salah.

"Tak adanya susah, nanti makan dengan dengan Dhiya ye" katanya sambil mengerling Adhiya yang berdiri di sebelah suaminya.

"Terima kasih nek, tak apalah nek. Kami nak bertolak dulu" Nik Rafael menghulurkan tangan untuk bersalam. Hajah Maimunah membalas, penuh hormat Nik Rafael mencium tangannya.

Adhiya pula mendapatkan neneknya, dia menyalam lalu mencium tangan neneknya lalu terus tubuh neneknya dipeluk.

"Dhiya balik dulu nek, nenek jaga diri ye jangan nak aktif sangat nanti nenek sakit" pesan Adhiya.

"Iye...kamu tu pun jaga diri, dengar cakap suami tu" pesan neneknya pula. Kemudian, dia menyalami atuknya pula.

"Jaga Dhiya ni elok-elok ye Rafa. Dhiya, kamu pun jaga suami tu" pesan Haji Salleh pula.

Kedua-dua mereka mengangguk sebelum masuk ke dalam kereta.

"Hati-hati ye, nanti kalau dah sampai telefon nenek! " laung Hajah Maimunah.

Seharusnya AkuWhere stories live. Discover now